WELCOME NOTES


Monday, July 29, 2013

Projek sains my kids @ Little Caliph

Sayur taugeh soffea menjadi, tumbuh mekar. Tapi malangnya sayur taugeh alif x tumbuh langsung. Sedih adik projek tanaman dia x menjadi. Kawan2 dia semua jadi. X pelah ye adik. Nanti kita buat sendiri kat rumah ;)

Anak buah lagi

Yeay dapat sorang lagi anak buah Selasa lepas, 23 hb. Namanya Zulfykhar Ridzwan bin Mohd Radzit. Ajit dapat anak lelaki. Sulung perempuan dah 2 tahun, Zulaikha.. Dah dpt sepasang.. Semoga happy2 selalu. ;)

Wednesday, July 24, 2013

Tahukah anda maksud label warna belakang toothpaste?

السلام عليكم

Pay attention when buying toothpaste, 
at the bottom of the toothpaste tube 
there is a color bar. And do you only know 
the original meaning of the color bar! 
Try to choose green and blue, there are four kinds:

Green: natural;
Blue : Natural + Medicine;
Red : Natural + Chemical composition;
Black : pure chemical.


sign, my signature

Sent from my iPad

Monday, July 15, 2013

Sepupu baru

Alhamdulillah... Dapat lagi sepupu baru yg comel... Baby boy with 2.6 kgs born on last friday. X sangka cik Di n cik Nurul dapat baby boy. Meaning skang ni they have 2 boys 2 girls. Syukran nya... Tahniah tahniah buat mereka :-) nanti ada kesempatan nak g tgk baby kat Rawang. Boleh bbuka skali kat umah nenek nanti.. :-)

Taman sri gombak

Pagi2 lepas antar anak2 ke taska, terus ke ofis Sofal. Xde keje  mencari kerja. Bantu hubby buat comp profile yg baru gara2 abah memerlukannya. X sempat siap pukul 1030 dah kene keluar memvolunteerkan diri yg dah 8 bulan nih pergi bank untuk melunaskan hutang2 pada bank. Herm.. Bank pulak out of service kat kaunter. Hehe tuhan bg rehat la tu.. Alhamdulillah x yah terkejar2 sana sini. Disebabkan awal lagi nak pergi amik anak2 kat taska pukul 1230, pi berehat jup kat taman depan masjid al-khairiyah. Angin sepoi2 mmg menenangkan... Cool. :-) 15 min lagi kesempatan mencari ketenangan hakiki :-)

Friday, July 12, 2013

Umrah of my hubby n brothers

Panggilan ILAHI untuk mengerjakan umrah di tanah suci kota Mekah dan Madinah selama 11 hari dari  14hb june hingga 24hb june 2013. Pergi bersama 3 beradik kandung memenuhi impian terlaksana, alhamdulillah... :-)

P/s: my turn is coming soon hehe insyaallah ada rezki nanti...

Scan 4D

Inilah gambar scan 4D my baby berusia 30 weeks. Scan masa 26 june hari tue... Hehe rasa2 ikut rupa ayah jugak.. Hehe

Tuesday, July 9, 2013

Trip 2 (Masjid Al-Khairiah), LCKI

السلام عليكم

Second Trip, LCKI bawa anak2 ke masjid al-Khairiah Sri Gombak. Anak2 diajar cara2 solat, azan dan berwuduk. malah mereka solat dhuha skali.



p/s: kakak xde dlm pic sbb xde pic from her teacher huhu

sign, my signature

Sunday, July 7, 2013

Kisah Buat Para Suami

السلام عليكم

Kisah buat sang suami..

Pak Ngah Adan : "Apasal monyok ni Muin?"

Muin : "Tah le Adan, bini aku tu, maleh beno masak gulai tempoyak feberet aku"

Pak Ngah Adan : "Ate, apasal kau tak masak sendiri je?"

Muin : "Mane le aku tau masak Adan oi, aku ni kan suami, bior la bini aku masak, aku makan je"

Pak Ngah Adan : "Patutnye kau la yang masak"

Muin : "Ish.... kan masak tu tugas isteri?"

Pak Ngah Adan : "Bila masa pulak masak ni jadi tugas isteri?"

Muin : "Laaa, kan dari dahulu kala lagi"

Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya, kita ni dok amal budaya sampai tak ikut ajaran agama"

Muin : "Ajaran agama? lain ke yang Islam ajar?"

Pak Ngah Adan : "Memang la lain, tu pasal kita kena belajar"

Muin : "Sebenarnya ikut Islam macam mana?"

Pak Ngah Adan : "Kalau ikut Mazhab Syafie dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, kewajipan isteri satu
je, layan suami, yang lain semua kewajipan suami"

Muin : "Hoh, layan suami je?"

Pak Ngah Adan : "Haah, kewajipan yang kena isteri buat layan suami je"
"Yang lain-lain, dalam urusan rumahtangga semua urusan suami. Macam sediakan rumah, kemas rumah, basuh pakaian, basuh pinggan mangkuk, jaga anak, sampai susukan anak pun kewajipan suami"

Muin : "Susukan anak pun suami kena buat? biar betul"

Pak Ngah Adan : "Kalau isteri tak mau susukan anak, suami tak boleh paksa, dia kena cari ibu susuan atau cari la susu kambing ke, lembu ke."
"Tapi Islam ni indah, Allah tak wajibkan, tapi Allah anugerahkan kasih sayang kepada ibu untuk dia susukan anak tu."

Muin : "Oooooo, apa lagi kewajipan suami?"

Pak Ngah Adan : "Suami wajib bagi makan kepada isteri. Minimum 1 mud atau satu cupak Baghdad lebih kurang tadahan 2 tapak tangan makanan ruji kepada isteri setiap hari. lauk pauk tu tak wajib dah. Wajib sediakan tempat tinggal. Wajib berikan sepasang pakaian setahun"

"Kalau isteri malas nak suap makanan, maka wajib suami suapkan makanan tu ke mulut isterinya"

"Tapi kalau suami nak bagi lebih tak jadi masalah. Takkan nak bagi makan nasi tak berlauk pulak kan?"

"Suami tak wajib bagi duit kat isteri dia, tapi boleh ganti duit kalau isteri tu rela dan nak uruskan sendiri, macam gantikan makanan dengan duit, isteri makan sendiri la. Duit isteri adalah hak isteri sepenuhnya, dia boleh buat apa sahaja dengan duit tu tanpa minta izin suami. Tapi baiknya bagi tau la kalau benda tu besar macam nak beli kereta tu"

Muin : "Kalau isteri tak tuntut hak dia?"

Pak Ngah Adan : "Itu kebaikan dalam berkasih sayang dan berumah tangga. Kalau isteri rasa cukup sekadar apa yang suami bagi tanpa tuntut apa-apa, itu baik. Sama macam suami bagi lebih dari kewajipan dia, itu baik"

"Kalau isteri redha melakukan kewajipan suami, itu sangat baik. Macam isteri redha memasak, mengemas rumah, basuh pakaian, jaga anak, susukan anak. Itu akan meringankan suaminya dan akan mendatangkan keredhaan suami dan Allah kepada si isteri. Tapi kalau isteri tak mau buat, suami tak boleh paksa. Malahan berdosa suami memaksa isteri melakukan yang asalnya adalah kewajipan suami itu sendiri"

"Tapi tolak ansur dalam rumahtangga itulah yang sebenarnya pengikat cukup kuat dalam rumahtangga, yang mendatangkan keharmonian dan rahmat Allah"

Muin : "Ooooo, baru aku tau"

Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya orang kita ni, belajar tak berapa mau, akibatnya hak dan tanggungjawab sendiri pun tak tau. Suami sibuk nak tambah bini, sebab tak tau betapa beratnya kewajipan suami. Kalau semua benda bini nak buat, memang best la kawin ramai. Isteri pulak dalam tak sedar ditindas secara rela. Bila badan letih mulut pun mula la membebel. Kadangkala pi marah suami pulak. Tak pasal-pasal hilang pahala dan dapat dosa"

"Ingat Muin, ramai perempuan masuk neraka disebabkan mulut mereka. Sebahagiannya sebab berleter sebab letih. Letih pulak sebab buat kewajipan suami yang dia rasa itu kewajipan isteri. Naya betul....."







sign, my signature