WELCOME NOTES


Tuesday, September 27, 2011

Rahsia Mengenal Wanita Dr Cara Berjalan

السلام عليكم 

-gambar hiasan-

Jom kita mengenali rahsia2 yg tersembunyi disebalik cara wanita berjalan:

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
 
3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
 
4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.
 
5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

WALLAH HUA'ALAM...

 

Amalan Harian

السلام عليكم

Senarai semak apabila ditimpa ujian:

✔ Innalillahiwainnailairojiu'n ▬ ► Aku diuji lagi YA ALLAH,
✔ Subhanallah ▬ ► UJIAN apa yang KAU berikan ini,
✔ MasyaALLAH ▬ ► mengapa aku mempersoalkan TAKDIRMU lagi,
✔ Astaghfirullahaa'zim ▬ ► Maafkan aku Ya Allah aku pertikaikan KEKUASAANMU,
✔ Allahhuakhbar ▬ ► kuatkan HATI nuraniku hadapi semua ini dalam menggapai REDHAMU,
✔ Alhamdulillah ▬ ► ku tahu selepas ini ada HIKMAH kebahagiaan PEMBERIANMU

Petua Imam Syafi'e....

السلام عليكم

Jadikan petua2 yg baik  sebagai amalan:

4 perkara menguatkan badan...

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

4 perkara melemahkan badan...
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

4 perkara menajamkan mata...
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

4 perkara merosakkan mata...
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

4 perkara menajamkan fikiran...
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR...

1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBAMiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka. * Kalau ada kesudian ..

Friday, September 23, 2011

Ziarah Isteri dan anak2 arwah MatYie

السلام عليكم


21/9/11 - Melawat anak2 arwah matyie di hosp kuala lipis (gambar-aina, anak perempuan arwah)

Kini isteri dan anak2 arwah telah dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur(HKL) mlm 220911. Keadaan mereka semakin stabil. Insyaallah ada masa akan pergi melawat mereka. Terima kasih kepada kakak kepada Isteri arwah, Ain kerana sentiasa memberitahu perkembangan tentang keadaan mereka. Semoga mereka cepat sembuh dan segera dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Amin..

rujukan berita online:
- Lelaki maut kereta dirempuh lori
- Man killed and family hurt in road accident

- MAN DIES, WIFE, THREE CHILDREN SERIOUSLY INJURED IN CAR-LORRY CRASH
Man Dies, Wife, Three Children Seriously Injured In Car-lorry Crash



Pengorbanan Seorang Ibu

السلام عليكم



Ini adalah kisah benar pengorbanan seorang ibu semasa Gempa Bumi di China.
Selepas gempa bumi reda, apabila penyelamat tiba di runtuhan rumah seorang wanita muda, mereka melihat mayat beliau melalui celah runtuhan dan timbunan tanah. Tetapi entah bagaimana ia kelihatan agak aneh seperti melutut pada seseorang dan menyembah ke hadapan, dan dua tangannya menyokong sesuatu objek. Rumah runtuh itu telah menghempas belakang dan kepalanya.

Dengan usaha yang sukar, ketua pasukan penyelamat meletakkan tangannya melalui celahan yang kecil di dinding untuk mencapai badan wanita tersebut. Dia berharap bahawa wanita ini mungkin masih hidup. Walau bagaimanapun, badannya yang sejuk dan kaku membuktikan bahawa wanita itu telah meninggal dunia.
Dia dan seluruh pasukan meninggalkan rumah itu dan mencari mangsa pada bangunan runtuh yang seterusnya. Tanpa sebarang alasan, ketua pasukan ini didorong oleh satu kuasa yang kuat menariknya untuk kembali ke rumah wanita yang runtuh itu. Sekali lagi, dia melutut dan melalui celahan runtuhan yang sempit untuk meninjau keadaan mayat itu. Tiba-tiba, dia menjerit kegirangan, "Seorang kanak-kanak! Ada kanak-kanak! "
Seluruh pasukan bekerja bersama-sama dengan berhati-hati mereka memindahkan objek runtuhan yang menghempas wanita itu hingga mati. Terdapat seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 bulan yang dibalut dengan selimut berbunga di bawah mayat ibunya. Jelas sekali, wanita itu telah berkorban hingga ke akhir hayatnya untuk menyelamatkan anaknya. Apabila rumahnya runtuh, dia menggunakan tubuhnya untuk melindungi anaknya. Budak lelaki itu masih tidur dengan nyenyak semasa ketua pasukan penyelamat itu menemuinya.
Doktor bergegas datang untuk memeriksa anak kecil tersebut. Selepas beliau membuka selimut, terdapat telefon bimbit di dalam selimut itu. Tertera teks mesej pada skrin telefon bimbit itu, "Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu." mesej ini telah dihantar dari satu tangan ke tangan yang lain. Setiap individu yang membaca mesej pasti menangis. "Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu." Begitulah kasih sayang seorang ibu pada anaknya!!


Wednesday, September 21, 2011

Pemergian seorang sahabat baik.

السلام عليكم 
 

Tragedi 20/09/2011 seorang sahabat dari BMI, Mat Yie dan ahli keluarganya. Kemalangan ngeri kereta dan lori gdex di kuala lipis dlm jam 4 pg. Arwah dari kelantan mnuju ke KL.


Arwah tlah meninggalkan seorang isteri dan 3 anaknya. Difahamkan isteri bru smlm dpindahkan ke hosp tmerloh bsama2 anak bongsunya dsebabkan tlalu kritikal. Anak sulung lelaki dan perempuan masing2 patah kaki sebelah dan drawat d hosp k lipis.
Sama2lah kita doakan smoga arwah dcucuri rahmat dan ahli keluarganya yg lain cepat sembuh. Al-fatihah..


p/s: terharu bila saudara mara menyatakan arwah kelihatan tenang ketika dimandikan.. berhati2lah wahai pemandu sekalian terutama waktu malam, tetapi jika ajal dah memanggil apakandaya... takziah untuk seluruh ahli keluarga allahyarham mat yie..
-klik 2x utk besarkan gambar

Kemaskini:
-21/9: dimaklumkan kedua2 anak arwah telah dipindahkan ke hosp temerloh. Baby demam dan isterinya baru sahaja menjalani pembedahan pembuangan sebelah mata... Insyaallah akan singgah melawat di hosp temerloh sebaik pulang dari Pekan,Pahang sabtu ini.




Tuesday, September 20, 2011

Keutamaan Berselawat Dan Kelebihannya

السلام عليكم



Setiap umat Islam berkewajipan mengasihi atau mencintai Allah dan Rasulullah. Bukti seseorang itu berbuat demikian ialah dengan mengerjakan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Umat Islam kini memang banyak mengakui beriman kepada Allah dan mengasihi Rasulullah. Tetapi sejauh manakah kebenaran pengakuan itu, jika terus enggan mengerjakan suruhan-suruhan Allah dan berselawat kepada Rasulullah?

Berselawat kepada Nabi Muhammad adalah salah satu bukti kecintaan seseorang itu kepada Allah dan Rasulullah. la tidak sewajarnya dipandang ringan oleh setiap umat Islam. Ini sesuai dengan kedudukan selawat itu sendiri yang memiliki berbagai keistimewaan dan kelebihan di sisi Allah.
Makna secara umum selawat adalah jamak dari kalimat solat. Di segi bahasa pula, ia bererti doa, rahmat dari Allah, memberi berkah dan ibadat.

Dalam pengertian yang lebih luas, berselawat kepada Nabi Muhammad bererti memperbesarkan, mengagungkan serta mendukung perjuangannya yang mulia, di samping melahirkan rasa syukur atas perutusannya yang menjadi rahmat seluruh alam ini, malah menambahkan keyakinan beramal dengan sunnahnya yang diredhai Allah.
Sejajar dengan itu, selawat kepada Nabi Muhammad merupakan ibadah yang mulia dan terpuji. la mengandungi berbagai-bagai kelebihan dan mendapat pertolongan dan perlindungan yang istimewa dari Nabi Muhammad serta memperolehi ganjaran yang besar dari Allah di hari akhirat kelak.

اِنَّ اللهَ وَمَلَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا تَسلِيمًا
Yang bermaksud, Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada nabi (Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya .
(Surah al-Ahzab-56)

KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W
Al-Sheikh Abdul Kadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisa sirruhu menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata: Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan.Hal ini tertulis di dalam kitabnya ‘Hadaiq al-Anwar’:-

1.Melaksanakan perintah Allah.
2.Bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah s.a.w.
3.Bersamaan dengan selawat para malaikat.
4.Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat).
5.Dikurniakan oleh Allah sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat.
6.Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.
7.Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat.
8.Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.
9.Mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w.
10.Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban.
11.Allah akan menutupi segala dukacita.
12.Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
13.Mendapat darjat al-Sidq.
14.Ditunaikan segala hajat.
15.Salam sejahtera pada hari kiamat.
16.Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.
17.Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.
18.Salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat.
19.Rasulullah s..a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.
20.Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.
21.Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.
22.Tidak akan merasai fakir.
23.Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.
24.Mendapat kesejahteraan daripada doa rasulullah s.a.w. kepada yang berselawat.
25.Selawat akan menjemput setiap pengucapanya ke jalan syurga.
26.Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.
27.Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabu Muhammad s.a.w.
28.Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.
29.Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.
30.Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah.
31.Mendapat keberkatan daripada Allah.
32.Mendapat kesempurnaan iman.
33.Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
34.Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah.
35.Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan dihadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung.
36.Teguh pendirian dengan kebenaran.
37.Berselawat bererti kita menggunakan sebaghagian hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita. Disamping itu ianya dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
38.Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.
39.Berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah, ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri.
40.Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. di dalam jiwanya.
41.Dikurniakan oleh Allah maqam seorang Syeikh dan Murabbi.
42.Mendapat kebahagiaan, ketenangan hidup didunia dan akhirat.


Antara hadis-hadis yang menyatakan tentang kelebihan selawat ke atas Rasulullah ialah:

“Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. ” -(Riwayat Tabrani)

“Barang siapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barang siapa berselawat kepadaku dari jauh maka, selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.-(Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib)

“Barang siapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” -(Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim)

Dari Ubai bin Ka ‘ab: “Aku bertanya, wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku memperbanyakkan selawat, maka berapakah aku jadikan untukmu dari selawatku? Nabi bersabda: Apa yang kamu kehendaki. la berkata: kataku: “Seperempat.” Sabda Nabi: “Apa yang kamu sukai dan jika kamu tambah maka itu yang lebih baik bagi kamu.” Kataku: “Apakah sepertiga? ” Sabda Nabi: “Apa yang kamu sukai, jika kamu tambah itulah yang lebih baik bagi kamu.” la bertanya: “Apakah aku jadikan selawatku buatmu semuanya.” Nabi bersabda: “Jika demikian maka dicukupilah cita-citamu dan diampuni dosamu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi dan Al Hakam)

“Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa pembersih dosa) bagimu.” -(Riwayat Ibnu Murdawaih)

“Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tigapuluh untuk dunianya. ”(Riwayat Ibnu Majar dan Jabir)

“Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka ia tidak akan mati sehingga ia digembirakan dengan syurga.” -(Riwayat Abus Syaikh dari Anas)

“Orang yang bakhil ialah yang bila disebut namaku kepadanya, lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku. -(Riwayat Tirmizi)


Cara Mudah mencari M/S Dlm Al-Quran

السلام عليكم

Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa: 5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82 Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa: 10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa: 23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442





Cubalah...


Thursday, September 15, 2011

Adakah Dia Masih Isteriku Di Akhirat Kelak

السلام عليكم



1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda:”Tiada si bujang di dalam syurga”
~ (HR Muslim).

Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita meninggal dunia setelah diceraikan & tak b’kahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.




Sekecil-Kecil Amalan Tetap Jadi Penyelamat Kita Di Akhirat

السلام عليكم



IBNU Qayyim al-Jauziyah menukilkan sebuah hadis Rasulullah SAW yang panjang mengenai amalan yang boleh menyelamatkan seseorang daripada kesulitan pada akhirat kelak.

Diriwayatkan oleh Abu Musa al-Madini, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya aku semalam bermimpi melihat hal yang sangat menakjubkan. Aku melihat seorang daripada umatku didatangi oleh malaikat untuk mencabut nyawanya, lalu datang amalannya kepadanya dalam berbakti kepada kedua-dua orang tuanya, sehingga amalan itu membuat malaikat kembali semula.

“Aku melihat seseorang yang sudah dipersiapkan kepadanya seksa kubur, lalu datang wuduknya sehingga wuduknya itu menyelamatkannya daripada seksa kubur.

“Aku melihat seseorang yang sudah dikepung banyak syaitan, lalu datang kepadanya zikirnya kepada Allah, sehingga zikirnya itu mengusir syaitan darinya.

“Aku melihat seseorang yang kehausan, sedang tiap kali ia mendekati telaga, ia diusir darinya. Lalu datanglah puasa Ramadan, sehingga puasanya itu memberikan minum kepadanya.

“Aku melihat seseorang di mana nabi masing-masing duduk dalam majlis halaqah, ia diusir dan dilarang untuk bergabung di dalamnya. Lalu datanglah mandinya dari hadas besar, sehingga mandinya itu membimbing ia dengan memegang tangannya seraya mendudukkannya di sampingku.

“Aku melihat seseorang yang di depannya gelap sekali, begitu pula di belakangnya, atasnya dan bawahnya, sehingga ia kebingungan mencari arah jalannya. Datanglah kepadanya haji dan umrahnya, lalu keduanya mengeluarkan ia daripada kegelapan dan memasukkannya ke tempat yang terang sekali.

“Aku melihat seseorang yang melindungi mukanya dengan tangannya daripada panasnya gejolok api, lalu datang sedekahnya kepadanya dengan menutupi gejolakan api dari mukanya seraya membimbingnya ke hadapan Allah.

“Aku melihat seseorang yang mengajak bercakap orang Mukmin, tetapi mereka mendiamkan diri. Datanglah silaturahim seraya berkata: “Wahai orang beriman, sesungguhnya ia adalah orang yang melakukan silaturahim, maka ajaklah dia bercakap.”

“Maka orang itu diajak bercakap oleh semua orang Mukmin dan mereka menghulurkan tangan untuk berjabat dengannya, sementara ia pun menghulurkan tangannya untuk berjabat dengan mereka.

“Aku melihat seseorang yang sudah dicengkam malaikat Zabaniyah, lalu datanglah kepadanya amal makruf dan nahi munkarnya, hingga amalannya itu menyelamatkan ia daripada seksa Zabaniyah dan memasukkannya ke dalam lingkungan malaikat rahmat.

“Aku melihat seseorang yang jalannya merangkak dengan kedua-dua lututnya dan di depannya ada tabir yang memisahkan ia dengan Allah, lalu datanglah akhlak baiknya seraya memegang tangan dan membimbingnya ke hadrat Allah.

“Aku melihat seseorang yang catatan amalannya datang dari sebelah kirinya, lalu datanglah takwanya kepada Allah dan mengambil buku itu dengan meletakkannya di tangan kanannya.

“Aku melihat orang yang timbangan amalannya sangat ringan, lalu datang anaknya yang meninggal dunia waktu kecil, sehingga mereka memberatkan timbangan amalan baiknya itu.

“Aku melihat seseorang yang berdiri di tebing Jahanam, lalu datanglah harapannya kepada Allah, hingga harapannya itu menyelamatkannya dari Jahanam dan ia berjalan menuju syurga dengan selamat.

“Aku melihat seseorang yang terpelanting di atas neraka, lalu datanglah air matanya kerana takut kepada Allah hingga air mata itu menyelamatkannya dari jatuh ke neraka.

“Aku melihat seseorang yang sedang berada di atas jambatan (sirat) dengan tubuh gementar, lalu datang husnuzannya (sangka baik) pada Allah, hingga sikapnya itu menjadikan dia tenang dan ia berjalan dengan lancar.

“Aku melihat seseorang yang jatuh bangun di atas jambatan, kadang-kadang ia merangkak, kadang-kadang pula ia bergantung, lalu datanglah solatnya menegakkan kedua kakinya dan menyelamatkannya hingga ia mampu menyeberangi jambatan sampai ke pintu syurga.

“Akupun melihat pula seseorang yang sudah sampai ke pintu syurga, semua pintu ditutup baginya, lalu datanglah syahadahnya, sehingga dibukakan pintu syurga dan ia pun boleh masuk ke dalamnya.”

Itulah gambaran amalan yang dengan izin Allah boleh menyelamatkan umat Muhammad SAW yang benar-benar melaksanakan perintah Allah dan sunnah Rasulullah SAW dengan hati ikhlas.

"Menuntut Ilmu adalah fardhu kepada setiap orang Islam, dan meletakkan ilmu kepada yang bukan ahlinya tidak ubah seperti menggantungkan permata, mutiara dan emas kepada seekor babi." (Riwayat Ibnu Majah)




p/s: muhasabah diri sendiri..