WELCOME NOTES


Showing posts with label bad news. Show all posts
Showing posts with label bad news. Show all posts

Thursday, August 22, 2013

Musibah hari ini

السلام عليكم
Motor merah tinggal KENANGAN


Awal pagi jam 3 lebih, tersedar dari tidur. Terus kejut Fatehah sbb nak bg susu. Tak lama lepas tu, dpt call dr en hubby yg sdg outstation kat Sabah. Rupa2nya dpt berita buruk. Motor Honda Cup merah en hubby kat Rumah d Gombak telah dicuri. Kejadian bru berlaku dilaporkan oleh adik ipar yg stay kat umah tu skang. Itupun jiran yg kebetulan nak bgn sahur kluar rumah dan perasan nampak pencuri masuk pagar rumah dan curi motor kami.
Entah apalah hikmah musibah ni. Motor tu pun x sampai setahun lg beli kat kedai berhampiran. Xde jodoh lama kot dgn kami. Walaupun report dah dibuat, kami x yakin dpt balik. Area rumah tu mmg tpt aim pencuri. Pg ni kami plak mangsa dia.
Blank skjap. Serabut fikiran pikir kejadian ni. Redha jelah. Dah lah tgh dlm pantang. Nk pikir bukan2 mmg x patut. Redha dan tawakal.

Mutiara Kata: kusedar kekurangan diri dsisiMu, biarlah diri x dhargai sesiapa pun, tp jgnlah Kau pula sisihkan aku.. Itulah yg paling kutakuti..Ameen
sign, my signature

Sunday, December 16, 2012

I-City Cekik Darah

السلام عليكم

Kepada anda yang berkeinginan untuk ke I-City Shah Alam, dsebabkan keseronokannya di Kaca TV atau mana2 iklan, eloklah anda baca luahan hati seorang warga tempatan ini. ICT lebih kepada cekik duit orang, dan indah khabar dari rupa. Ada benarnya juga apa yg dkatakan. Sebar-sebarkanlah agar rakan atau keluarga anda tidak berasa kecewa dan tertindas..

"I-City, bertukarlah kau jadi kebun kelapa sawit...."

Aku marah dan aku tak boleh tidur. Aku sampai I-City pukul 9 malam, dan aku pulang pukul 11.30 malam. Selama 2 jam setengah, adalah masa masa yang aku menyirap, aku menggeleng, aku merenung tajam, dam aku luka jiwa raga.

Aku kena main dan aku kena tipu.

Pakcik dan makcik dari kampung juga ditindas, dan ditipu secara professional. Dirompak duit poket mereka secara 'as per term and condition', juga yang paling memilukan..dibunuh harapan dan kegembiraan mereka dengan begitu saja.

Ya. Aku rasakan, aku dikenakan harga yang tidak patut untuk secebis keseronokan keluarga yang tak setara mana. Lagi pedih, bila kumpulan manusia yang ramai berpusu ke situ terdiri dari kumpulan pakcik makcik dari Kokdiang, Gua Musang, Felda Chenor, Padang Melangit dan Mersing. Mereka ini membawa ahli keluarga, anak anak kecil, sanak saudara dan mungkin anak anak jiran yang teringin menumpang bercuti ke kota. Mereka ini, dari riaknya..bukanlah semuanya berpangkat pegawai, jauh sekali memiliki harta berjuta, mereka ini semuanya rakyat marhein, yang bercita nak mengembirakan keluarga dengan membawa mereka berjalan ke sini, ke I-City.

Sebelum aku teruskan, mungkin aku boleh katakan yang i-City ni dibuat untuk pelancongan domestik. I-City pada telahan awal aku adalah tempat rakyat jelata menikmati keseronokan, dengan maksud, kerajaan (samada pusat atau negeri) atau syarikat yang menyelenggara mengenakan caj yang berpatutan dan tidak misleading. Sebaliknya aku salah, pakcik makcik juga salah. i-City rupanya bercita cita besar untuk memebelikan kereta Ferrari spider untuk setiap ahli lembaga pengarahnya.

Mari aku ceritakan celakanya.

Yuran entry, selepas 7pm, RM10. Ini aku boleh terima. Normal dan tiada yang aneh.

Ok sekarang, tempat paling attractive di I-City, namaya SNOWALK. Idea SNOWALK ni nak bagi rakyat Malaysia merasa hidup di Iceland.
Nak masuk sorang kena bayar dalam RM35-40 dewasa. Aku masuk ber empat semua sekali RM120. Ini pun, aku boleh terima lagi masa bayar sebab aku syak mestila SNOWALK ni power betul, boleh imitate almost exactly Iceland, atau Alps setidaknya. So RM120, setel..ready to rock in!.
Wooo..bila aku dah masuk, rupanya kena rilek dulu, kena ambil jaket (ini masuk pakej, mujur). Lagi, yang pakai selipar, kena sewa kasut, beli stoking, beli sarung tangan (sewa ke beli atau dah tak peduli sebab masa ni aku mula menyirap). Aku cakap pada fateem, faseeh dan cikgu, kita masuk je dengan kasut yang sedia ada. Walaupun subconscious mind aku tahu yang kasut si fateem dan faseeh ni tak boleh bertahan dalam cuaca Iceland, tapi hati aku yang memberontak ni menghalang dari pegi sewa atau beli. Bukan sebab aku berkira, atau aku kedekut, tapi aku fikir..kalau I-City tahu stoking, sarung tangan dengan kasut Pua Chu Kang ni adalah dresscode sewajarnya, kenapa kau tak caj aku RM200 awal awal tadi? lepastu kau bagi aku kasut, stoking dengan sarung tangan terus, nampak tak sekarang? kalau aku dah bayar sekali, lepastu aku kena bayar lagi dan lagi, itu pada aku adalah perangkap dan penipuan.

Denga berat hati, aku dan ahli keluarga melangkah masuk, elok gaya nak masuk, brader jaga pintu spund cikgu, "handbeg tak boleh bawak masuk". Aku balas balik dengan sabar,"handbeg nak kena letak mana?". "Dalam locker kat sana", brader ni balas tenang. Aku suruh cikgu pergi setelkan handbeg dia, dan teruskan bersabar. Selang beberapa minit, cikgu datang balik pada aku, lalu dia tanyakan benda yang bikin aku lagi menyirap, "ada duit kecik? locker tu kena bayar". Dekat stage ni, aku geleng kepala. Aku dah tahu semua yang akan aku lalui lepas ni dalah mengkaya rayakan pemilik I-City, secara langsung membunuh jiwa aku dan pakcik makcik yang mengharapkan secebis gembira berjalan ke sini.

Dalam kabin SNOWALK, boleh aku simpulkan, macam kau duduk dalam peti ais tempat beku. Ada igloo, ada lampu lampu, ada sedikit gelongsor ais. Aku tak nak komen apa yang dia sajikan sebab mungkin itu idea sebenar I-City, tapi aku fikir they can do much more better. Dan bila aku marah, aku akan jadi detail, "is this the best they can offer?". Aku mula nampak hal hal yang kacau fkiran aku, kenapa takde salji? kenapa takde paramedik standby kat luar kalau anak anak aku kena frostbite? kenapa kabin ni takde seni, kompressor aircond merata rata, beam beam dan structure bangunan obviously there, sebijik macam kau jalan kat carpark cuma bezanya kau sejuk. Kenapa jaket yang dia bagi ni zip rosak, butang rosak? kenapa tak banyak variety? kenapa tempat kecik?
Nampak, benda ni patutnya senang, tapi bila aku dah mula kacau bilau dari awal, semua aku tengok salah. dan yess memang overall SNOWALK sucks big time.

Aku keluar dari SNOWALK bila faseeh menangis sebab tak tahan sejuk ais banyak masuk dalam kasut dia. Bila aku sampai kat luar, aku tengok ramai yang menggigil sejuk, kasut yang sewa tadi semua bukak. kaki mereka aku tengok merah. Temperature terlebih sejuk ke aku tak tahu. Aku tak pernah pegi Iceland, Alps pun aku tak pernah pegi, aku tak tahu sejuknya macam mana. Lantaklah!

Aku cuba bertenang, dan melepak dekat patung zirafah. fateem dengan faseeh nak main keretapi, kapal dan wheel apa benda entah. Aku tengok kawasan permainan ni semua berkumpul di satu port. Dalam kepala aku fikir macam ni, aku beli tiket sekali masuk, say RM20 sorang, atau berapa berapa lah, lepastu boleh main freeflow. Pergi matiii dengan fkiran aku, I-City lagi pandai korek duit dengan menggadai perasaan kesian mak ayah pada anak anak.

Ada 6-8 jenis permainan, dia caj RM5/person untuk satu game. Ada 2-3 game yang RM10/person. Beli tiket pakai macam smartcard. Kiranya kalau baar RM50, pakaila kad tu sampai habis. Bodo anak aku 2 orang sekali naik keretapi yang pusing tak sampai 5 round, tak sampai 5 minit in fact, aku kena bayar RM10. (RM5/person). Itu yang RM5, yang game RM10 pulak, baraaii!. Setengah jam, RM50 gone. Come on what kind of pleasure the kids will have for half an hour?
Dalam hal ni, kau orang kena clear standpoint aku. Aku tak bercakap untuk aku saja. Aku bercakap untuk orang lain, yang mungkin bajet mereka lagi kurang tapi dah terperangkap. Apa yang terperangkap? Kau bagitau anak anak kau nak datang I-City, mereka happy, bila dah sampai..pehh ambik beratus nak kena keluar. Takkan dah kat situ kau nak cakap kat anak anak kau "Janganlah..mahal lah".
yang aku cerita keretapi 5 minit tak sampai tu apply pada semua game. Aku rakam fateem dan faseeh naik keretapi tu exactly less than 4 minit.

Kau orang sabar. Aku belum habis lagi ni.

Berbalik pada hal permainan. Masa di kaunter, dekat depan kaunter, clearly stated "RM5/person" untuk game game yang disenaraikan. Macam aku bgtau tadi, ada setengah game" RM10/person". Isu kedua timbul bila faseeh dinafikan hak untuk bermain kapal apa benda entah sebab tinggi dia tak lepas benchmark. Ohhhh yang ini aku betul betul fak!. Aku tarik faseeh keluar, sambil kepala aku cuba rasionalkan situasi. Exactly belakang faseeh, ada sorang budak perempuan, tinggi dia siiikiiittt je lagi nak sampai benchmark, terus budak lepas SPM yang jaga entrance reject suruh keluar. WOW! for God sake faseeh dan budak perempuan dah beratur 15 minit semata mata nak main, when they turn come, kau just suruh keluar sebab tak lepas height?
Ayah perempuan tu cuba slowtalk dengan budak jaga entrance, kesian aku tengok orang kampung sorang sini, kesian lagi aku tengok anak dia yang terkebil kebil tak dapat main. Sabar aku hilang bila budak yang jaga tadi jawab endah tak endah dengan ayah budak perempuan tu. Sabar aku diakhiri dengan makian orang putih ditengah khalayak orang ramai. Aku tak boleh kontrol sebab aku kesian betul dekat faseeh, lagi aku kesian dekat budak perempuan yang terkecil kebil kecewa tu.

Aku ajak ayah budak tadi pergi kaunter. Sampai di kaunter aku bagitau yang "kenapa masa beli tiket you tak cakap budak budak ni ada height limit?"
Pehhh makwe kaunter tu bagi jawapan bijak,"Kat atas kan ada beritahu" sambil dia tunjuk kat atas dinding (kau kena dongak kalau nak baca satu satu) ada A4 beberapa keping yang beritahu game game yang ada height limit, dan Yes, font dia aku tengok macam font 14 atau paling besar 16.
Lalu aku khutbah pada dia, kenapa dekat depan kaunter ni tak tulis pulak? dan kenapa kau, sebagai penjual tiket yang tahu permainan ni semuanya untuk budak budak tak beritahu awal awal "encik, untuk game ni game game ni, budak bawah 120cm tak boleh main", kenapa kau tak buat? kau harap orang baca benda info yang berselerak, dalam keadaan orang ramai, nak cepat, nak bagi budak budak seronok. Ni sama la macam jual buah Strawberry kat petaling street letak sigboard besar RM5. Mindtrick, sebab by default orang ingat sekilo RM5, orang tak banyak tanya terus mintak sekilo. Hahh ambik kau rupanya RM5 ni untuk 100gram. Tulisan 100gram ni kecik halus je dia letak tepi RM5. Memang ada point yang ko salah sebab tak teliti, tapi dalam masa yang sama, kau rasa kena tipu tak? sebab dalam keadaan sibuk, orang ramai berpusu, berapa kerat manusia je boleh bagi attention to detail?. Ini nama dia manipulation.

Dan akhir sekali, smartkad tu, kalau kau tak habis main, duit dalam tu banyak lagi, kau boleh refund RM5 sahaja. Maknanya, katala duit dalam tu ada lagi RM30, tapi anak kau dah mengamuk nak balik, atau tiba tiba dia sakit perut kena bawak ke hospital. Burnlah duit tu. Unless kalau kad tu boleh bawak balik dan esok kau datang lagi sambung pakai, itu aku tak tahu lah boleh ke tidak. Tapi berapa ramai pakcik makcik Kokdiang nak datang balik esoknya semata mata nak habiskan baki duit RM30?
Nampak tak macam mana orang kampung kena main?

Aku dah tak larat nak menulis. Lama dah aku tak menulis panjang.
Kesimpulan yang aku boleh bagi;
Aku berharap, I-City ni, kau bertukarlah menjadi kebun kelapa sawit.

P/s: dah lama teringin nak pergi lg smnjk ada perubahan, Tp kalau cengginilah gayanya, mmg x hingin pergi lg... Daripada berhabis beratus kat sini, alang2 baik g negara yg betul2 ada salji.. Hehe PUAS HATI....
sign, my signature

Wednesday, December 12, 2012

Takziah buat keluarga WanCho


Nukilan puisi (Mencintaidia.com) yg sgt sesuai ditujukan kpd arwah:

Ayah,
Dikau amat anakmu kasihi,
Kasihku erat terikat mati,
Tak bisa diurai mahupun dirungkai,
Meski masa beredar pergi.
Ayah,
Perintah Tuhan akanku taati,
Ibu dikampung akanku jagai,
Cita cita akan aku gapai,
Meski cabaran menggunung tinggi…
Ayah,
Rinduku datangnya tanpa dipinta,
Datang bersama sebak didada,
Hingga tak terucap dengan kata kata,
Selalu jua ku memendam rasa,
Meski jiwa tangis segala.
Ayah,
Nasihatmu sering beserta hikmah,
Dalam sendu atau sendawa,
Senyummu penawar pengubat amarah,
Hati yang gusar menjadi ketawa.
Ayah,
Coretan ini telah kulakar,
Bukti rinduku adalah benar,
Pengorbananmu terlalu besar,
Kebaikanmu penuh sinar.
Ayah,
Hanya doa mampuku panjatkan,
Beserta al Fatihah sebagai kiriman,
Mohon selamat jua keampunan,
Moga rohmu beserta yang beriman,
Dikasih Allah tuhan ar Rahman,
Al-Fatehah...

P/s: x dpt mlupakan jasa2 arwah dan family pd diri ini ketika mula2 jejak kaki d KL independently (BMI).. Especially ketika sakit.. Trima kasih ayahCho dan WanCho :'(

Monday, April 2, 2012

Kisah sedih terkini: Kakak injured on my anniversary

السلام عليكم



Pic 1: Di hospital slps pergi klinik

Cian kakak admit hosp 2day sbb tulang cku retak gara2 jatuh kat playground dlm mc'D sri gombak. Tulang siku lari sket. Terpaksa masuk wad 1 hari semata2 utk masuk bilik operation utk betulkan balik tulang yg lari tuh.. huhu.
Pic 2: Sms tgu doktor di DayWard

Alkisahnya, balik dr kolam air panas selayang. Sbb sambil mandi air panas, ayah jumpa kwnnya.. Balik dah pukul 11pm lebih. Ingat nak mkn kFc jer, tp anak2 nak mkn mc'D. Tengah leka mkn, ayahnya plak leka baca paper, anak2 yg riang bermain miniplayground bertukar tangisan yg nyaring. Apalagi terus g klinik 24 hrs tanpa menghiraukan mknn yg belum habis tu. Klinik pas suh g spital wat xray. Spital plak suh dtg lg esoknya (sabtu,31/3(anniversary!!!)) slps di x-ray dan disimen separuh sbb bengkak, utk jumpa doktor pakar. Esoknya, doktor pakar suh dtg isnin 2/4 utk betulkan tulang yg lari.

Pic 3: Kakak sebelum dipengsankan

Pic 4: Kakak selepas sedar dari pengsan

Kat dlm bilik operation, sayu hati melihat kakak dipengsankan. Pilu rasa hati seorang ibu melihat anak yg sedang meraung tiba2 terus pengsan x sedarkan diri. Tapi terpaksa keluar sbb doktor nak memulakan tugasnya. Setelah selesai tugas doktor, cepat2 datang smula nak tgk anak. Mula2 sofea x sedar lg. Selepas diberikan pernafasan untuk sedarkan sofea, Sofea terbatuk2 dan muntah buih. Apalagi, sambung menangis sambil berkata kakak x mahu pakai benda tutup mulut tue.. Agaknya sofea sambung menangis dr yg awal sebelum dipengsankan, pdhal dah selesai dah.

Pic 5: Kakak selepas selesai menerima rawatan

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Balutannya yg separuh simen tuh akan dibuka dlm lebih kurang 3 minggu. Herm, harap2 oklah tu nanti sbb takut jugak, sofea nih hypernye boleh tahan... huhu

p/s: unforgettable anniversary moment ever.... (5th - 31th march 2012). Semoga hari mendatang adalah hari2 membahagiakan dunia akhirat..amin


sign, my signature

Saturday, October 22, 2011

Mari mmbntu..

السلام عليكم


Tujuan saya ketengahkan blog ini adalah supaya para pembaca sekalian sama2 mendoakan agar baby ini mendapat keajaiban dgn izinNya untuk sembuh dgn segera. Bg yg mempunyai ilmu pengetahuan, sama2lah dikongsikan dengan ibu anak ini agar dpt diamal dlm mendekatkan diri kpd Allah swt. Wallahu 'alam..




Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar.
Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini mmenyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.

Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen.

Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.

Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja.
Semangat
saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah.

Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan.

Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak.
Apabila
doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan.kaki pula bersimen.

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya.

Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my.

p/s: selepas saya mencari2 khabar berita ini, brulah saya tahu kebenarannya. Ini ada berita 2 tahun lepas. Boleh rujuk link ini. Mohon Baca Ini, Kasihani lah Rohaiza dan Hana dan disini Hana in memories


blog

Tuesday, October 18, 2011

Kejamnya....

السلام عليكم


Guangdong Market, China


Subhanallah, menitik air mata melihat video ni.. Dapat tahu pagi tadi dari Wanita Hari Ini. Sukar untuk percaya. Kasihannya kanak2 perempuan tu (Xia Yue Yue, 2thn). Kalau lah dapat faham apa pemberita tu cakap kan bagus. Apa agaknya perkembangan kanak2 tu. Mula2 ingat dah x bernyawa. Huh.. kasihan sungguh. Walaupun kanak2 tur anak org china, tp dlm hati ini ttp berdoa agar anak itu dpat diselamatkan dan cepat sembuh. X perlulah difikirkan ttg org sekeliling yg x berperikemanusiaan lebih2 lg driver2 lori dan kenderaan yg lalu lalang. Tuhan Maha Kuasa atas segala2nya. Marilah sama2 doakan agar kanak2 terbabit dpt segera sembuh dgn izinNya... Huhuhuhuhhuuuuu.... Hati ibu mana yg tak tersayat melihat video ini :'(
 Keadaan Yue Yue di hospital yg semakin tenat

Ibu bapa Yue yue menyembah tanda trima kasih x terhingga kepada nenek tua itu kerana bantuannya.

"I didn't care for my child very well, and it's my fault," Mrs Qu said, "But Yue Yue can't leave her mother and her mom won't leave her."
She added that despite the bleak outlook, she was still hoping for a miracle for her daughter who slipped out of the house when her seven-year-old brother went out to play.

info terkini: Koma di Hospital dan Sebab2 Ketidakhirauan Org Sekeliling Di China
sumber lain : Toddler Declared “Brain Dead” in Guangdong Hit-and-Run Tragedy (Updated)


update: 22/10/'11-kanak2 wang yue telah pun meninggal dunia pd 21/10/'11 bersamaan hari Jumaat. Semoga rohnya tenang dialam syurgawi :). 
info: TV3 , Berita Harian dan Puteri Kasih blog


Tuesday, October 4, 2011

Pengguguran Anak Di Singapura

السلام عليكم





Mari kita sama ketahui rencana kisah benar ini:

Sedih apabila mengenangkan nasib orang Islam di Singapura. Pengguguran anak di Singapura. Just to share reality dunia skrg. Kami keberatan menyiarkan gambar ini. Kami akui ia ngeri dan akan mengejutkan sebahagian pembaca. Tetapi setelah bebincang panjang, kami dengan berat hati memutuskan untuk menyiarkan gambar ini. Kerana kami berpendapat dan berharap ia dapat menjadi pengajaran kepada semua terutama sekali mereka yang berniat untuk menggugurkan anak, atas apa jua sebab dan alasan...Setengahnya masih merah darah dan sebahagian lagi telah bertukar kepada merah birat akibat telah beberapa hari terperap dalam rumah mayat. Suatu yang pasti, setiap beg plastik mengandungi sekujur tubuh kecil terkulai layu berlumuran darah. Nama ibu, nombor kad pengenalan dan tarikh pengguguran tertera pada kad hijau yang disertakan bersama 16 janin yang berusia antara dua minggu dengan enam bulan. Air mengalir merah apabila janin dimandikan bersama urinya sebelum dikafan, disembahyangkan(gambar sisipan) dan kemudian dikebumikan dalam dua liang kubur di Pusara Abadi dekat Lim Chu Kang.Kami & krew TV3 sempat menyaksikan suasana menyayat hati itu dibilik mandi mayat Masjid Pusara Aman baru-baru ini.Namun tidak mendapat kelulusan utk tayangan dari pihak atasan atas pelbagai alasan.... Kesemua janin, Melayu/Islam itu baru saja diambil pegawai Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA) dari tiga buah hospital setempat. Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kandang Kerbau (KKH), Hospital Besar Singapura (SGH) dan Hospital Universiti Nasional (NUH). Janin-janin itu tidak dituntut oleh ibu yang mengandungkan mereka selepas menjalani pengguguran di hospital- hospital tersebut.

Sumber maklumat yang sah...saya hanya ingin berkongsi dengan semua...

p/s: Anda Bijak Jauhi Zina @ http://www.facebook.com/abjz.rs


Friday, September 23, 2011

Ziarah Isteri dan anak2 arwah MatYie

السلام عليكم


21/9/11 - Melawat anak2 arwah matyie di hosp kuala lipis (gambar-aina, anak perempuan arwah)

Kini isteri dan anak2 arwah telah dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur(HKL) mlm 220911. Keadaan mereka semakin stabil. Insyaallah ada masa akan pergi melawat mereka. Terima kasih kepada kakak kepada Isteri arwah, Ain kerana sentiasa memberitahu perkembangan tentang keadaan mereka. Semoga mereka cepat sembuh dan segera dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Amin..

rujukan berita online:
- Lelaki maut kereta dirempuh lori
- Man killed and family hurt in road accident

- MAN DIES, WIFE, THREE CHILDREN SERIOUSLY INJURED IN CAR-LORRY CRASH
- Man Dies, Wife, Three Children Seriously Injured In Car-lorry Crash



Wednesday, September 21, 2011

Pemergian seorang sahabat baik.

السلام عليكم 
 

Tragedi 20/09/2011 seorang sahabat dari BMI, Mat Yie dan ahli keluarganya. Kemalangan ngeri kereta dan lori gdex di kuala lipis dlm jam 4 pg. Arwah dari kelantan mnuju ke KL.


Arwah tlah meninggalkan seorang isteri dan 3 anaknya. Difahamkan isteri bru smlm dpindahkan ke hosp tmerloh bsama2 anak bongsunya dsebabkan tlalu kritikal. Anak sulung lelaki dan perempuan masing2 patah kaki sebelah dan drawat d hosp k lipis.
Sama2lah kita doakan smoga arwah dcucuri rahmat dan ahli keluarganya yg lain cepat sembuh. Al-fatihah..


p/s: terharu bila saudara mara menyatakan arwah kelihatan tenang ketika dimandikan.. berhati2lah wahai pemandu sekalian terutama waktu malam, tetapi jika ajal dah memanggil apakandaya... takziah untuk seluruh ahli keluarga allahyarham mat yie..
-klik 2x utk besarkan gambar

Kemaskini:
-21/9: dimaklumkan kedua2 anak arwah telah dipindahkan ke hosp temerloh. Baby demam dan isterinya baru sahaja menjalani pembedahan pembuangan sebelah mata... Insyaallah akan singgah melawat di hosp temerloh sebaik pulang dari Pekan,Pahang sabtu ini.




Saturday, June 18, 2011

I'vE sAved mY LoVelY bLoG fRoM hAckErs/cRacKerS

السلام عليكم

Selepas membaca entry En. Faisal Abdullah mengenai "Langkah Berjaga-Jaga Bagi Mengelakkan Blog Daripada Digodam!", saya segera menukar pasword seperti yang disarankan bg langkah berjaga2. Takut jugak kalau jadi pape, kesal kemudian hari... Kepada anda sahabat2 sekalian yg berdaftar dengan gengblogger adalah digalakkan menukar password agar perkara x diingini berlaku kepada blog anda. Sama2lah kita saling memperingati :)

Tuesday, July 20, 2010

Where's my MOOD?

Assalamualaikum wbt,
Nak tulis pun cam nak x nak jer.. huhu tapi ikhlas mesti mau..



Mood untuk mengupdate blog kurang la semnjak dua menjak ni.. tak tau naper.. entah la.. cuma rasanya apa yang dbuat semenjak dua menjak ni serba x kene. jadi nak menulis or nak letak pape pun serba x menjadi. just lawat blog kengkawan n find something that can naikkan my mood kot. but still flat. huh.. ujian apakah ini.. baru terasa seperti diuji dgn ujian yg terbesar buat masa ni.. sbg hamba Allah swt, kita perlu redha dgn ujianNya dan bertawakal. Mungkin ada hikmahnya yg kita kdg2 keliru bila memikirkannya. Wallahua'lambissawab.
Maafla yer kengkawan yg sudi melawat blog saya tiap2 hari. Saya lama x update blog. Jikalau sudi lihatlah entry2 lama yg mana boleh menarik perhatian untuk dibaca ker.. Nanti bila dah ok saya akan mula mengupdate blog saya with info2 terkini dan berguna untuk dunia dan akhirat..

Semoga kalian dirahmati.. :)





Sunday, June 27, 2010

Langgar Lari

gambar contoh (lupa nak amik pic td)

Assalamualaikum,
Pagi tadi nak kluar g pasar bli ikan segar. Tup tup sampai kat tpt parking tgk kete hubby rapat sgt ngan kete belakang. Rupa2 nya kene langgar bhgn depan. Walaupun tak teruk kemek gak la sikit n lampu pecah bhgn kiri. Nasib baik kete belakang x pape. Huhu kete mana la yang x bertanggungjawab dah reverse langgar tak nak inform ni. Nasib pagi hari ni yang tak baik. Keluar lagi modal nak baiki kete. Dah la kete kesayangan hubby plak tu. Nak tukar kete pikir 100x. Punya sayang dia ngan kete tur. Marah jugak dia sapa langgar lari ni. Apa leh buat. Beginilah nasib kalau duduk kat rumah flat. Papehal tanggung sendiri. Entah bila nak pindah. Asik tertangguh jer.. Herm ada la tur hikmahnya. Allah swt lebih mengetahui..


Wednesday, June 23, 2010

Boring tanpa HuBBy disisi walau sesaat

Salam sahabat2 ana,



Erm.. terasa tak bagi anda yang dah berkahwin walau dah berpuluh2 tahun, terasa sunyi bila hubby tiada di sisi. Terasa sepi jer tanpanya. Apa taknye, hilang tempat saya untuk pot pet pot pet. hehehee.. Hubby yg cool xper. Kalau hubby yg ada peél naik angin skit jgn kwn2. Hehe. Biasanya my hubby kalau balik dari keje mesti main ngan anak2. Walau diri sibuk di dapur buat air atau ape2 yg menyibukan lah katakan, telinga dan mata sentiasa peka.. herm.. dah 2 minggu hubby balik lewat. Lpas maghrib bru sampai umah. Apa leh wat. Hubby bukannya keje kerajaan. Kita yang dok bertahun2 mintak x dpt.. Huhu xder rezeki lagi nampaknyer.. Umur dah meningkat dah ni.. xder sape nak amik berkerja. Tapi x dinafikan surirumah pun kerja yang mulia lagi diberkati.. :) Papepun, saya tunggulah hubby saya yang tak muncul2 lagi depan pintu nih.. sambil layan blogs.. :) w'slm


Thursday, June 10, 2010

Menengung sekejap...

Salam,


Entah apala salahnya blog saya nih, susah betul nak pingkan ke dalam geng blogger. Lum satu pun lagi nak kongsikan lam forum tur. huhu... kang kalau edit2 blog kang mcm2 lak masalah lain timbul.. herm, layan blog lain lagi bnyk faedahnye.. fedup lak duk memanjang mengadap masalah ni yg x setel2 lg.. biarla nanti dia setel sendiri kot.. huhuhuhuuu... :'(

Tuesday, June 1, 2010

Anakku oh anakku

Salam smua,
Dah tiga hari anak sulungku, sofea kena cirit birit. Kesian tengokkan dia. Makan dah la semua tak nak. Macam-macam dah buatkan agar dia berselera. Tapi disebabkan sakit perut agaknye cuma makan biskut je. Mak pesan bagi sofea minum air tea dan sementara waktu jgn bagi susu. Herm.. Tak jalan jugak.. Esok kalau macam nie lagi kena bawak pergi klinik ni.. Takut jugak kalau ada symptom lain pulak. Harap-harap ianya tak berpanjangan dan tak memudaratkan. Sofea dah la kurus. Makin kurus le jawabnyer.. Kurus bukan sebab kurang makan sebelum ni tapi kurang tidur and terlebih aktif.

Hari-hari kerja saya kat rumah mengemas barang-barang mainan dia dan adiknye. Kalau main dalam bilik takpe lah jugak. Ini dibawanya sampai ke dapur, dalam bilik tidur, dalam bilik air pun ader.. Hihi.. Budak-budak.. Layan jer la.. :) Marah?? Herm, kadang-kadang kalau dibaling mainan tu ataupun diketuk-ketuk nye mainan tu ke adik atau sebaliknye memang kena marah jugak la.. Biasanye kene jentik.. Susah nak ajar kalau besar ni. Perlahan-lahan la nasihatkan diorang ni.. Lama-lama faham jugak nanti.. Kan? :)

Thursday, March 11, 2010

Pegi Balik saje

Cian hubby ari ni.. dah la kuar tgh hari amik anak bini gi bandar damansara wat pasport, alih2 dah sampai ckp no giliran dah abis.. huhuhu.. nasib baik janji ngan pok gat esok tgu jam 7am, dia bg masuk.. leh dpt no giliran n cepat skit blik.. lmbt plok hubby masuk kijo blik petang.. cian hubby nok g family day company nyer pasai. nak cancel x le dah sbb dah register.. gi je lah.. hopes will have happy memories there @ Pulau Kerabi, Thailand next week..