WELCOME NOTES


Showing posts with label alkisah. Show all posts
Showing posts with label alkisah. Show all posts

Monday, January 6, 2014

1st day @ Genius Aulad, Sri Gombak

Wah... Seronoknya nak gi sekolah baru n jumpa kawan baru. Really hope they can suits themselves in new condition n surrounding. Be happy learning kids...

Sent from my iPad

Thursday, September 26, 2013

Kisah lucu berilmu

Sambil membaca sambil tertawa sambil beriktibar sambil timba serba sedikit sebanyak ilmu.. :)

Sunday, July 7, 2013

Kisah Buat Para Suami

السلام عليكم

Kisah buat sang suami..

Pak Ngah Adan : "Apasal monyok ni Muin?"

Muin : "Tah le Adan, bini aku tu, maleh beno masak gulai tempoyak feberet aku"

Pak Ngah Adan : "Ate, apasal kau tak masak sendiri je?"

Muin : "Mane le aku tau masak Adan oi, aku ni kan suami, bior la bini aku masak, aku makan je"

Pak Ngah Adan : "Patutnye kau la yang masak"

Muin : "Ish.... kan masak tu tugas isteri?"

Pak Ngah Adan : "Bila masa pulak masak ni jadi tugas isteri?"

Muin : "Laaa, kan dari dahulu kala lagi"

Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya, kita ni dok amal budaya sampai tak ikut ajaran agama"

Muin : "Ajaran agama? lain ke yang Islam ajar?"

Pak Ngah Adan : "Memang la lain, tu pasal kita kena belajar"

Muin : "Sebenarnya ikut Islam macam mana?"

Pak Ngah Adan : "Kalau ikut Mazhab Syafie dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, kewajipan isteri satu
je, layan suami, yang lain semua kewajipan suami"

Muin : "Hoh, layan suami je?"

Pak Ngah Adan : "Haah, kewajipan yang kena isteri buat layan suami je"
"Yang lain-lain, dalam urusan rumahtangga semua urusan suami. Macam sediakan rumah, kemas rumah, basuh pakaian, basuh pinggan mangkuk, jaga anak, sampai susukan anak pun kewajipan suami"

Muin : "Susukan anak pun suami kena buat? biar betul"

Pak Ngah Adan : "Kalau isteri tak mau susukan anak, suami tak boleh paksa, dia kena cari ibu susuan atau cari la susu kambing ke, lembu ke."
"Tapi Islam ni indah, Allah tak wajibkan, tapi Allah anugerahkan kasih sayang kepada ibu untuk dia susukan anak tu."

Muin : "Oooooo, apa lagi kewajipan suami?"

Pak Ngah Adan : "Suami wajib bagi makan kepada isteri. Minimum 1 mud atau satu cupak Baghdad lebih kurang tadahan 2 tapak tangan makanan ruji kepada isteri setiap hari. lauk pauk tu tak wajib dah. Wajib sediakan tempat tinggal. Wajib berikan sepasang pakaian setahun"

"Kalau isteri malas nak suap makanan, maka wajib suami suapkan makanan tu ke mulut isterinya"

"Tapi kalau suami nak bagi lebih tak jadi masalah. Takkan nak bagi makan nasi tak berlauk pulak kan?"

"Suami tak wajib bagi duit kat isteri dia, tapi boleh ganti duit kalau isteri tu rela dan nak uruskan sendiri, macam gantikan makanan dengan duit, isteri makan sendiri la. Duit isteri adalah hak isteri sepenuhnya, dia boleh buat apa sahaja dengan duit tu tanpa minta izin suami. Tapi baiknya bagi tau la kalau benda tu besar macam nak beli kereta tu"

Muin : "Kalau isteri tak tuntut hak dia?"

Pak Ngah Adan : "Itu kebaikan dalam berkasih sayang dan berumah tangga. Kalau isteri rasa cukup sekadar apa yang suami bagi tanpa tuntut apa-apa, itu baik. Sama macam suami bagi lebih dari kewajipan dia, itu baik"

"Kalau isteri redha melakukan kewajipan suami, itu sangat baik. Macam isteri redha memasak, mengemas rumah, basuh pakaian, jaga anak, susukan anak. Itu akan meringankan suaminya dan akan mendatangkan keredhaan suami dan Allah kepada si isteri. Tapi kalau isteri tak mau buat, suami tak boleh paksa. Malahan berdosa suami memaksa isteri melakukan yang asalnya adalah kewajipan suami itu sendiri"

"Tapi tolak ansur dalam rumahtangga itulah yang sebenarnya pengikat cukup kuat dalam rumahtangga, yang mendatangkan keharmonian dan rahmat Allah"

Muin : "Ooooo, baru aku tau"

Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya orang kita ni, belajar tak berapa mau, akibatnya hak dan tanggungjawab sendiri pun tak tau. Suami sibuk nak tambah bini, sebab tak tau betapa beratnya kewajipan suami. Kalau semua benda bini nak buat, memang best la kawin ramai. Isteri pulak dalam tak sedar ditindas secara rela. Bila badan letih mulut pun mula la membebel. Kadangkala pi marah suami pulak. Tak pasal-pasal hilang pahala dan dapat dosa"

"Ingat Muin, ramai perempuan masuk neraka disebabkan mulut mereka. Sebahagiannya sebab berleter sebab letih. Letih pulak sebab buat kewajipan suami yang dia rasa itu kewajipan isteri. Naya betul....."







sign, my signature

Wednesday, February 13, 2013

Alkisah: renungan rumahtangga

Mak saya suka memasak tapi mak bukan seorang suri rumah, mak seorang engineer. Ada satu malam, mak balik sangat kepenatan tapi masih perlu memasak untuk saya dan abah. Mak hanya mampu masak ayam kunyit, sayur kailan ikan masin dan nasi. 3 hidangan itu diletakkan di meja makan di mana ayah duduk goyang kaki menunggu makan. Ayah meminta diri untuk solat Maghrib dulu sebelum makan. Ketika itu saya mencuba hidangan mak. Alamak, ayam kuncit terlalu masin, kailan separuh masak dan nasi hanyit. Namun saya diam. Selepas Isyak, ayah menjamu makanan masakan mak. Sambil makan, ayah bertanya bagaimana sekolah hari ini. Saya tidak berapa ingat apa jawapan saya. Ketika makan, mak mohon maaf pada ayah atas masakannya. Tapi ayah menjawab, "Sangat sedap sayang. Abang suka semua hidangan ini." Malam itu, sebelum tidur, saya pergi bersalam dengan ayah yang masih di ruang tamu dan bertanya betul ke ayah suka masakan mak tadi yang saya sendiri terasa susah nak telan. "Anakku, mak dah penat sepanjang hari kerja. Mak dah penat. Hidangan kurang enak tak melukakan Mie dan ayah tapi kata-kata kasar akan menghiris perasaan," kata ayah. Mendengar kata-kata ayah, saya tersentak. Lalu saya masuk bilik untuk bersalam dengan mak dan bertanya… "Mak rasa ayah tadi kata suka masakan mak hari ini, mak percaya ke?" "Anakku. Itu tak penting. Yang penting ayah jaga hati mak dan selepas makan, ayah tolong mak cuci pinggang. Ayah kamu itu orang besar, tapi benda-benda kecil sebegini yang buat mak sentiasa rasa bahagia kerana terasa ayah betul-betul sayang kat mak," jawab mak. Itulah perkara yang berlaku ketika kecil dan saya mengingati sehingga hari ini. Kini saya sudah berkahwin, anak sudah tiga – dan melihat kembali kenangan manis ayah dan emak, saya semakin memahami fikiran mereka pada masa itu. Mak dan ayah dan tindak-tanduk mereka menunjukkan mereka menerima segala kelemahan antara satu-sama lain dan meraikan perbezaan tersebut supaya hubungan erat dan kukuh sentiasa berkekalan. Mereka meraikan segalanya antara mereka, dan berusaha bersama untuk memastikan pasangan mereka sentiasa gembira dan bahagia. Hidup ini terlalu singkat untuk sebarang kekesalan. Sayangi mereka yang melayan kita dengan baik dan kasihanlah pada mereka yang tidak.

*so sweet* :)

Sent from my iPad

Sunday, December 16, 2012

I-City Cekik Darah

السلام عليكم

Kepada anda yang berkeinginan untuk ke I-City Shah Alam, dsebabkan keseronokannya di Kaca TV atau mana2 iklan, eloklah anda baca luahan hati seorang warga tempatan ini. ICT lebih kepada cekik duit orang, dan indah khabar dari rupa. Ada benarnya juga apa yg dkatakan. Sebar-sebarkanlah agar rakan atau keluarga anda tidak berasa kecewa dan tertindas..

"I-City, bertukarlah kau jadi kebun kelapa sawit...."

Aku marah dan aku tak boleh tidur. Aku sampai I-City pukul 9 malam, dan aku pulang pukul 11.30 malam. Selama 2 jam setengah, adalah masa masa yang aku menyirap, aku menggeleng, aku merenung tajam, dam aku luka jiwa raga.

Aku kena main dan aku kena tipu.

Pakcik dan makcik dari kampung juga ditindas, dan ditipu secara professional. Dirompak duit poket mereka secara 'as per term and condition', juga yang paling memilukan..dibunuh harapan dan kegembiraan mereka dengan begitu saja.

Ya. Aku rasakan, aku dikenakan harga yang tidak patut untuk secebis keseronokan keluarga yang tak setara mana. Lagi pedih, bila kumpulan manusia yang ramai berpusu ke situ terdiri dari kumpulan pakcik makcik dari Kokdiang, Gua Musang, Felda Chenor, Padang Melangit dan Mersing. Mereka ini membawa ahli keluarga, anak anak kecil, sanak saudara dan mungkin anak anak jiran yang teringin menumpang bercuti ke kota. Mereka ini, dari riaknya..bukanlah semuanya berpangkat pegawai, jauh sekali memiliki harta berjuta, mereka ini semuanya rakyat marhein, yang bercita nak mengembirakan keluarga dengan membawa mereka berjalan ke sini, ke I-City.

Sebelum aku teruskan, mungkin aku boleh katakan yang i-City ni dibuat untuk pelancongan domestik. I-City pada telahan awal aku adalah tempat rakyat jelata menikmati keseronokan, dengan maksud, kerajaan (samada pusat atau negeri) atau syarikat yang menyelenggara mengenakan caj yang berpatutan dan tidak misleading. Sebaliknya aku salah, pakcik makcik juga salah. i-City rupanya bercita cita besar untuk memebelikan kereta Ferrari spider untuk setiap ahli lembaga pengarahnya.

Mari aku ceritakan celakanya.

Yuran entry, selepas 7pm, RM10. Ini aku boleh terima. Normal dan tiada yang aneh.

Ok sekarang, tempat paling attractive di I-City, namaya SNOWALK. Idea SNOWALK ni nak bagi rakyat Malaysia merasa hidup di Iceland.
Nak masuk sorang kena bayar dalam RM35-40 dewasa. Aku masuk ber empat semua sekali RM120. Ini pun, aku boleh terima lagi masa bayar sebab aku syak mestila SNOWALK ni power betul, boleh imitate almost exactly Iceland, atau Alps setidaknya. So RM120, setel..ready to rock in!.
Wooo..bila aku dah masuk, rupanya kena rilek dulu, kena ambil jaket (ini masuk pakej, mujur). Lagi, yang pakai selipar, kena sewa kasut, beli stoking, beli sarung tangan (sewa ke beli atau dah tak peduli sebab masa ni aku mula menyirap). Aku cakap pada fateem, faseeh dan cikgu, kita masuk je dengan kasut yang sedia ada. Walaupun subconscious mind aku tahu yang kasut si fateem dan faseeh ni tak boleh bertahan dalam cuaca Iceland, tapi hati aku yang memberontak ni menghalang dari pegi sewa atau beli. Bukan sebab aku berkira, atau aku kedekut, tapi aku fikir..kalau I-City tahu stoking, sarung tangan dengan kasut Pua Chu Kang ni adalah dresscode sewajarnya, kenapa kau tak caj aku RM200 awal awal tadi? lepastu kau bagi aku kasut, stoking dengan sarung tangan terus, nampak tak sekarang? kalau aku dah bayar sekali, lepastu aku kena bayar lagi dan lagi, itu pada aku adalah perangkap dan penipuan.

Denga berat hati, aku dan ahli keluarga melangkah masuk, elok gaya nak masuk, brader jaga pintu spund cikgu, "handbeg tak boleh bawak masuk". Aku balas balik dengan sabar,"handbeg nak kena letak mana?". "Dalam locker kat sana", brader ni balas tenang. Aku suruh cikgu pergi setelkan handbeg dia, dan teruskan bersabar. Selang beberapa minit, cikgu datang balik pada aku, lalu dia tanyakan benda yang bikin aku lagi menyirap, "ada duit kecik? locker tu kena bayar". Dekat stage ni, aku geleng kepala. Aku dah tahu semua yang akan aku lalui lepas ni dalah mengkaya rayakan pemilik I-City, secara langsung membunuh jiwa aku dan pakcik makcik yang mengharapkan secebis gembira berjalan ke sini.

Dalam kabin SNOWALK, boleh aku simpulkan, macam kau duduk dalam peti ais tempat beku. Ada igloo, ada lampu lampu, ada sedikit gelongsor ais. Aku tak nak komen apa yang dia sajikan sebab mungkin itu idea sebenar I-City, tapi aku fikir they can do much more better. Dan bila aku marah, aku akan jadi detail, "is this the best they can offer?". Aku mula nampak hal hal yang kacau fkiran aku, kenapa takde salji? kenapa takde paramedik standby kat luar kalau anak anak aku kena frostbite? kenapa kabin ni takde seni, kompressor aircond merata rata, beam beam dan structure bangunan obviously there, sebijik macam kau jalan kat carpark cuma bezanya kau sejuk. Kenapa jaket yang dia bagi ni zip rosak, butang rosak? kenapa tak banyak variety? kenapa tempat kecik?
Nampak, benda ni patutnya senang, tapi bila aku dah mula kacau bilau dari awal, semua aku tengok salah. dan yess memang overall SNOWALK sucks big time.

Aku keluar dari SNOWALK bila faseeh menangis sebab tak tahan sejuk ais banyak masuk dalam kasut dia. Bila aku sampai kat luar, aku tengok ramai yang menggigil sejuk, kasut yang sewa tadi semua bukak. kaki mereka aku tengok merah. Temperature terlebih sejuk ke aku tak tahu. Aku tak pernah pegi Iceland, Alps pun aku tak pernah pegi, aku tak tahu sejuknya macam mana. Lantaklah!

Aku cuba bertenang, dan melepak dekat patung zirafah. fateem dengan faseeh nak main keretapi, kapal dan wheel apa benda entah. Aku tengok kawasan permainan ni semua berkumpul di satu port. Dalam kepala aku fikir macam ni, aku beli tiket sekali masuk, say RM20 sorang, atau berapa berapa lah, lepastu boleh main freeflow. Pergi matiii dengan fkiran aku, I-City lagi pandai korek duit dengan menggadai perasaan kesian mak ayah pada anak anak.

Ada 6-8 jenis permainan, dia caj RM5/person untuk satu game. Ada 2-3 game yang RM10/person. Beli tiket pakai macam smartcard. Kiranya kalau baar RM50, pakaila kad tu sampai habis. Bodo anak aku 2 orang sekali naik keretapi yang pusing tak sampai 5 round, tak sampai 5 minit in fact, aku kena bayar RM10. (RM5/person). Itu yang RM5, yang game RM10 pulak, baraaii!. Setengah jam, RM50 gone. Come on what kind of pleasure the kids will have for half an hour?
Dalam hal ni, kau orang kena clear standpoint aku. Aku tak bercakap untuk aku saja. Aku bercakap untuk orang lain, yang mungkin bajet mereka lagi kurang tapi dah terperangkap. Apa yang terperangkap? Kau bagitau anak anak kau nak datang I-City, mereka happy, bila dah sampai..pehh ambik beratus nak kena keluar. Takkan dah kat situ kau nak cakap kat anak anak kau "Janganlah..mahal lah".
yang aku cerita keretapi 5 minit tak sampai tu apply pada semua game. Aku rakam fateem dan faseeh naik keretapi tu exactly less than 4 minit.

Kau orang sabar. Aku belum habis lagi ni.

Berbalik pada hal permainan. Masa di kaunter, dekat depan kaunter, clearly stated "RM5/person" untuk game game yang disenaraikan. Macam aku bgtau tadi, ada setengah game" RM10/person". Isu kedua timbul bila faseeh dinafikan hak untuk bermain kapal apa benda entah sebab tinggi dia tak lepas benchmark. Ohhhh yang ini aku betul betul fak!. Aku tarik faseeh keluar, sambil kepala aku cuba rasionalkan situasi. Exactly belakang faseeh, ada sorang budak perempuan, tinggi dia siiikiiittt je lagi nak sampai benchmark, terus budak lepas SPM yang jaga entrance reject suruh keluar. WOW! for God sake faseeh dan budak perempuan dah beratur 15 minit semata mata nak main, when they turn come, kau just suruh keluar sebab tak lepas height?
Ayah perempuan tu cuba slowtalk dengan budak jaga entrance, kesian aku tengok orang kampung sorang sini, kesian lagi aku tengok anak dia yang terkebil kebil tak dapat main. Sabar aku hilang bila budak yang jaga tadi jawab endah tak endah dengan ayah budak perempuan tu. Sabar aku diakhiri dengan makian orang putih ditengah khalayak orang ramai. Aku tak boleh kontrol sebab aku kesian betul dekat faseeh, lagi aku kesian dekat budak perempuan yang terkecil kebil kecewa tu.

Aku ajak ayah budak tadi pergi kaunter. Sampai di kaunter aku bagitau yang "kenapa masa beli tiket you tak cakap budak budak ni ada height limit?"
Pehhh makwe kaunter tu bagi jawapan bijak,"Kat atas kan ada beritahu" sambil dia tunjuk kat atas dinding (kau kena dongak kalau nak baca satu satu) ada A4 beberapa keping yang beritahu game game yang ada height limit, dan Yes, font dia aku tengok macam font 14 atau paling besar 16.
Lalu aku khutbah pada dia, kenapa dekat depan kaunter ni tak tulis pulak? dan kenapa kau, sebagai penjual tiket yang tahu permainan ni semuanya untuk budak budak tak beritahu awal awal "encik, untuk game ni game game ni, budak bawah 120cm tak boleh main", kenapa kau tak buat? kau harap orang baca benda info yang berselerak, dalam keadaan orang ramai, nak cepat, nak bagi budak budak seronok. Ni sama la macam jual buah Strawberry kat petaling street letak sigboard besar RM5. Mindtrick, sebab by default orang ingat sekilo RM5, orang tak banyak tanya terus mintak sekilo. Hahh ambik kau rupanya RM5 ni untuk 100gram. Tulisan 100gram ni kecik halus je dia letak tepi RM5. Memang ada point yang ko salah sebab tak teliti, tapi dalam masa yang sama, kau rasa kena tipu tak? sebab dalam keadaan sibuk, orang ramai berpusu, berapa kerat manusia je boleh bagi attention to detail?. Ini nama dia manipulation.

Dan akhir sekali, smartkad tu, kalau kau tak habis main, duit dalam tu banyak lagi, kau boleh refund RM5 sahaja. Maknanya, katala duit dalam tu ada lagi RM30, tapi anak kau dah mengamuk nak balik, atau tiba tiba dia sakit perut kena bawak ke hospital. Burnlah duit tu. Unless kalau kad tu boleh bawak balik dan esok kau datang lagi sambung pakai, itu aku tak tahu lah boleh ke tidak. Tapi berapa ramai pakcik makcik Kokdiang nak datang balik esoknya semata mata nak habiskan baki duit RM30?
Nampak tak macam mana orang kampung kena main?

Aku dah tak larat nak menulis. Lama dah aku tak menulis panjang.
Kesimpulan yang aku boleh bagi;
Aku berharap, I-City ni, kau bertukarlah menjadi kebun kelapa sawit.

P/s: dah lama teringin nak pergi lg smnjk ada perubahan, Tp kalau cengginilah gayanya, mmg x hingin pergi lg... Daripada berhabis beratus kat sini, alang2 baik g negara yg betul2 ada salji.. Hehe PUAS HATI....
sign, my signature

Sunday, December 9, 2012

Perbualan Pensyarah dan Student

السلام عليكم
Totally translated by Google Translater. Not edited into proper malay language yet..

Profesor: Anda adalah seorang Muslim, tidak anda, anak?

Pelajar: Ya, tuan.

Profesor: Jadi, anda percaya kepada Allah?

Pelajar: Tentu sekali, tuan.

Profesor: Apakah Allah yang baik?

Pelajar: Pasti.

Profesor: Apakah Allah semua

Pelajar: Ya.

Profesor: Abang saya meninggal kerana kanser walaupun dia berdoa kepada Allah untuk menyembuhkan dia. Kebanyakan kita akan cuba untuk membantu orang lain yang sakit. Tetapi Allah tidak. Bagaimana Allah ini baik maka? Hmm?

(Pelajar senyap.)

Profesor: Anda tidak boleh menjawab, anda boleh? Mari kita mulakan lagi, bung muda. Adalah Allah yang baik?

Pelajar: Ya.

Profesor: Adakah syaitan baik?

Pelajar: No

Profesor: Di manakah syaitan datang dari?

Pelajar: Dari ... Allah ...

Profesor: Itu betul. Beritahu saya anak, ada kejahatan di dunia ini?

Pelajar: Ya.

Profesor: Kejahatan di mana-mana, bukan? Dan Allah tidak membuat segala-galanya. Betul?

Pelajar: Ya.

Profesor: Jadi yang menciptakan jahat?

(Pelajar tidak menjawab.)

Profesor: Apakah ada penyakit? Tidak bermoral? Kebencian? Keburukan? Semua perkara-perkara dahsyat yang wujud di dunia, tidak mereka?

Pelajar: Ya, tuan.

Profesor: Jadi, yang menciptakan mereka?

(Pelajar tidak mempunyai jawapan.)

Profesor: Sains mengatakan anda mempunyai 5 Senses anda gunakan untuk mengenalpasti dan memerhati dunia di sekeliling anda. Beritahu saya, anak, adakah anda pernah melihat Allah?

Pelajar: Tidak, tuan.

Profesor: Beritahu kami jika anda pernah mendengar Allah anda?

Pelajar: Tidak, tuan.

Profesor: Pernahkah anda merasakan Allah anda, merasai Allah, dihidu Allah anda? Pernahkah anda mempunyai sebarang persepsi deria Allah untuk kes ini.

Pelajar: Tidak, tuan. Saya takut saya tidak mempunyai.

Profesor: Namun anda masih percaya kepada-Nya?

Pelajar: Ya.

Profesor: Menurut Empirical, Protokol boleh diuji, dibuktikan, Sains mengatakan Allah anda tidak wujud. Apa kata anda mengenai ini?

Pelajar: Tiada apa-apa. Saya hanya mempunyai iman saya.

Profesor: Ya, iman. Dan yang mempunyai masalah Sains.

Pelajar: Professor, terdapat perkara yang sedemikian sebagai haba?

Profesor: Ya.

Pelajar: Dan terdapat perkara yang sedemikian sebagai sejuk?

Profesor: Ya.

Pelajar: Tidak, tuan. Tidak ada.

(Dewan kuliah menjadi sangat tenang dengan pergantian peristiwa ini.)

Pelajar: Sir, anda boleh mempunyai banyak haba, haba lebih, panas lampau, haba yang mega, kepanasan putih, haba sedikit atau tiada haba. Tetapi kita tidak mempunyai apa-apa yang dipanggil sejuk. Kita boleh mencecah 458 darjah di bawah sifar yang tiada haba, tetapi kita tidak boleh pergi mana-mana lagi selepas itu. Tidak ada perkara seperti sejuk. Sejuk adalah hanya satu perkataan yang kita gunakan untuk menggambarkan ketiadaan haba. Kita tidak boleh mengukur sejuk. Haba adalah tenaga. Sejuk tidak bertentangan dengan haba, tuan, hanya ketiadaan.

(Terdapat pin-drop senyap dalam dewan kuliah.)

Pelajar: Bagaimana pula dengan kegelapan, Profesor? Adakah terdapat perkara yang sedemikian sebagai kegelapan?

Profesor: Ya. Apakah malam jika tidak ada kegelapan?

Pelajar: Anda salah lagi, tuan. Kegelapan adalah ketiadaan sesuatu. Anda boleh mempunyai cahaya rendah, cahaya normal, cahaya terang, cahaya berkelip. Tetapi jika anda mempunyai cahaya tidak sentiasa, anda mempunyai apa-apa dan kegelapan dipanggil, bukan? Pada hakikatnya, kegelapan tidak. Jika ia, anda akan dapat membuat gelap kegelapan, tidak akan anda?

Profesor: Jadi apakah gunanya anda membuat, seorang lelaki muda?

Pelajar: Sir, pandangan saya adalah premis falsafah anda adalah cacat.

Profesor: cacat? Bolehkah anda terangkan bagaimana?

Pelajar: Sir, anda sedang bekerja di atas premis dualiti. Anda berpendapat ada kehidupan dan kemudian ada kematian, Allah yang baik dan Allah yang buruk.You are viewing konsep Allah sebagai terhingga sesuatu, sesuatu yang kita boleh mengukur. Sir, Sains tidak boleh malah menjelaskan pemikiran. Ia menggunakan elektrik dan kemagnetan, tetapi tidak pernah dilihat, lebih kurang difahami sepenuhnya salah satu. Untuk melihat kematian sebagai bertentangan hidup adalah untuk menjadi jahil tentang hakikat bahawa kematian tidak boleh wujud sebagai sesuatu yang substantif. Kematian tidak bertentangan dengan kehidupan: hanya ketiadaan itu. Sekarang beritahu saya, Profesor, adakah anda mengajar pelajar anda bahawa mereka berevolusi dari monyet?

Profesor: Jika anda merujuk kepada proses evolusi semulajadi, ya, sudah tentu, yang saya lakukan.

Pelajar: Pernahkah anda memerhatikan evolusi dengan mata anda sendiri, tuan?

(Profesor menggelengkan kepalanya dengan senyuman, mula menyedari di mana hujah akan.)

Pelajar: Sejak tiada siapa pernah diperhatikan proses evolusi di tempat kerja dan tidak dapat membuktikan bahawa proses ini adalah satu usaha yang berterusan. Adakah anda tidak mengajar pendapat anda, tuan? Adakah anda bukan seorang saintis tetapi seorang pendakwah?

(Kelas adalah dalam kegemparan.)

Pelajar: Adakah sesiapa di dalam kelas yang pernah melihat otak Profesor?

(Kelas meletus ke ketawa.)

Pelajar: Adakah sesiapa di dalam kelas yang pernah melihat otak Profesor?

Pelajar: Adakah sesiapa di sini yang pernah mendengar otak Profesor, dirasai, disentuh atau dihidu ia? Tiada siapa yang nampaknya telah berbuat demikian. Jadi, mengikut Peraturan ditubuhkan Empirical, Protokol dibuktikan, Sains mengatakan bahawa anda tidak mempunyai otak, tuan. Dengan rasa hormat, tuan, bagaimana kita kemudian mempercayai kuliah anda, tuan?

(The room was senyap. Profesor merenung pelajar, mukanya tidak dapat diduga.)

Profesor: Saya rasa anda perlu mengambil mereka pada iman, anak.

Pelajar: Itulah tuan ... Tepat! Hubungan antara manusia & Allah adalah IMAN. Itu adalah semua yang menyimpan perkara-perkara yang hidup dan bergerak.
sign, my signature

Saturday, December 8, 2012

Zoo Negara Malaysia


Aktiviti hari ini melawat Zoo Negara bersama WAn Nya. Cian anak2 duduk rumah seminggu tanpa apa2 aktiviti luar bersama Wan Nya nyer.. Ini idea Wan Nya..
Sehinggalah satu insiden yang sgt x dijangkakan. Selepas tgk persembahan Amphitheatre, kami berjalan ke aquarium ikan berhampiran.
Tibe2, kami dikejutkan dengan satu kejadian yg x disangka2kan. Tup2 dgr berdebushhhh... Tanpa tangisan kedengaran.. Nak gelak ke nak sedih.. Haha Huhu... Alif jatuh dalam air yg menjarakkan kami dgn aquarium tu... Habis basah satu badan.. Siap terduduk lagi dlm 10 sec. Tergamam jup kami bersama2 org ramai yg di sekeliling kami. Semua yg berhampiran menjauhkan diri automatik dr air tu.. Alif cepat2 diangkat dan dibawa ketepi sambil cari tpt yg ada jual baju dan seluar. Terpaksalah over bajet belikan seluar dan baju, bukan utk alif sahaja bahkan juga utk kakaknya, sofea. Mandikan alif di toilet berhampiran dan tukarkan baju dua2 sekali. Then, barulah ajak pusing2 tgk haiwan2 start from zirafah berakhir dgn tuntung. Sampai nak tutup zoo baru kami keluar haha..
Sampai gombak kami singgah Restoran Ani Sup Utara, kelaparan masing2. Kemudian singgah Petronas untuk menunaikan kewajipan. Setelah itu bawalah anak2 yang merengek2 nak naik MaryGoRound. Ada Fun Fair la pulak kat tgh2 Sri Gombak ni. Naik train, masuk GhostHouse, main tangkap itik sehingga kakak dan adik dapat 3 jenis mainan setiap orang barulah boleh ajak balik rumah.. Pening2...

p/s: seronoknya kalau ayah ada sekali.. Rindu kat ayah (offshore)..

Sunday, November 18, 2012

Alkisah Di Musim Haji

السلام عليكم

Tukang Sapu Jadi Jutawan

Marimir Husain berpelukan dengan saudara kandungnya yang telah insaf.
(foto: Sabq)

Musim haji tahun 2012 baru saja berlalu. Seperti biasanya, setiap kali musim haji selalu saja memunculkan kisah-kisah yang menakjubkan. Selalu ada cerita yang mengharukan, penuh hikmah dan menjadi pelajaran bagi umat manusia khususnya Muslim.

Di antara kisah nyata yang terjadi di musim haji tahun 2012 ini adalah kisah seorang tukang sapu di kota Mekkah yang mendadak kaya menjadi seorang jutawan. Bagaimana ceritanya? Dari halaman kisah benar seperti yang diterbiykan di akhbar al-Sabaq terbitan Saudi Arabia bertarikh 17 Dzhuhjjah lalu (02/11/2012). Kisah ini sudah di edit kembali tanpa mengurangi inti dan sari ceritanya.

Syahdan, seorang lelaki bernama Marimir Husain Jihar sedang menyapu jalanan kota Mekkah yang penuh debu. Ia membersihkan jalanan kota suci ini dari kotoran dan sampah-sampah yang dibuang manusia atau yang diterbangkan angin sepanjang waktu.

Sudah 5 tahun, pekerja imigran asal Bangladesh itu melakoni pekerjaan bersahaja tersebut, pekerjaan yang dipandang sebelah mata orang orang lain. Di Arab Saudi, orang Bangladesh sering disebut sebagai “Benggali”. Orang Indonesia pun memanggil mereka dengan sebutan demikian. Kita di Malaysia pula sebut Bangla.

Rakan-rakan sekerja Marimir tidak pernah tahu asal-usul Marimir, sebab ada ratusan ribu (atau mungkin jutaan) orang Bangla yang menjadi buruh kasar di negeri Haramain ini.

Sampai pada suatu hari di musim haji 2012. Ketika Marimir asyik menyapu jalanan di sekitar wilayah Tan’im, tempat di mana orang-orang akan memulai (miqat) ihram untuk Umrah, suatu kejadian tak terduga terjadi.

Seorang lelaki tua berteriak dari seberang jalan memanggil nama Marimir. Lelaki itu berpakaian Ihram, terlihat hendak melaksanakan ihram untuk Umrah. Dari postur tubuhnya, lelaki tua itu jelas berkebangsaan Bangla juga.

“Marimir…! Marimir…! Marimir….!” Teriak lelaki tua berkali-kali dari seberang jalan. Namun kerana banyaknya manusia dan lalu lintas yang sibuk, Marimir tidak mendengarnya.

“Marimir…! Marimir…! Marimir…!” Lelaki tua itu kembali berteriak. Kali ini ia berlari ke arah Marimir menghadang jalan.

Aksi lelaki tua itu mengundang perhatian banyak orang di Tan’im, termasuk dari rakan-rakan lelaki tua itu sendiri. Mereka heran, bagaimana ia mengenali seorang penyapu jalan di kota suci ini.

Tanpa peduli, dia terus berlari tanpa menghiraukan kereta-kereta yang melaju kencang. Orang-orang berteriak memperingatkannya, kerana aksinya itu mengganggu lalu lintas.

“Marimir…!”. Ujar si lelaki tua tanpa henti.

Kali ini Marimir mendengar. Ia menoleh, dilhatnya seorang yang sudah tua berlari ke arahnya. Ia pun heran, dari mana orang itu mengetahui namanya.

Lelaki itu semakin mendekat. Dan semakin dekat. Ketika sudah jelas baginya siapa yang datang, ia pun terperanjat. Alangkah terkejutnya Marimir, dia seakan tak percaya apa yang dilihatnya.

Ternyata lelaki tua itu adalah abang kandungnya sendiri….

Dengan berurai air mata, si lelaki tua itu menghampiri Marimir yang penuh debu, lantas ia memeluk pemuda itu dengan erat sambil menangis.

Aksi jemaah haji tersebut mengundang perhatian orang ramai. Meski tidak memahami apa yang berlaku, mereka mengabadikan momen penuh haru itu dengan kamera. Setelah itu, si lelaki tua bercerita kepada orang-orang yang di sekeliling mereka dengan penuh perasaan terharu.

Dia menceritakan bahawa tukang sapu itu adalah adik kandungnya sendiri, mereka adalah dua bersaudara yang sudah lebih 5 tahun tidak bertemu.

Kisah perpisahan mereka dimulai ketika orangtua mereka meninggal dunia beberapa tahun sebelumnya. Ayah mereka meninggalkan harta warisan yang sangat banyak, mencapai 17 juta Riyal . Bagaimana tidak, keluarganya adalah keturunan bangsawan, dan salah satu datuk mereka adalah mantan menteri di Bangladesh.

Tapi saudara tuanya itu berbuat serakah. Dia tidak mau membahagi harta peninggalan itu dengan adiknya. Beberapa kali si adik meminta pembahagian warisan, tapi ia tidak mau. Bahkan, sang adik pernah disumbat ke penjara kerana menuntut haknya!

Kerana putus asa, akhirnya sang adik pergi meninggalkan Bangladeh. Dia pun menjadi pekerja imigran di Arab Saudi. Hingga bertahun-tahun lamanya. 5 tahun terakhir, ia menjadi tukang sapu di Mekkah.

Selepas kepergian adiknya itu, saudara tuanya pun diserang penyakit kanser ganas.

“Ini hukuman Allah atas kezaliman saya…”. Kata haji tua itu sambil menangis. Dan sejak itulah ia insaf atas perbuatan serakahnya.

Bertahun-tahun pula lamanya, ia berusaha mencari jejak sang adik. Dia bertanya kepada kawan-kawan adiknya, tapi tak seorang pun yang tahu. Dia pun sudah membuat tawaran, siapa yang mengetahui alamat adiknya akan diberi imbuhan yang besar.

Namun khabar tak kunjung datang. Sang adik entah di mana rimbanya. Sementara penyakitnya semakin parah, hingga dia mengira umurnya takkan lama lagi.

Hingga datang musim haji tahun 2012. Ketika dia hendak pulang ke tanah air, dia pun melaksanakan umrah terlebih dahulu. Ia bersama rombongannya pun berangkat ke Tan’im, miqat di mana orang Mekkah memulai umrah.

Dan di sanalah keajaiban itu terjadi. Di tempat inilah Allah s.w.t. mempertemukannya dengan adiknya yang selama ini dia cari. Dilihatnya seorang lelaki muda sedang menyapu jalanan, dan ternyata itu adalah saudara kandungnya.

Ketika pertemuan itu, saudara tua itu meminta maaf kepada sang adik atas kezalimannya selama ini. Kerana keserakahannya, sang adik hidup sengsara dan terlunta-lunta sebagai tukang sapu di negeri orang.

Dia pun mengajak adiknya pulang. Dia sudah membahagi harta peninggalan orangtua mereka seadil-adilnya. Bahagian untuk sang adik sudah dia sisihkan, dan akan dia berikan tanpa mengambilnya sedikitpun, jumlahnya jutaan Riyal ditambah harta yang sangat banyak.

Di tempat yang suci itu, sang adik mema'afkan abangnya. Dia sama sekali tidak menaruh dendam. Bahkan dirinya merasa bahagia boleh tinggal di tanah suci ini. Di sini, ia menghabiskan waktu untuk bekerja dan menghafal al-Qur’an.

Kepada hadirin yang berkerumun di sekitar mereka, tukang sapu yang jadi jutawan itu mengatakan: “Sungguh ini merupakan pelajaran yang besar dalam hidup saya. Saya sudah merasakan bagaimana rasanya menjadi orang yang teraniaya. Kerana itu, saya berjanji tidak akan menganiaya siapa pun. Allah s.w.t. mengharamkan kezaliman atas diri-Nya, dan diharamkannya kezaliman itu atas hamba-hambaNya”.


Kisah mengharukan itu menjadi buah bibir jemaah haji. Seorang penjual makanan segera di kota Mekkah mengatakan kepada wartawan Sabg:

“Saya sering bersedekah makanan kepada tukang sapu itu, tanpa saya pernah tahu ternyata dia adalah seorang jutawan”.

sign, my signature

Friday, November 16, 2012

Kisah pemadam

السلام عليكم

Alkisah seorang pertanyaan anak…

“Salam ustaz, boleh tak ustaz bantu nasihatkan dan insafkan jiran saya. Dia terlalu nakal selalu menyakitkan hati ayahnya… ayahnya dah uzur, tapi masih selalu terpaksa membersihkan segala tindak-tanduk anaknya, memohon maaf sana sini. Kesian tengok mereka berdua,” kata Puan Fatimah kepada Ustaz Man.

“Tapi ayahnya sangat sayang pada anaknya, walaupun sakit hati, b eliau masih menjaganya dengan baik… tapi disebabkan isterinya dah tak da, kesian kat dia dah uzur, tapi anaknya yang tunggal masih tak faham-faham, nakal dan selalu menimbulkan masalah di sekolah sejak ibunya meninggal dunia tetiba 2 bulan yang lau,” tambah Puan Fatimah lagi.

“Insha-Allah,” kata Ustaz Man, “Saya akan cuba.”

Esok harinya, Ustaz Man pergi ke sekolah untuk memberi kuliah di surau sekolah budak nakal tersebut yang bernama Ali.

Ustaz Ali pergi ke kelas Ali untuk melihat gelagat beliau.

Sebaik tiba di kelas, terlihat Ali yang berusia 16 tahun ini sedang bertengkar dengan seorang rakan sekelasnya untuk sekeping pemadam.

“Apa gaduh-gaduh ini,” tanya Ustaz Man.

“Ustaz, dia asyik guna pemadam saya, dan pemadam saya dah semakin kecil – saya nak ambil balik, dia tak bagi, jadi saya menampar dia,” kata Ali sambil menuding ke rakannya.

“Ustaz, Ali ini dia asyik guna pemadam saya, pemadam saya dah habis, jadi saya nak guna dia punya, dia pula marah… dia guna pemadam saya tak apa, saya guna pemadam dia dapat penampar, budak tak ada ibu mengajar memang macam itu,” sindir rakan Ali.

Ali berang dengan kata-kata rakannya tadi lalu cuba menamparnya untuk kali kedua.

Ustaz Man menahan dan menarik Ali bersama pemadamnya keluar kelas dan ke bilik surau.

“Apa istimewa sangat pada pemadam itu?’ tanya Ustaz Man ketika Ali dah bertenang.

“Ini peninggalan terakhir mak saya, ustaz, kerana ayah uzur, mak keluar membeli sedozen pemadam untuk saya dan meninggal dilanggar motor,” kata Ali sambil teresak-esak.

Memahami perasaan Ali, Ustaz Man bertanya, “Ali sayang pemadam ini, takut habis betul?”

Ali hanya mengangguk.

“Ayah sihat?” tanya Ustaz Man.

“Tak berapa… mengapa tanya?” tanya Ali.

“Ali sayang ayah tak?” tanya Ustaz Man.

“Sayang….” Jawab Ali.

“Tahu tak setiap kali Ali bergaduh, ayah susah kena datang ke sekolah walaupun sakit untuk mendengar kata-kata complain daripada cikgu-cikgu Ali,” tanya Ustaz Man.

“Errr… tapi saya tak buat salah…,” kata Ali.

“Tapi Ali susahkan ayah …” kata Ustaz Man. Ali hanya mendengar.

“Pemadam di tangan Ali sebenarnya bukanlah pemadam sebenar dalam hidup Ali. Pemadam sebenar dalam hidup Ali ialah ayah Ali.

Ali ibarat satu pensel, selalu menulis – tapi apabila silap, pemadamlah datang memadam tulisan tersebut untuk Ali menulis pensel. Seperti yang Ali tahu, setiap kali pemadam memadam, ia mengorbankan sebahagian daripada dirinya untuk membuka ruang kepada pensel untuk membuat pembetulan. Pemadam tak pernah merungut, kerana itu tugasnya, dan ia sanggup menghabiskan segala hidup untuk berbuat demikian untuk pensel.

Pemadam berasa bahagia dapat berkorban demi pensel yang dia sayangi. Tapi Ali selaku pensel, jika ingin bersama pemadam untuk jangka yang panjang perlu belajar untuk mengurangkan kesilapan supaya pemadam tak perlu sentiasa mengorbankan diri untuk membetulkan tulisan yang tersilap.

Jika Ali teruskan perangai sedemikian, pemadam di tangan satu hari akan kecurian, dan pemadam sebenar akan meninggalkan Ali kerana semakin uzur dibuat Ali… Jika Ali sakit hati sehingga ingin menampar orang kerana pemadam di tangan akan mengecil kerana kerap digunakan, Ali tak sakit hati ke pada ayah Ali yang bagaikan pemadam, usianya semakin dimakan masa,” terang Ustaz Man.

Ali tersentak dengan cerita Ustaz Man – lalu pulang memohon maaf kepada ayahnya –

“Ayah maafkan anakanda – rupanya ayahlah pemadam sebenar yang tidak kenal penat-lelah yang perlu anakanda kasihi. Terima kasih kerana selalu di sisi anakanda, memaafkan kesalahan anakanda walaupun ia menyusahkan ayah. Maafkan anakanda, pensel yang tidak mengenang budi ini, ayah,” kata Ali kepada ayahnya yang masih tidak faham yang disebutkan oleh anaknya, akan tetapi hatinya riang kerana tahu anaknya sudah insaf.

Kredit:-Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

sign, my signature

Monday, November 5, 2012

‎Alkisah dari Ustz Tuan Ibrahim Tuan Man

السلام عليكم
Alkisah Seekor Tikus dan sahabat-sahabatnya...

Sang Tikus melihat daripada satu lubang tepi rumah untuk lihat petani dan isterinya sedang membuka satu bungkusan…
“Apa makanan dalam kotak ini?” bayang tikus tersebut yang kelaparan.
Sang Tikus terkejut melihat apa yang dikeluarkan petani dan isterinya berupa perangkap tikus!
Sang Tikus yang ketakutan balik ke kandang memberitahu kawan-kawannya, “Ada satu perangkap tikus dalam rumah Pak Ali! Ada satu perangkap tikus!”
Ayam yang sedang tidur, bangun dan menggaru dan menaikkan kepalanya lalu berkata, “Sang Tikus, ana tahu ini ialah masalah besar untuk enta, tapi ini tak ada kena mengena dengan ana… Ana tak kisah pun, jangan kacau tidur ana.”
Kecewa, Sang Tikus pun mencari Sang Kambing yang juga rakan karibnya untuk memberitahu berita perangkap tikus.
“Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali! Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali,” kata Sang Tikus.
Sang Kambing melihat Sang Tikus dengan mata tak bermaya lalu berkata, “Maafkan ana Sang Tikus. Ana tak boleh berbuat apa-apa selain berdoa. Ana akan pastikan enta dalam doa ana.”
Kecewa lagi, Sang Tikus pergi berjumpa dengan Sang Kerbau dan berkata, “Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali! Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali” dengan harapan Sang Kerbau akan mengambil peduli masalah yang dihadapinya.
Sang Kerbau berkata,”WOW, Sang Tikus. Ana simpati pada enta, tapi perangkap itu, kulit saya pun tak terasa kalau terpijak.”
Sang Tikus pun balik ke rumahnya, kecewa dan sedih untuk menghadapi perangkap tikus itu bersendirian tanpa rakan-rakan di kandangnya.
Malam tersebut juga, Sang Tikus terdengar bunyi “PAPP!” seolah-olah perangkap tikus itu telah mendapat mangsanya yang pertama.
Sang Tikus pergi menjenguk di lubang yang sama. Ketika tiba di sana, Sang Tikus terlihat kaki isteri Pak Ali berdarah dan Pak Ali sedang merawatnya. Kelihatan di perangkap tikus itu ialah bangkai seekor ular berbisa yang ekornya terkena perangkap tikus.
Isteri Pak Ali rupanya bergegas ke dapur untuk melihat hasil tangkapan perangkap tikus dan sebaik saja tiba ular berbisa itu yang mengarang terus menyengat isteri Pak Ali.
Pak Ali bergegas membawa isterinya ke hospital, dan beberapa hari kemudian isterinya diarahkan pulang.
Isteri Pak Ali masih tidak sembuh, dan terkena demam panjang. Ada orang kampung memberitahu sup ayam bagus untuk merawat demam – maka Pak Ali telah menyembelih Sang Ayam untuk membuat sup untuk isterinya.
Tapi kerana isteri Pak Ali masih tidak sembuh, ramai sanak-saudara yang datang menjenguk ulang-alik menjaga isteri Pak Ali – Pak Ali menyembelih Sang Kambing untuk memberi makan kepada mereka sebagai tanda penghargaan.
Akhirnya, isteri Pak Ali sembuh. Pak Ali kegembiraan dan mengadakan kenduri kesyukuran dan menyembelih Sang Kerbau untuk menjamu seluruh kampung.
Sang Tikus melihat semua ini terjadi dengan penuh kesedihan.
Beringatlah lain kali, apabila terdengar seseorang sahabat mempunyai masalah, jangan memandang remeh kerana masalah itu tiada kaitan dengan kita… Bumi ini bulat dan semuanya berkait dalam satu roda - semua yang Allah inginkan kita bertemu ada tujuannya termasuklah sahabat yang mempunyai masalah ini.
Bila sahabat datang dengan masalah, bantulah dia setakat mampu – jangan tidak mengendahkannya, mesti ada sebab Allah mengutuskan anda bertemu dengan sahabat tersebut pada waktu terdesak. Sekurang-kurangnya pun berilah kata-kata semangat.

Demi Allah, berilah bantuan – usah anggap bantuan adalah untuk sahabat, anggaplah bantuan itu sebagai menunaikan amanah yang diberikan Allah untuk mendapat pahala ke akhirat.
sign, my signature

Sunday, October 21, 2012

Alkisah seekor kuda..

السلام عليكم
Kuda ini cantik dan mempunyai banyak kualiti yang dipuji. Namun kuda tidak berpuas hati, kuda merasakan dirinya tidak cukup sempurna, terutama kecantikan luarannya…
Kuda berkata pada penciptanya…. “Saya bersyukur saya telah diberi kecantikan dan nilai-nilai yang baik… tapi saya mengharapkan Tuan boleh menjadikan saya lebih cantik. Saya akan lagi bersyukur, amat bersyukur jika Tuan boleh menjadikan saya lebih cantik…”
Pencipta membalas, “Saya sedia memjadikan anda lebih cantik… beritahu apa yang anda harap bertukar…”
Kuda tersebut berkata, “Saya rasa badan saya tak seimbang. Leher saya terlalu pendek… jika tuan boleh panjangkan leher saya sikit, bahagian atas badan saya akan nampak lebih elok. Dan kalau tuan boleh panjangkan dan kuruskan sikit kaki saya… saya akan nampak lebih menawan di bahagian bawah badan saya…”
Tuan tersebut menyuruh kuda menutup mata untuk 30 saat….
30 saat berlalu, kuda pun membuka mata… lalu melihat cermin di depannya…
Kuda terkejut… siapa unta itu?
Melihat pada penciptanya kuda (yang kini menjadi unta) merungut, “Tuan, saya nak jadi lebih cantik menawan. Bagaimana rupa luar sebegini boleh dikira sebagai cantik dan menawan.”
Penciptanya membalas, “Itu yang anda mahukan, itu yang saya buatkan…”
Kuda (yang kini menjadi unta) itu menangis, “Ini bukan yang saya nak. Saya tak nak jadi unta. Saya nak kekal sebagai kuda. Sebagai kuda, semua orang puji saya mempunyai kualiti nilai yang baik… tiada yang akan menghargai saya sebagai unta…”
Pencipta itu menjawab:
“Jangan cuba untuk mencapai dan menerima lebih daripada apa yang kurniakan pada anda. Jika anda sentiasa ingin hidup memuaskan nafsu, setiap waktu anda akan meminta lebih dan lebih… Anda tidak tahu apa kesan pada akhirnya. Anda merayu untuk panjangkan leher dan kaki, inilah apa yang berlaku.
Semua benda yang dicipta saya ada kualitinya sendiri… Ya, unta tidak secantik kuda, tapi ia boleh membawa beban yang banyak dan mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi.”
Mulai hari itu, kuda (yang kini menjadi unta) berubah dan menjadi seekor unta yang baik sehingga dipuji ramai sebagai haiwan yang meringankan beban manusia untuk bergerak sana sini.
Walaupun ini sekadar cerita dongeng … tapi di dalamnya banyak isi tersirat di dalamnya, hanya yang membuka mata hati dan ingin belajar akan mendapatnya…
sign, my signature

Friday, October 12, 2012

Jangan Cepat Mentelaah...

السلام عليكم

Alkisah seorang pakcik tua dengan anaknya 25 tahun
Seorang pakcik tua sedang duduk bersama anaknya yang berumur 25 tahun di atas keretapi.
Ini bukan kali pertama mereka menduduki keretapi.
Keretapi bakal bergerak, semua penumpang mengambil tempat masing-masing.
Semasa keretapi itu mula bergerak, anak pakcik tersebut berasa tersungguh riang dan penuh perasaan ingin tahu melihat keluar tingkap…
Beliau meletakkan tangannya di luar tingkap untuk merasai udara melepasi tangannya. Anak berusia 25 tahun itu menoleh ke arah ayahnya – “Abon, Abon – lihat semua pokok bergerak ke belakang.”
Abonnya tersenyum, “Ya, anakku sayang, memang begitu. Menakjubkan kan?”
“YA ayah,” jerit anaknya dengan riang.
Duduk tepi anak-ayah ini adalah sepasang suami isteri berumur hampir 40an. Mereka mendengar segala perbualan antara anak-ayah ini. Mereka terasa pelik mengapa anak pakcik yang sudah besar ini berkelakuan seperti seorang kanak-kanak.
“Peliklah anak pakcik ini…” bisik mereka.
Kemudian, anak pakcik itu menjerit lagi, “ABON, ABON, hujan hujan. Air sedang menyentuh tangan saya… Abon tengok.”
Pakcik menjawab, “Ya memang begitu anakku” sambil tersenyum gembira.
Pasangan suami isteri itu tidak dapat bertahan lagi dengan gangguan suara kerana perangai anak pakcik tersebut yang dianggap mereka kurang siuman lalu memberikan cadangan….
“Pakcik, mengapa tak bawa anak ke hospital … untuk terima rawatan…”
Pakcik tua itu menoleh dan menjawab…
“Sudah. Kami dari hospital ini nak balik kampung… Maknya sedang menunggu kegembiraan kepulangan kami… Anak saya baru dapat melihat buat kali pertamanya hari ini dalam hidup dia dan dia bakal dapat melihat wajah maknya buat pertama kalinya….”
Pasangan suami isteri itu tersengam diam malu seribu bahasa….
Adakah perkara ini pernah terjadi kepada anda? Sudah tentu pernah.
Pernah tak terfikir mengapa Allah membuat dua mata di depan, dan bukan satu di depan dan satu di belakang?
Hikmahnya ialah apa yang dipandang mata manusia hanyalah sebahagian sahaja – tidak 360 darjah – Oleh itu, janganlah mengganggap apa yang dilihat di depan mata ialah segalanya. Ia hanya sebahagian sahaja.
Sebahagian lagi perlu dilihat dengan mata hati. Bukan hati yang bersangka buruk tapi hati yang bersedia bersangka baik kepada apa yang dilihat.
Jangan anggap sendiri tahu segalanya walaupun perkara itu di depan mata kerana mata hanya mampu melihat apa yang minda nak lihat. Minda sangka buruk, maka mata yang memandang akan fokus kepada perkara buruk dan begitu juga sebaliknya.
Ingat sesuatu situasi ataupun pandangan mata adalah neutral. Minda yang menafsirnya baik dan buruk. Yang kita dapat lihat tidak semestinya betul, yang kita tak dapat lihat tak semestinya silap.
sign, my signature

Thursday, October 4, 2012

Kesedaran dari Keberanian Budak Kecil

السلام عليكم 

Al-kisah seorang pemuda yang berjaya pulang ke kampungnya dengan kereta barunya Mercedes yang baru dibelinya. Pemuda tersebut memandu agak cepat untuk jalan di kampung. Namun pemuda itu berhati-hati melihat samada ada kanak-kanak yang tetiba lari keluar daripada tepi jalan dan memperlahankan kereta jika ternampak sesuatu. Ketika kereta pemuda melalui jalan kampung yang cerun itu, tiada kanak-kanak yang keluar. Tetiba, ada sekeping bata yang terbaling ke pintu kereta Mercedes barunya. Pemuda terus menekan brek dan gostan ke tempat di mana bata tersebut dibaling. Pemuda yang marah tersebut terus keluar dan menolak seorang kanak-kanak 12 tahun ke arah keretanya dan terus menjerit marah. “Apa ini? Siapa kamu? Apa yang kamu buat? Ini kereta baru TAHU? Dan bata yang kau BALING ITU AKAN menyebabkan hilang banyak wang!!! MENGAPA kamu buat DEMIKIAN?? JAWAB!!!” Budak tersebut memohon maaf…. “Abang… sorry… jangan marah… Saya minta maaf tapi saya tak tahu apa nak buat,” budak tersebut merayu. “Saya membaling bata tersebut kerana tiada kereta lain yang hendak berhenti,” kata budak itu sambil menangis-ngangis teresak-esak… Jari budak itu menunjukkan ke arah bawah cerun jalan tidak jauh daripada tempat kereta Mercedes pemuda itu dipark. “Itu abang saya,” kata budak itu. “Abang saya termasuk cerun dan terhempas daripada kereta rodanya… dan saya tidak dapat mengangkat abang saya,” tambahnya dengan nada teresak-esak. Sambil pipinya dipenuhi air mata dan hidung berhingus, budak itu merayu pemuda kaya tersebut, “Boleh abang tolong angkat abang saya naik ke kerusi rodanya. Abang saya sangat sakit tapi dia terlalu berat untuk saya angkat.” Pemuda itu tersergam, terdiam dan tersentuh. Menelan air liur dan meredakan bengkak tekak akibat menjerit, pemuda itu cepat-cepat pergi membantu abang budak yang cacat itu ke kerusi roda semula. Pemuda kemudian mengeluarkan kain sapunya untuk mengelap luka abang budak tersebut dan memberitahu dia, “Jangan bimbang, semuanya ok.” Budak yang dimarahinya tadi berkata, “Terima kasih abang… semoga Allah membalas hati baik abang.” Terlalu terkejut dengan situasi tersebut, pemuda itu tidak berkata apa-apa sambil melihat budak itu menolak abangnya balik ke rumah. Pemuda itu berjalan ke arah kereta Mercedesnya. Kesan kerosakan tampak jelas, tapi pemuda itu berkata pada dirinya, ia akan membiarkan kerosakan itu kekal di pintunya sebagai mesej mengingatkan diri – “Jangan lalu kehidupan dengan cepat sangat sehingga ada orang yang terpaksa membaling bata untuk mendapatkan perhatian kita!” Allah sentiasa berada di sisi kita dan mendidik dan membisik ke jiwa dan hati kita. Apabila kita tiada masa untuk mendengarnya, Allah terpaksa membaling bata ke arah kita – supaya kita sedar dan berfikir.
P/s:kredit tu FB LayarMinda
sign, my signature

Saturday, September 29, 2012

Gigi pertama tercabut buat Alif

السلام عليكم

P/s: demam jugak alif 3 hari, mujur rajin makan ubat.. Hehe
sign, my signature

Thursday, September 27, 2012

Ganjaran berbakti kpd ibubapa

السلام عليكم
(( Kisah Benar Pelajar Dapat Bantuan Allah Waktu Peperiksaan ))

Ini adalah kisah benar yang berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut.

Ceritanya begini :

Terdapat salah seorang pelajar masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya. Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru

tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya.

Tiba-tiba pelajar tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru. Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan. Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya.

Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan. Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu? Pelajar tersebut menceritakan : “semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya. Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti. Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah.

Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya.

Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua.

Aku menyeru kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu dan bapa agar berbaktilah kepada mereka untuk mencari keredaan Allah sebelum mereka pergi meninggalkan kita.

P/s: kredit to www.darulislamiyyah.blogspot.com

sign, my signature

Sarang Lebah Tualang

السلام عليكم

Alkisahnya, mlm tadi pegi rumah abang ipar area Subang. Keluar dinner. After dinner, singgah jup rumah diorang. Ada JPN dtg untuk clearkan satu kes. Hehe cam serius jer.. Tp mmg serius pown. My biras sampai mc 3 hari kene sengat lebah. Rupa2 nya mmg ada sarang lebah dalam ceiling parking kereta. Katanya itu lebah tualang. Besar jugak sarangnya. Selepas selesai mengclearkan sarang tur, dpt lah kami sama2 merasa madu lebah tualang tu. Hehe mmg original, x Mcm bli kat kedai. 
Nasib baik lebah2 tu x terbang dan sengat kami di waktu mlm ni.
Boleh tahan jugak besar sarang dia. Memang bahaya.
Dapat merasa secalit dua bhgn yg diberikan kpd tuan rumah Huhu...

sign, my signature

Saturday, July 28, 2012

Kisah Tauladan: Mati sebelum digantung ke Tali Gantung

السلام عليكم

Seorang ustaz telah menceritakan sebuah kisah yang berlaku di penjara Sg. Buloh.

Sebuah kisah benar.

Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama pd banduan2 di sana…

Pengarah Penjara telah berjumpa dgn beliau dan menceritakan pd beliau tntg seorang banduan yg bernama AMIN….

iaitu ketua kumpulan Al-Mau’una yg didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yg Dipertua Agong.

Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Apa yg menarik ialah peribadi si Amin ini.


Beliau seorang yg berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain.

Pendek kata banduan yg tiada bermasalah.

Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yg harum.

Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah, bau harum itu masih melekat pd pakaiannya.

Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi.

Dia digantung pada subuh pagi jumaat.

Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah2 tiada apa2 akan berlaku pd pg esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pg esok.

Bayangkan kalau org nak kena gantung pg esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.

Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal,
solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.

Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung.

Bila tiba masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri.

Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan.

Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti
menggantung anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan.

Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat
pd kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.

Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung.

Tangan spt org dlm solat di jari telunjuk spt membaca tahiyat akhir.

Subhanallah. ……… mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung… …

Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya yang soleh dan sentiasa bertaubat.

Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua.

Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.

P/S: Jika seorang mukmin akan meninggal, malaikat-malaikat turun dari langit kepadanya dengan membawa kain kafan dari surga serta membawa wewangian dari surga. Lantas para malaikat itu duduk di sekeliling orang mukmin yang akan meninggal tadi.

Para malaikat duduk mengelilingi sang mukmin sepanjang mata memandang (sgt banyaknya malaikat itu). Menyusul kemudian, datanglah Malaikat Maut duduk di dekat kepala sang mukmin. Malaikat Maut berkata, “Wahai jiwa yang tenang, keluarlah menuju ampunan Allah dan keridhaan-Nya.”

Dengan demikian, keluarlah jiwa sang mukmin dari jasadnya bagaikan keluarnya tetesan air dari bibir tempat air.

sign, my signature

Wednesday, June 20, 2012

Seorang Wanita tua dan seekor kucing di Tanah Suci

السلام عليكم
Wanita ini, kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.

Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.

Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.

Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.

Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.

Maka terkenal lah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.

Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.

Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.

Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.

Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.

Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan, wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.

Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.

Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.

Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..

Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solehah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.
U
Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.

Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.

Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin

Wallahua'lam..

Kredit:Facebook/wujud

sign, my signature

Tuesday, June 19, 2012

Kisah Pengajaran Kepada Semua Pemandu Kenderaan

السلام عليكم

Diceritakan dr kisah benar:

Kisah ini terjadi sekitar jam 9 malam tadi setelah diminta oleh isteri yang sedang sarat mengandung untuk membelikan nasi goreng. Setelah beredar dari rumah pada jam 8.30 malam, tiba-tiba stereng terasa ringan untuk membelok ke surau berhampiran memandangkan azan Isya' sedang berkumandang. "Alang-alang dah azan baik aku singgah kejap."

Setelah selesai Isya' saya terus memecut ke kedai yang terletak agak jauh dari kawasan perumahan saya. Terbayang wajah isteri yang sedang kelaparan di rumah, saya memecut laju sedikit.

Setibanya di hadapan Petronas SKVE menghala ke Shah Alam/Banting, sebuah kereta Wira menghentam kereta saya dari belakang. "Bam!" Lantas saya berhenti ke tepi. Keadaan agak gelap walaupun banyak kereta sedang melalui lebuhraya tersebut.
Gambar hiasan.

Seorang lelaki berbangsa India turun dari kereta tersebut yang berhenti di belakang. Lagak jalannya macam gengster dengan tubuhnya yang besar. Saya buka tingkap dan tanya "Apa sudah jadi?"

"Brek tada makan la, bang!" katanya sambil memandang pada belakang kereta saya. Saya masih berada di dalam kereta.

"Macam mana ni, bang? teruk ni.. kemek ni.." katanya sambil menggaru-garukan kepalanya.

Saya jadi serba salah juga, nampak muka mamat ni macam betul-betul bersalah. Namun saya juga teringat kisah-kisah 'langgar dan rompak' sebegini. Untuk keselamatan saya masih bertahan di dalam kereta.

"Bang, boleh turun tengok tak kalau boleh setel kat sini ke?" umpan mamat tu.

Saya pun jadi tidak menentu, antara mahu turun dan lihat atau teruskan berada di dalam kereta.

"Mari tengok ni bang, kemek jugak ni. Kena settle ni.." tambah mamat tersebut.

Saya pun matikan enjin kereta. Tarik nafas dalam-dalam dan beristighfar. Kemudian saya buka pintu perlahan-lahan. Lain macam pula rasa di dalam hati ni, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Saya terus tutup pintu kereta dan meminta nombor telefon mamat tersebut.

Pada mulanya mamat itu macam gabra semacam untuk berikan no telefonnya kemudian dia minta saya tunggu sekejap dan dia terus ke keretanya di belakang.

Setelah itu dia berikan no telefon kepada saya untuk saya salin. Katanya itu nombor kawannya seorang lagi yang berada di dalam kereta.

"Besok saya call" kata saya.

"Tak nak turun tengok ke ni, bang?" tanya mamat tersebut.

Saya gelengkan kepala dan terus memecut ke hadapan. Saya perasan ada sebuah kereta Proton Perdana berhenti di hadapan sedikit dari tempat saya berhenti tadi.

Setelah sampai di restoran di Taman Equine, saya turun dan terus memeriksa belakang kereta saya.

Apa yang saya dapati ialah LANGSUNG TIADA SEBARANG KEROSAKAN!

Menggeletar lutut setelah mengetahui situasi yang amat menakutkan berlaku sebentar tadi. Alhamdulillah tiada sebarang perkara yang buruk terjadi.

Kepada rakan-rakan, semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita termasuk saya sendiri. Nyawa lebih penting dari kerosakan kereta yang tidak seberapa.

Memang kita akan berasa geram, marah atau bengang sebab yang dilanggar itu adalah sebuah kenderaan yang kita bayar setiap bulan. Tetapi pertimbangan juga HARUS diberikan kepada keselamatan nyawa sendiri.

Semoga menjadi iktibar kepada kita semua.

sign, my signature