WELCOME NOTES


Showing posts with label seruan Islam. Show all posts
Showing posts with label seruan Islam. Show all posts

Monday, October 22, 2012

Bakal Haji Abdullah dan Hjh Munah

السلام عليكم


Malam tadi kami jemput mekT dekat area Hulu Kelang, berhampiran Sg Gabai. Ada perkhemahan motivasi katanya. Selepas menjemputnya, kami terus ke rumah abang ngah, Subang. Masa kami sampai abang ngah n kakngah x sampai lagi dr KLIA jemput umi n aboh dr Trengganu. Alkisahnya, smlm Ahad baru dapat jawapan umi n aboh dapat jemputan menunaikan Haji di Mekah. Alhamdulillah.. Rezeki..

So, dalam tempoh menunggu tu, anak2 sibuk bermain2. Dari rumah, tpt makan kat mekT sampailah kat Subang boleh sambung main. Budak2... x rasa ngantok langsung. Dah lah kat rumah lepas mkn2 kat majlis harijadi jiran, main dlm rumah. Herm, mmg x kenal erti penat. Jumpa jarang2 kowt. Lepas stgh jam menunggu barulah mereka sampai dgn beg masing2. Wah semangat tgk beg2 mcm ni..hihii. Bila lah "Panggilan Haji" utk kita plak ya..

Duk borak2 alkisah cerita tup2 dpt haji, perkemas lah mana2 yg patut. Agak2 kul 2am kami bertolak balik umah kami. Pagi subuh tu Basri n mekNa pun tiba juga hubbynya, Aspan. Dlm pukul 9 kami bertolak ke KLIA. Jumpa ramai2 disana. MokCik Banting sefamily pun ada. Ramai juga jemaah bakal haji dan hajah disana. Kalau x salah ini batch kedua last panggilan haji. :)



وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلاَّ الْجَنَّةُ
 “Dan haji mabrur tidak ada balasan yang layak baginya selain syurga.” 
(HR. Bukhari no. 1773 dan Muslim no. 1349). 

Di antara bukti dari haji mabrur adalah gemar berbuat baik terhadap sesama insan. Dari Jabir, ia berkata bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya tentang haji yang mabrur. Jawapan beliau, 
إطعام الطعام و طيب الكلام 
 “Suka bersedekah dengan cara memberi makan dan memiliki tutur kata yang baik”

p/s: didoakan semoga Umi n Aboh dapat menjalani amal ibadah Haji dengan sempurna dan semoga memperoleh Haji Mabrur. Amin

rujukan bahan bacaan: Haj

sign, my signature

Tuesday, October 9, 2012

Wanita... UAI

P/s: Hahaha mmg ada benarnya.. Tp kita sbg wanita beringat-ingatlah yer.... Elakkan pembaziran dan utamakan keluarga ;)

Thursday, October 4, 2012

Kesedaran dari Keberanian Budak Kecil

السلام عليكم 

Al-kisah seorang pemuda yang berjaya pulang ke kampungnya dengan kereta barunya Mercedes yang baru dibelinya. Pemuda tersebut memandu agak cepat untuk jalan di kampung. Namun pemuda itu berhati-hati melihat samada ada kanak-kanak yang tetiba lari keluar daripada tepi jalan dan memperlahankan kereta jika ternampak sesuatu. Ketika kereta pemuda melalui jalan kampung yang cerun itu, tiada kanak-kanak yang keluar. Tetiba, ada sekeping bata yang terbaling ke pintu kereta Mercedes barunya. Pemuda terus menekan brek dan gostan ke tempat di mana bata tersebut dibaling. Pemuda yang marah tersebut terus keluar dan menolak seorang kanak-kanak 12 tahun ke arah keretanya dan terus menjerit marah. “Apa ini? Siapa kamu? Apa yang kamu buat? Ini kereta baru TAHU? Dan bata yang kau BALING ITU AKAN menyebabkan hilang banyak wang!!! MENGAPA kamu buat DEMIKIAN?? JAWAB!!!” Budak tersebut memohon maaf…. “Abang… sorry… jangan marah… Saya minta maaf tapi saya tak tahu apa nak buat,” budak tersebut merayu. “Saya membaling bata tersebut kerana tiada kereta lain yang hendak berhenti,” kata budak itu sambil menangis-ngangis teresak-esak… Jari budak itu menunjukkan ke arah bawah cerun jalan tidak jauh daripada tempat kereta Mercedes pemuda itu dipark. “Itu abang saya,” kata budak itu. “Abang saya termasuk cerun dan terhempas daripada kereta rodanya… dan saya tidak dapat mengangkat abang saya,” tambahnya dengan nada teresak-esak. Sambil pipinya dipenuhi air mata dan hidung berhingus, budak itu merayu pemuda kaya tersebut, “Boleh abang tolong angkat abang saya naik ke kerusi rodanya. Abang saya sangat sakit tapi dia terlalu berat untuk saya angkat.” Pemuda itu tersergam, terdiam dan tersentuh. Menelan air liur dan meredakan bengkak tekak akibat menjerit, pemuda itu cepat-cepat pergi membantu abang budak yang cacat itu ke kerusi roda semula. Pemuda kemudian mengeluarkan kain sapunya untuk mengelap luka abang budak tersebut dan memberitahu dia, “Jangan bimbang, semuanya ok.” Budak yang dimarahinya tadi berkata, “Terima kasih abang… semoga Allah membalas hati baik abang.” Terlalu terkejut dengan situasi tersebut, pemuda itu tidak berkata apa-apa sambil melihat budak itu menolak abangnya balik ke rumah. Pemuda itu berjalan ke arah kereta Mercedesnya. Kesan kerosakan tampak jelas, tapi pemuda itu berkata pada dirinya, ia akan membiarkan kerosakan itu kekal di pintunya sebagai mesej mengingatkan diri – “Jangan lalu kehidupan dengan cepat sangat sehingga ada orang yang terpaksa membaling bata untuk mendapatkan perhatian kita!” Allah sentiasa berada di sisi kita dan mendidik dan membisik ke jiwa dan hati kita. Apabila kita tiada masa untuk mendengarnya, Allah terpaksa membaling bata ke arah kita – supaya kita sedar dan berfikir.
P/s:kredit tu FB LayarMinda
sign, my signature

Friday, March 2, 2012

Mutiara Kata Keluarga Bahagia

السلام عليكم




Kesolehan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera.
Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.
Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya.
Seorang yang bekerja keras untuk menunaikan tanggung jawab kepada keluarganya adalah bukti kasihnya kepada keluarganya.
Tingginya darjat suami ditentukan oleh perjuangannya menjadi pemimpin rumah tangga, sehingga dituntut menjadi teladan yang baik bagi keluarga yang dipimpinnya.
Sesungguhnya keluarga itu tempatnya yang aman dan selesa dalam berkongsi suka dan duka.
Kasih sayang yang terjalin diantara anak dan ibubapa mampu melahirkan sikap jujur dan terbuka.
Kekuatan cinta yang tulus mampu menggerakkan lisan untuk senantiasa berterima kasih kepada pasangan, anak ataupun ibubapanya.
Mencintai keluarga adalah amanah bagi setiap manusia.
Pecinta keluarga tidak akan membiarkan dalam rumahnya berlaku keburukan dan kemaksiatan.
Anak-anak lebih memerlukan contoh dan keteladanan dari kedua ibu-bapa mereka daripada celaan dan kekerasan.
Kehidupan kita akan berubah apabila dimulai dengan perubahan diri, keluarga dan persekitaran.
Mahkota orang tua adalah anak cucunya dan kehormatan anak-anak adalah kerana nenek moyang mereka.
Apabila setiap ahli keluarga saling mencintai, menyayangi, dan saling mengalah, nescaya seluruh masyarakat akan menjadi baik, aman dan damai.
Keharmonian keluarga terletak pada sikap tanggungjawab dan terbangunnya komunikasi yang sihat diantara ahli keluarga.
Komunikasi dalam keluarga akan senantiasa terpelihara selama komunikasi dengan Allah pun tetap terjaga.
Keluarga yang dekat dengan Allah akan menjadi keluarga yang layak ditolong olehNya dalam setiap urusannya.
Rasul saw bersabda, paling dekat dengan ku kedudukannya kelak pada hari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kamu ialah yang paling baik terhadap keluarganya.
Barangsiapa bersusah payah mencari nafkah untuk keluarganya, maka dia adalah seumpama seorang mujahid dijalan Allah.
Warisan termahal dan terbaik dari diri kita untuk keluarga, keturunan, dan masyarakat adalah keindahan akhlak kita.
Allah mencintai orang-orang yang selalu berjuang memperbaiki diri, keluarga dan masyarakat.
Cintailah suami atau isteri kita dengan memuliakan ibubapa dan keluarganya.
Bagaimana kita bersikap kepada anak-anak kita, begitu pulalah mereka akan bersikap kepada kita. Maka berikan sikap yang terbaik kepada mereka
Jika Allah cinta kepada sebuah keluarga, maka salah satu cirinya ialah keluarga itu dibukakan hati untuk ilmu agama.
Kebahagiaan sesuatu keluarga bukanlah diukur dari segi mata-benda, tapi sejauh mana keta’atan keluarga kepada Allah.
Ibadah seorang ibu adalah modal bagi lahirnya anak-anak yang soleh yang akan menjadi benteng bagi ibubapanya kelak di akhirat.

kredit: exzede :)

sign, my signature

Thursday, December 29, 2011

Berterimakasihlah....

السلام عليكم


Berterimakasihlah pada orang yg telah melukai hatimu, karena dia telah membuatmu kuat, 
Berterimakasihlah pada orang yg telah membohongimu karena dia telah membuatmu lebih bijaksana, 
Berterimakasihlah pada orang yg telah membencimu karena dia telah mengasah ketegaranmu, 
Berterimakasihlah pada orang yg mengecewakanmu karena dia telah melatihmu untuk lebih ikhlas, 
Berterimakasihlah pada orang yg menjaga dan mengerti semua keadaanmu karena disitulah Rahman Allah ada bersamamu.

Dan jangan memberi harapan pada yg belum pasti, kelak ada insan yg bakal di lukai, jangan menaruh harapan pada yg belum tentu dimiliki, nanti kecewa kan sendiri, sebaliknya, gantunglah segenap harapan kepada..''YANG MAHA MEMBERI'', niscaya dirimu tak sesekali di zalimi karena Allah mendengar pengharapanmu setiap kali & Allah menunaikannya dengan cara-NYA tersendiri sehingga keindahan itu datang pada waktunya....SubhanAllah

blog

Tuesday, December 13, 2011

Isi Hati Tiada Siapa yg Tahu

السلام عليكم


Jagalah hati wanita yang berada disisimu dan hargailah dia.....
Sayangilah dirinya seperti mana dia menyayangi dirimu..
Jangan biarkan airmatanya mengalir dan menangis kerana sikap egomu..
Kerana kamu tidak pernah tahu, mungkin ada seseorang di luar sana berusaha memenangi hatinya..
Dan tidak akan biarkan dia derita kesedihan.. Berusaha untuk membuatnya tersenyum..





blog

Tuesday, November 22, 2011

Fikir-fikirkan lah....

السلام عليكم





p/s- bertaubat sebelum terlambat, kurangkanlah kemungkaran dan tingkatkanlah amalan sebelum ajal

info: Kongsi Club


blog

Wednesday, November 2, 2011

Apa yang Anda Tak Tahu Tentang Seorang Ayah

السلام عليكم




Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu, bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

p/s: tringat masa kecik2 dulu... hermmm... i love my dad very much, i love my families very much (dua2 belah n my own family)


blog

Tuesday, September 20, 2011

Keutamaan Berselawat Dan Kelebihannya

السلام عليكم



Setiap umat Islam berkewajipan mengasihi atau mencintai Allah dan Rasulullah. Bukti seseorang itu berbuat demikian ialah dengan mengerjakan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Umat Islam kini memang banyak mengakui beriman kepada Allah dan mengasihi Rasulullah. Tetapi sejauh manakah kebenaran pengakuan itu, jika terus enggan mengerjakan suruhan-suruhan Allah dan berselawat kepada Rasulullah?

Berselawat kepada Nabi Muhammad adalah salah satu bukti kecintaan seseorang itu kepada Allah dan Rasulullah. la tidak sewajarnya dipandang ringan oleh setiap umat Islam. Ini sesuai dengan kedudukan selawat itu sendiri yang memiliki berbagai keistimewaan dan kelebihan di sisi Allah.
Makna secara umum selawat adalah jamak dari kalimat solat. Di segi bahasa pula, ia bererti doa, rahmat dari Allah, memberi berkah dan ibadat.

Dalam pengertian yang lebih luas, berselawat kepada Nabi Muhammad bererti memperbesarkan, mengagungkan serta mendukung perjuangannya yang mulia, di samping melahirkan rasa syukur atas perutusannya yang menjadi rahmat seluruh alam ini, malah menambahkan keyakinan beramal dengan sunnahnya yang diredhai Allah.
Sejajar dengan itu, selawat kepada Nabi Muhammad merupakan ibadah yang mulia dan terpuji. la mengandungi berbagai-bagai kelebihan dan mendapat pertolongan dan perlindungan yang istimewa dari Nabi Muhammad serta memperolehi ganjaran yang besar dari Allah di hari akhirat kelak.

اِنَّ اللهَ وَمَلَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا تَسلِيمًا
Yang bermaksud, Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada nabi (Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya .
(Surah al-Ahzab-56)

KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W
Al-Sheikh Abdul Kadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisa sirruhu menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata: Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan.Hal ini tertulis di dalam kitabnya ‘Hadaiq al-Anwar’:-

1.Melaksanakan perintah Allah.
2.Bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah s.a.w.
3.Bersamaan dengan selawat para malaikat.
4.Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat).
5.Dikurniakan oleh Allah sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat.
6.Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.
7.Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat.
8.Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.
9.Mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w.
10.Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban.
11.Allah akan menutupi segala dukacita.
12.Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
13.Mendapat darjat al-Sidq.
14.Ditunaikan segala hajat.
15.Salam sejahtera pada hari kiamat.
16.Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.
17.Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.
18.Salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat.
19.Rasulullah s..a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.
20.Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.
21.Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.
22.Tidak akan merasai fakir.
23.Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.
24.Mendapat kesejahteraan daripada doa rasulullah s.a.w. kepada yang berselawat.
25.Selawat akan menjemput setiap pengucapanya ke jalan syurga.
26.Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.
27.Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabu Muhammad s.a.w.
28.Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.
29.Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.
30.Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah.
31.Mendapat keberkatan daripada Allah.
32.Mendapat kesempurnaan iman.
33.Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
34.Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah.
35.Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan dihadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung.
36.Teguh pendirian dengan kebenaran.
37.Berselawat bererti kita menggunakan sebaghagian hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita. Disamping itu ianya dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
38.Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.
39.Berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah, ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri.
40.Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. di dalam jiwanya.
41.Dikurniakan oleh Allah maqam seorang Syeikh dan Murabbi.
42.Mendapat kebahagiaan, ketenangan hidup didunia dan akhirat.


Antara hadis-hadis yang menyatakan tentang kelebihan selawat ke atas Rasulullah ialah:

“Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. ” -(Riwayat Tabrani)

“Barang siapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barang siapa berselawat kepadaku dari jauh maka, selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.-(Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib)

“Barang siapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” -(Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim)

Dari Ubai bin Ka ‘ab: “Aku bertanya, wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku memperbanyakkan selawat, maka berapakah aku jadikan untukmu dari selawatku? Nabi bersabda: Apa yang kamu kehendaki. la berkata: kataku: “Seperempat.” Sabda Nabi: “Apa yang kamu sukai dan jika kamu tambah maka itu yang lebih baik bagi kamu.” Kataku: “Apakah sepertiga? ” Sabda Nabi: “Apa yang kamu sukai, jika kamu tambah itulah yang lebih baik bagi kamu.” la bertanya: “Apakah aku jadikan selawatku buatmu semuanya.” Nabi bersabda: “Jika demikian maka dicukupilah cita-citamu dan diampuni dosamu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi dan Al Hakam)

“Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa pembersih dosa) bagimu.” -(Riwayat Ibnu Murdawaih)

“Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tigapuluh untuk dunianya. ”(Riwayat Ibnu Majar dan Jabir)

“Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka ia tidak akan mati sehingga ia digembirakan dengan syurga.” -(Riwayat Abus Syaikh dari Anas)

“Orang yang bakhil ialah yang bila disebut namaku kepadanya, lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku. -(Riwayat Tirmizi)


Thursday, September 15, 2011

Sekecil-Kecil Amalan Tetap Jadi Penyelamat Kita Di Akhirat

السلام عليكم



IBNU Qayyim al-Jauziyah menukilkan sebuah hadis Rasulullah SAW yang panjang mengenai amalan yang boleh menyelamatkan seseorang daripada kesulitan pada akhirat kelak.

Diriwayatkan oleh Abu Musa al-Madini, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya aku semalam bermimpi melihat hal yang sangat menakjubkan. Aku melihat seorang daripada umatku didatangi oleh malaikat untuk mencabut nyawanya, lalu datang amalannya kepadanya dalam berbakti kepada kedua-dua orang tuanya, sehingga amalan itu membuat malaikat kembali semula.

“Aku melihat seseorang yang sudah dipersiapkan kepadanya seksa kubur, lalu datang wuduknya sehingga wuduknya itu menyelamatkannya daripada seksa kubur.

“Aku melihat seseorang yang sudah dikepung banyak syaitan, lalu datang kepadanya zikirnya kepada Allah, sehingga zikirnya itu mengusir syaitan darinya.

“Aku melihat seseorang yang kehausan, sedang tiap kali ia mendekati telaga, ia diusir darinya. Lalu datanglah puasa Ramadan, sehingga puasanya itu memberikan minum kepadanya.

“Aku melihat seseorang di mana nabi masing-masing duduk dalam majlis halaqah, ia diusir dan dilarang untuk bergabung di dalamnya. Lalu datanglah mandinya dari hadas besar, sehingga mandinya itu membimbing ia dengan memegang tangannya seraya mendudukkannya di sampingku.

“Aku melihat seseorang yang di depannya gelap sekali, begitu pula di belakangnya, atasnya dan bawahnya, sehingga ia kebingungan mencari arah jalannya. Datanglah kepadanya haji dan umrahnya, lalu keduanya mengeluarkan ia daripada kegelapan dan memasukkannya ke tempat yang terang sekali.

“Aku melihat seseorang yang melindungi mukanya dengan tangannya daripada panasnya gejolok api, lalu datang sedekahnya kepadanya dengan menutupi gejolakan api dari mukanya seraya membimbingnya ke hadapan Allah.

“Aku melihat seseorang yang mengajak bercakap orang Mukmin, tetapi mereka mendiamkan diri. Datanglah silaturahim seraya berkata: “Wahai orang beriman, sesungguhnya ia adalah orang yang melakukan silaturahim, maka ajaklah dia bercakap.”

“Maka orang itu diajak bercakap oleh semua orang Mukmin dan mereka menghulurkan tangan untuk berjabat dengannya, sementara ia pun menghulurkan tangannya untuk berjabat dengan mereka.

“Aku melihat seseorang yang sudah dicengkam malaikat Zabaniyah, lalu datanglah kepadanya amal makruf dan nahi munkarnya, hingga amalannya itu menyelamatkan ia daripada seksa Zabaniyah dan memasukkannya ke dalam lingkungan malaikat rahmat.

“Aku melihat seseorang yang jalannya merangkak dengan kedua-dua lututnya dan di depannya ada tabir yang memisahkan ia dengan Allah, lalu datanglah akhlak baiknya seraya memegang tangan dan membimbingnya ke hadrat Allah.

“Aku melihat seseorang yang catatan amalannya datang dari sebelah kirinya, lalu datanglah takwanya kepada Allah dan mengambil buku itu dengan meletakkannya di tangan kanannya.

“Aku melihat orang yang timbangan amalannya sangat ringan, lalu datang anaknya yang meninggal dunia waktu kecil, sehingga mereka memberatkan timbangan amalan baiknya itu.

“Aku melihat seseorang yang berdiri di tebing Jahanam, lalu datanglah harapannya kepada Allah, hingga harapannya itu menyelamatkannya dari Jahanam dan ia berjalan menuju syurga dengan selamat.

“Aku melihat seseorang yang terpelanting di atas neraka, lalu datanglah air matanya kerana takut kepada Allah hingga air mata itu menyelamatkannya dari jatuh ke neraka.

“Aku melihat seseorang yang sedang berada di atas jambatan (sirat) dengan tubuh gementar, lalu datang husnuzannya (sangka baik) pada Allah, hingga sikapnya itu menjadikan dia tenang dan ia berjalan dengan lancar.

“Aku melihat seseorang yang jatuh bangun di atas jambatan, kadang-kadang ia merangkak, kadang-kadang pula ia bergantung, lalu datanglah solatnya menegakkan kedua kakinya dan menyelamatkannya hingga ia mampu menyeberangi jambatan sampai ke pintu syurga.

“Akupun melihat pula seseorang yang sudah sampai ke pintu syurga, semua pintu ditutup baginya, lalu datanglah syahadahnya, sehingga dibukakan pintu syurga dan ia pun boleh masuk ke dalamnya.”

Itulah gambaran amalan yang dengan izin Allah boleh menyelamatkan umat Muhammad SAW yang benar-benar melaksanakan perintah Allah dan sunnah Rasulullah SAW dengan hati ikhlas.

"Menuntut Ilmu adalah fardhu kepada setiap orang Islam, dan meletakkan ilmu kepada yang bukan ahlinya tidak ubah seperti menggantungkan permata, mutiara dan emas kepada seekor babi." (Riwayat Ibnu Majah)




p/s: muhasabah diri sendiri..

Thursday, June 30, 2011

Wasiat

السلام عليكم

Wahai sahabat2 sekalian. Saya ingin sampaikan kepada anda wasiat ini seperti mana yg lain2 yg telah membacanya. Adalah terbaik jika saya sebarkannya disini agar dapat dikongsikan bersama2. Bacalah...

Ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad Maeine (Saudi Arabia). Pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di makam Rasulullah SAW. Selepas membaca lalu
hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman.

(a)isteri tidak mendengar kata suami.
(b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.
(c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan. 

Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu menyedarkan kepada orang Islam ini supaya membuat  kebajikan, kerana hari penghabisan(Qiamat) akan tiba di mana bintang akan terbit dari langit, sesudah itu
matahari akan turun di atas kepala. 

PESANAN HAMBA INI

(a) berselawat - untuk junjungan Nabi kita Muhammad SAW.
(b) bertaubatlah - dengan segera sementara Pintu Taubat masih terbuka.
(c) Bersembahyanglah
(d) berzakat - jangan ditinggalkan.
(e) Menunaikan Fardhu haji - bila berkemampuan.
(f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa.

UNTUK MAKLUMAN
1. Seorang saudagar dari bombay telah menerima surat ini dan beliau telah mencatak sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain, dia kemudiannya dianugerahi Allah dengan mendapat keuntungan yang besar
dalam perniagaannya.

2. Seorang hamba Allah telah menerima surat ini tetapi tidak mengendahkannya dan menganggap wasiat ini palsu, maka selang beberapa hari kemudian anaknya meninggal dunia.

3. Pada tahun 1977 Tun Dato Mustapha bekas Ketua Menteri Sabah menerima wasiat ini kemudian mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan dan menghantarnya kepada orang lain, maka selang beberapa hari kemudian dia telah mendapat hadiah dari kebajikan masyarakat di malaysia timur.

4. Tan sri ghazali jawi, bekas menteri besar perak secara tidak langsung dipecat dari jawatannya kerana apabila beliau menerima wasiat ini beliau terlupa mencetak 20 salinan untuk disebarkan kepada orang lain tetapi beliau telah menyedari kesilapannya lalu beliau mencetak semula wasiat ini dan mengirimkannya kepada orang lain, beberapa hari kemudian beliau telah dilantik menteri Kabinet Perdana Menteri.

5. Zulfikar Ali Bhuno telah menerima surat wasiat ini dan tidak percaya akan kebenarannya juga menganggap palsu lalu membuangnya ke dalam tong sampah. Seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman pancung sampai mati.

6. Di Terengganu, seorang pekerja bengkel kenderaan telah menerima wasiat ini dari pengirim yang tidak dikenali yang datangnya dari Perak lalu beliau membuat sebanyak 20 salinan seperti yang dituntut. Alhamdulillah dia dianugerahkan oleh Allah seorang gadis berakhlak mulia seperti yang dituntut oleh
Islam. Baginya anugerah ini paling agung dan tidak ada tandingannya.

7. Di Terengganu juga, seorang hamba Allah telah menerima surat ini dari orang yang tidak dikenali tetapi beliau tidak mengendahkannya dengan mengatakan ianya bohong belaka dan sengaja mengada-adakan untuk menakutkan orang yang membacanya. Beberapa hari kemudian dia telah mendapat penyakit ganjil dan penderitaanya amat menyedihkan. Setelah tiga minggu mendapat rawatan rapi di hospital, penyakitnya sukar juga diubati oleh doktor. Akhirnya beliau teringat akan wasiat ini dan mengedarkannya kepada orang lain.
Semingu kemudian barulah beliau beransur sembuh sehingga sekarang. 

Banyak lagi contoh-contoh orang yang menerima wasiat ini tetapi tidak mempercayainya dan tidak mengedarkannya atau menyampaikan kepada orang lain. Dimana mereka mendapat malapetaka. Setelah kejadian yang menggembirakan dan menyakinkan ini anda jangan lupa menyampaikan 20 salinan wasiat dalam masa 96 jam dari masa anda menerimanya. 

InsyaAllah anda akan memperolehi sesuatu dari YANG MAHA KUASA dengan penuh keyakinan pasti ia akan menerangi hidup anda dengan nikmat kebahagiaan hidup. ISNYAALLAH..

PERHATIAN setelah membaca wasiat ini hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepada orang lain sebanyak 20 salinan. Sekiranya telah dilakukan anda akan dianugerahkan sesuatu nikmat atau hajat anda akan dikabulkan oleh ALLah.

Kata Sheikh Ahmad lagi.. jika apa yang hamba katakan ini tidak benar, biarlah hamba mati dalam kekufuran dan hamba tidak mendapat perlindungan dan syafaat Rasulullah SAW naaauzubillah. Oleh itu hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepada orang lain. InsyaAllah dalam masa 2 minggu anda akan beroleh kebahagiaan dan ingatlah lakukan ini dengan hati yang ikhlas dan janganlah diabaikan atau dibiarkan.



Wednesday, June 15, 2011

Happy Father's & Mother's Day

السلام عليكم


















p/s: sama2lah kita hayati dan renung2kan. Insaflah dan sentiasalah beringat sesama kita :)


Wednesday, April 13, 2011

Pelaris

Salam semua,

Pelaris? Adat berniaga mahukan perniagaan yang laris. Tidak ada orang berniaga yang mahukan kerugian. Oleh itu ramai yang menggunakan pelaris perniagaan sebagai salah satu strategi untuk melariskan barang jualan, atau menarik ramai pelanggan.

Antara pelaris yang sedia maklum digunakan dalam perniagaan:
- pelaris perniagaan dengan menggunakan tangkal, menggunakan jampi, mentera serapah dan sebagainya
- pelaris perniagaan dengan menggantung ayat2 suci al-Quran
- pelaris perniagaan dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran dan zikir tertentu sebagai amalan seperti ayat 1000 Dinar, Qursi dsbg.
- pelaris perniagaan menggunakan pelaris fizikal seperti kedai yang cantik, pekerja yang cantik, konsep yang unik dan sebagainya.

Di sini saya ingin berkongsi beberapa perkara yang terjadi yang mungkin memberi sedikit maklumat berkenaan "pelaris".

Kisah 1 :
Seorang pernah menerangkan bahawa perlu menyimpan wang kertas yang bersiri nombor ganjil di semua angka dan menyimpannya ke dalam dompet. Ini juga dikatakan sebagai pelaris untuk rezeki.

Kisah 2 :
Seorang nenek yang menjual goreng pisang mengamalkan pelaris dengan cara mengikat duit kertas RM5 dengan seutas getah dan diletakkan ke dalam tabung duit perniagaannya.

Kisah 3 :
Ada juga yang mengamalkan solat hajat beramai-ramai pada premis yang baru dibuka dan menggunakan Air Zam-zam sebagai pelaris kedai mereka. Air tersebut di siram di sekeliling premis perniagaan dengan harapan supaya perniagaannya maju.

Kisah 4 :
Ada seorang lelaki telah mengambil pelaris bagi tujuan memajukan perniagaan. Dia menggunakan khidmat Tok Sami yang mana menggunakan abu mayat manusia sebagai pelaris perniagaannya.

Hasilnya perniagaan bertambah maju dari hari ke hari. Tapi, ada juga pantang larangnya. Menurut Tok Sami, beliau dilarang pergi ke tempat orang meninggal.

Pada suatu hari yang tak disangka, berlaku kemalangan di depan kedai beliau dan mangsa kemalangan cedera parah dan mati ditempat kejadian. Beliau tanpa menyedari telah berada di tempat kejadian untuk memberi pertolongan. Maka, selepas peristiwa kedai beliau kurang dikunjungi dan akhirnya beliau terpaksa menutup perniagaannya.

Kisah 5 :
Ada juga yang percaya bahawa batu "Mani Gajah" dan batu "Kecubung" yang dibuat cincin mempunyai khasiat yang boleh mencerahkan wajah  muka pemakai. Selain itu, "buluh perindu" juga bersifat ke arah pelaris kepada pemakai.Bila bercerita dengan seorang dukun yang berumur lebih setengah abad, kisah buluh perindu ini memang wujud. Dan di suatu bukit (Hanya diketahui oleh mereka yang mengamalkan suatu ilmu) memang ada pokok buluh perindu.

Nak bagitau bahawa hebatnya suara buluh perindu ini, ada satu cerita yang mana banyak binatang hutan yang melalui kawasan pokok buluh perindu akan menunggu dan mendengar suara buluh perindu sehingga binatang itu mati akibat tidak mahu makan kerana asyik mendengar suara buluh perindu.

Diceritakan juga buluh perindu digunakan oleh Tan Sri P.Ramlee yang mana suara beliau kekal lunak sehingga sekarang. Maknanya hebat sebenarnya khasiat buluh perindu ini.

Persoalannya, adakah penggunakan pelaris ni dibolehkan?
Menggunakan pelaris perniagaan adalah harus selagi ia tidak bertentangan dengan syarak. Pelaris seperti meminta bantuan jin,  tangkal, mentera dan sebagainya, yang nyata adalah syirik, sudah pasti bertentangan dengan kehendak Allah SWT. Pelaris cara itu tidak dibolehkan malah haram untuk diamalkan.

Pelaris cara kedua di atas yakni menggantung ayat-ayat suci al-Quran.. walaupun yang digantung itu adalah ayat kursi ke, ayat 1000 dinar ke, sejuta dinar ke, tak ada gunanya jika tuan yang berniaga tidak menghayati dan tidak mengamalkan ayat-ayat yang digantung. Perbuatan sebegini tak ubah seperti menggantung tangkal saja… Ia seolah2 meminta vitamin dari, tapi tak ditelan, sebaliknya cuma bawa vitamin itu ke mana-mana… adakah dapat manfaat?

Sebaiknya ialah mengamalkan ayat2 tersebut dengan membaca, memahami makna dan mengamalkan isinya dan berharap kepada bantuan Allah SWT semata-mata.

Pelaris yang terakhir adalah benda yang biasa digunakan… dan dibenarkan selagi tidak melanggar syarak. Contoh melanggar syarak ialah seperti menjual minuman keras (bagi peniaga Islam), menganjurkan hiburan terlampau, menggunakan gadis seksi dan sebagainya.

Namun, dalam senarai itu ada lagi satu amalan pelaris yang jarang disebut-sebut. Amalan inilah yang diamalkan oleh Rasulullah, para sahabat malah ahli perniagaan terkemuka di negara kita, Syed Mokhtar al-Bukhari. Amalan tersebut ialah bersedekah. Amalan ini bukan saja dilakukan oleh ahli perniagaan Islam, malah yang bukan Islam juga banyak menderma kerana mereka mempercayai konsep “the more you give the more you get“.

Amalan Doa Pelaris
Amalan 1
Sediakan air dan garam (atau juga barangan jualan jika dapat). Kemudian baca Wirid Kunci

“Ya Allah Ya Tuhanku, isikan daya kerezekian, pelarisan dan pengasihan pada …(barangan jualan)…ini agar sesiapa sahaja yang melihatnya merasa sangat tertarik dan ingin membelinya dengan izinMu”.

Seterusnya baca 3X;

كُنْ فَيَكُوْن


Teruskan lagi dengan membaca surah Ar Ra’du ayat 31 sebanyak 33x.

Zikir 129 X

يَا لَطِيْفُ


Baca lagi 9X;

اۭللّٰهُ لَطِيْفُۢ بِعِـبَادِهِ ۧۧ يَرْزُقُ مَنْ يَش۟ـــاءُ وَهُوَ الْقَيُّ الْعَزِيْزُ


Diakhiri dengan membaca Kalimah Syahadah 7X. Tiupkan pada bahan-bahan yang telah disediakan dan gunakanlah bahan-bahan tersebut untuk ditabur dan direnjis/disembur di premis atau tapak perniagaan.

Amalan 2





1. Di amalkan selalu diwaktu sebelum matahari terbit: Di baca sambil di gerakkan barang-barang perniagaan.
2. Dibaca samada 3 kali, 113 kali, atau 313 kali.

Cara mudah nak tahu kedai itu ada pelaris tidak halal
Pada kali pertama kita ke kedai tersebut, baca Qursi 3x luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, "pelaris" tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Selain itu, cara lain perhatikan apa wafaq di kedai makan. Biasanya orang Islam akan letak Surah Yasin, ayatul Qursi dan ayat 1000 Dinar (Surah at-Talaq 2-3) di belakang cashier. Tetapi ada yang guna wafaq ada simbol2 square, number2, bintang2, macam maruku pun ada....

Untuk kedai yang mana pengurusan-nya condong ke arah kesesatan, mereka akan letak wafaq di mana ayat2 Quran-nya akan dibentuk seperti makhluk (contohnya manusia, harimau, singa, burung etc). Pengurusan yang begitu cetek tauhid-nya akan tidak segan silu letak macam2 benda tidak baik dalam makanan sebagai pelaris. Ini kerana orang yang cetek tauhid-nya (kurang percaya pada Hari Akhirat, Syurga, Neraka) akan sanggup lakukan apa sahaja dalam perkara yang melibatkan duit wang ringgit.

Dan pengurusan sebegitu pun tidak akan segan silu guna bomoh Islam dan tak-Islam untuk kenakan penyakit ganjil (contohnya busung etc) pada orang2 yang cuba bocorkan rahsia "pelaris" mereka.. Jadi berhati-hatilah sebab mulut santan binasa.

Sila rujuk "Amalan Doa mudah dapat rezeki Sheikh Ad-Dumairi"



Wednesday, March 30, 2011

Tanggungjawab Anak



Soalan: Adakah menjadi tanggungjawap seorang anak perempuan untuk menjaga ibu  bapanya?

Jawapannya:
Ya. Selagi dia anak ibu dan bapanya Tanggungjawab menjaga ibubapa adalah tanggungjawab bersama anak lelaki dan perempuan.
Jika anak perempuan itu sudah bersuami, suaminya perlu memikul tugasan itu atau benarkan isteri berbakti kepada ibubapa kandungnya.
-pilih suami yang baik..banyak harta pun jika jiwa kacau tiada maknanya-

Dari website Muis(majlis ugama islam s'pore)

Soalan: Antara lelaki dan perempuan, siapakah yang lebih bertanggungjawab untuk menjaga ibu bapa yang sudah tua?

Jawapan:Tanggung jawab menjaga kedua ibu bapa yang sudah tua adalah tanggung jawab semua anak, tidak kira lelaki dan perempuan. Tiada ada perbezaan dalam tanggung jawab tersebut. Hanya jika anak perempuan itu sudah bersuami, maka izin suami perlu ada sebelum anak perempuan itu menjaga ibu bapanya. Namun, si anak perempuan itu tidak boleh berselindung di sebalik suami untuk tidak menjaga ibu bapanya yang sudah tua. Dia mesti yakinkan suaminya bahawa menjadi kewajipannya untuk menjaga orang tuanya, dan jika si suami tidak izinkan maka dosanya akan kembali kepada suami.
Walau bagaimanapun si anak perempuan itu berhak untuk menyumbang wangnya kepada orang tuanya walaupun tidak diizinkan suami kerana itu adalah wangnya dan bukan wang suaminya.


Soalan: Adakah wajib seorang isteri memberi nafkah kepada kedua ibu bapanya yang tidak lagi bekerja walaupun dilarang oleh suaminya?

Jawapan: Kewajipan menjaga dan menampung kehidupan ibu bapa yang sudah tua adalah kewajipan yang dikongsi bersama kesemua anak-anak, lelaki dan perempuan. Mereka perlu berbincang akan cara perkongsian yang sesuai untuk menampung kehidupan ibu bapa mereka. Mereka perlu sedar bahawa keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa.
Apabila seorang suami melarang isterinya dari memberi nafkah kepada ibu bapa isteri tersebut, dosanya berpindah dari isteri kepada suami. Oleh itu, para suami tidak wajar melarang isteri mereka dari menziarahi dan membantu sekadar mampu ibu bapa mereka.


Wednesday, March 16, 2011

Bacalah al-quran...

Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.

Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’ Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’

Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. ‘ Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’ dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.

Pada katika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya,’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’

Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.

‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.’

Oleh itu, marilah kita sama-sama cuba sedaya upaya memperbanyakkan bacaan Al-Quran. Jika perlu untuk belajar, marilah kita Belajar Tajwid Al-Quran untuk menyempurnakan lagi bacaan kita dan baca la juga tafsir/terjemahan Al-Quran agar kita paham apa yang kita baca.