WELCOME NOTES


Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

Saturday, December 31, 2011

السلام عليكم


"suami bkn hanya perlu menjadi suami yg terbaik untuk isteri, tapi anak yg terbaik utk kedua ibu bapanya" 


P/S:
 - semoga keadilan ada utk kedua2nya dlm melayari kehidupan yg sempurna dan tenang dlm melaksanakan perintah2 Allah swt di atas muka bumi yg sementara ini.
 - dlm hati hanya tuhan sahaja yg tahu. Semoga aku tenang menghadapi segala dugaan dunia akhirat.. Semoga Engkau sentiasa disisiku ini ya Allah dlm mengharungi sisa2 hidup yg semakin dekat pdMu...




blog

Thursday, December 15, 2011

السلام عليكم


Ya Allah, Jika pagi ini ada hati yang tersimpan benci ubahlah menjadi kasih sayang.
Bila hati kami kotor, sucikanlah. Bila hati terluka perih, sembuhkanlah....

Kami mohon ubahlah kesedihan siapapun yang membaca doa ini menjadi kebahagiaan.
Dan ubahlah setiap air mata yang mengalir dipipi menjadi kurniaMu dalam hidup kami.
Jadikanlah airmata yang mengalir ini, menjadi butiran mutiara kehidupan baginya.
Didunia ini dan akhir nanti,...

Ya Allah, ditengah badai kehidupan datang menghempas, hilangkanlah segala deritanya,
Bangkitkan semangat untuk terus berjuang bagi orang yang kelelahan,
Cucurkanlah mata air rahmat sebagai pelepas dahaga,
Berikanlah semangat hidup bagi orang yang berputus asa,

Ya Allah jangan biarkan hati- hati yang berputus asa tenggelam dalam kekecewaannya.
Jadikanlah apapun yang dihadapinya sebagai petunjuk untuk lebih dekat dengan MU, sebagai jalan untuk masa depan yang lebih baik, lebih indah dan lebih membahagiakan.
Aamiin Ya Allah Aamiin Ya Rabbal alamiin...



kredit: "Saya Bangga Menjadi Surirumah Sepenuh Masa"


blog

Thursday, August 11, 2011

Ramadhan Bulan yg Mulia

السلام عليكم

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat. Sudah masuk 11 hari kita berpuasa insyaallah semoga diterima amalan mulia kita. Semoga sama2 lah kita mendapat berkat dan rahmatNya dlm amalan2 kita di bulan yg mulia ini.








Wallahua'lam

Thursday, April 21, 2011

Darussyifa: Suatu Kisah (Siri-1): Daun Kering & Pokok Ciku

السلام عليكم

Bacaan selawat tiba-tiba berkumandang dari telepon bimbit Azman, tersentak sebentar Azman dari lamunan. Dia mencapai telepon tersebut, terpapar nama Ustaz Saiful di skrin tersebut. Dalam hatinya oh! Ustaz Saiful yang telepon. Dia menjawab panggilan tersebut dengan terus melafazkan ucapan salam kepada Ustaz Saiful.
“Azman, enta kerja tak hari Sabtu ini” Ustaz Saiful bertanya.
“Tidak, kenapa Ustaz? kata Azman.
“Ana bercadang nak ke Baling Kedah ada jemputan Kahwin. Ana mungkin pergi seorang sahaja, kebetulan kereta ana ada masalah untuk jalan jauh”
“Ana nak mintak tolong enta temankan, kalau boleh naik kereta enta, ana tanggung minyak dan tol, boleh ke?”
“Insya’Allah, tak ada masalah Ustaz” jawab Azman dengan gembira.
Azman bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah Bangunan 15 tingkat di Bangi, dia bertugas sebagai ketua pengawal keselamatan disitu. Hampir lima belas tahun dia telah bekerja disitu iaitu sejak dia berumur 23 tahun.
Pada pagi Sabtu itu Azman dan Ustaz Saiful telah bertolak dari Bangi kira-kira pukul 8 pagi menuju ke Baling. Mereka sampai di Kupang, Baling hampir dengan waktu Zohor. Selepas solat Zohor dan Asar Jamak Taqdim di Masjid Kupang, mereka terus ke tempat kenduri.
Ustaz Saiful memeluk erat sahabat lamanya Ustaz Umar yang agak lama tak bertemu hampir dua tahun. “Enta datang seorang sahaja ke, keluarga tak ikut sekali? Tanya Ustaz Umar.
“Anak ana yang tua nak ambil SPM dan yang nombor tiga nak ambil UPSR, mereka ada kelas tambahan hari ini” Ustaz Saiful menerangkan.
“Ana datang dengan Sahabat baik ana ini, Ustaz Azman” Ustaz Saiful memperkenalkan Azman.
“Saya bukan Ustaz, panggil Azman sahaja” Sambil tersenyum, Azman cuba merendahkan diri dihadapan Ustaz Umar.
Ustaz Saiful dan Ustaz Umar bersahabat sejak perkenalan mereka ketika menuntut di Universiti al-Azhar Mesir dalam bidang Bahasa Arab dan Syariah.
Hampir sejam juga mereka di rumah Ustaz Umar.
“Terlanjur kita dah sampai Baling ni mari kita singgah di Kulim sekejap, ana nak berjumpa dengan Sahabat ana di Kampung Kelang Lama, boleh ke Azman?” kata Ustaz Saiful kepada Azman.
“Ok, ustaz! No problem” jawab Azman dengan gembira.
Ketika memandu menuju ke Kulim, mereka telah tersesat jalan, lalu mereka berhenti dihadapan sebuah Stesen Telekom. Ustaz Saiful pergi ke pondok pengawal bertanyakan jalan yang betul ke Kulim. Ketika Ustaz Saiful sedang bercakap dengan Pengawal Keselamatan tersebut, Azman teringat ketika dia mula-mula berjumpa dengan Ustaz Saiful.
Kira-kira tujuh tahun yang lalu, jiran sebelah rumah Azman, Hisham menyerahkan borang permohonan untuk belajar di Darussyifa’. Bila terima borang tersebut, Azman berkata kepada Hisham “Saya tak beranilah nak belajar di Darussyifa’, Quran pun aku baca sangkut-sangkut”.
“Inilah peluang kita nak tingkatkan diri kita, sekurang-kurangnya kita boleh menghadiri kelas Tajwid untuk perbaiki bacaan al-Quran kita” kata Hisham kepada Azman.
“Beginilah Azman, engkau lakukanlah solat sunat istikharah, mohon ilham dari Allah supaya buat keputusan sama ada nak belajar atau tidak di Darussyifa’” tambah Hisham lagi.
“Aku bukan apa, anak kecil kau tu selalu sangat menangis tengah-tengah malam, kalau kau belajar ilmu pengubatan Islam, kau sendiri boleh rawat anak kau tu” Hisham menegaskan lagi.
“Ok lah Hisham aku cuba lakukan solat istikharah” kata Azman.
Selang seminggu, Azman menyerahkan borang permohonan tersebut kepada Hisham. “Insya’Allah aku cuba belajar di Darussyifa’, selepas solat istikharah, hati aku rasa berkobar-kobar nak belajar pulak” terang Azman kepada Hisham.
“Alhamdulillah” kata Hisham.
Azman telah menghadirkan diri di sessi temuduga untuk kemasukan pelajar baru. Salah satu soalan yang ditanya, calun disuruh memperdengarkan bacaan Surah al-Fatihah kepada panel penemuduga.
“Bacaan Surah al-Fatihah suadara sangat tidak memuaskan, saudara kena perbaikinya. Bacaan al-Fatihah adalah bacaan asas yang menjadi rukun solat. Kalau al-Fatihah tak betul, solat akan jadi tidak sah” Tegas Ustaz Rashid kepada Azman dalam sessi temuduga.
Selesai sessi temuduga, Azman rasa agak kecewa, ini kerana dia yakin dia tidak diterima belajar di Darussyifa’.
Selang sebulan. Petang itu telepon Azman berdering. Salam diberi diikuti dengan pertanyaan “Boleh saya cakap denga En Azman”.
“Ya saya Azman bercakap, siapa ni?” tanya Azman
“Saya Jufry dari Darussyifa’, tahniah! En. Azman telah diterima untuk belajar di Darussyifa’. Sila hadirkan pada hari pendaftaran Ahad yang akan datang ini”
Hati Azman sungguh gembira tidak terkira. Azman memasangkan tekad untuk memperbaiki bacaan al-Quran. Malam itu dia lakukan solat hajat memohon Allah membantunya agar dia dapat meningkatkan dirinya dalam ‘ilmu agama dan al-quran.
Dia tidak mahu, ketika belajar di Darussyifa’ nanti merasa rendah diri kerana tidak boleh membaca al-Quran dengan baik.
Pada keesokan harinya, ketika sedang bertugas di balai pengawal, seorang lelaki berkupiah putih datang menghampirinya.
“Assalammu’alaikum, boleh saya tanya Surau di tingkat berapa?
“Wa’alaikummussalam, di tingkat tiga encik. Encik nak berjumpa dengan siapa? Tanya Azman.
“Saya nak menyampaikan Kuliah Agama” Ustaz itu menjawab sambil tersenyum.
“Oh! Ustaz rupanya, boleh saya tahu nama Ustaz, bukan apa saya nak rekodkan dalam buku ini sahaja” Azman menambah.
“Nama saya Saiful bin Kamaruddin, panggil saya Ustaz Saiful sahaja” jawab Ustaz Saiful sambil tersenyum.
Itulah pertama kali Azman bertemu dengan Ustaz Saiful. Tujuh tahun telah berlalu, terasa sekejap sungguh, Azman dan Ustaz Saiful telah menjadi sahabat baik.
Sejak berkawan dengan Ustaz Saiful, Azman telah banyak berubah. Sehinggakan pada suatu subuh pagi Jumaat di sebuah surau di kawasan tempat dia tinggal imam tidak muncul-muncul untuk mengimamkan solat Subuh.
Masing-masing tolak menolak tidak mahu jadi imam kerana tidak hafal surah as-Sajadah. Salah seorang jamaah tiba-tiba menolak Azman supaya kehadapan untuk menjadi imam.
Azman terus mengimamkan solat Subuh itu. Selepas al-Fatihah di rakaat pertama dia membaca Surah as-Sajadah dan di rakaat kedua Surah al-Insaan.
Selesai solat subuh, jamaah surah ucap tahniah kepadanya.
“Bila engkau belajar Quran ini, sedap betul kau baca tadi, Alhamdulillah, kau boleh jadi imam ni” kata salah seorang jamaah.
Azman teringat ketika mula-mula berpindah di taman itu sepuluh tahun yang lalu, dia ditegur banyak kali dalam majlis tadarus al-Quran di bulan Ramadhan kerana banyak yang salah dari yang betul dalam bacaan al-Quran yang dibacanya. Sejak itu dia terus malu nak ikut serta majlis tadarus.
Mereka sampai di Kampung Kelang Lama, Kulim agak lewat kerana tersesat jalan. Mereka singgah di Sebuah Masjid berhampiran yang berhampiran. Jamaah Masjid baharu sahaja selesai solat Asar berjamaah. Ada sebahagian jamaah masih bersembang di kaki lima Masjid.
Ustaz Saiful memberi salam dan bertanya kepada salah seorang jamaah di Masjid tersebut.
“Assalammu’alaikum pakcik, boleh saya bertanya, Pakcik kenal tak dengan Ustaz Mohd Nur Ismail, kalau tak silap saya dia tinggal di sekitar kampung ini”
“Oo! Ustaz Mohd Nor tak tinggal disini lagi dia dah pindah ke Gurun” kata Pakcik tersebut dengan menampakkan gigi hadapannya yang tinggal sebatang.
“Terima kasih pakcik” kata Ustaz Saiful.
Ustaz Saiful menampakkan raut keletihan di wajahnya kerana tidak sampai hajat nak berjumpa kawan lama.
Mereka berdua mengambil wuduk kemudian lakukan solat Tahiyatul Masjid. Setelah itu mereka duduk di tangga hadapan masjid untuk berehat sebentar. Mereka tidak lakukan solat Asar sebab telah melakukan Jamak Taqdim.
Tiba-tiba mereka berdua di tegur oleh seorang pakcik yang dalam lingkumgan umur 70 tahun.
“Assalammu’alaikum” kata pakcik itu
“Wa’alaikummussalam” jawab mereka berdua.
“Anak berdua ni dari mana, dari Kuala Lumpur ke?”
“Ya Pakcik, kami dari Bangi, macam mana pakcik tahu?” kata Azman.
“Oo, Pakcik tengok kereta tu macam kereta orang Kuala Lumpur? Pakcik itu menerangkan.
“Anak berdua ni orang Ustaz Haron Din ke” tanya Pakcik itu meneruskan perbualan.
“Saya Saiful dan ini Azman, Azman ni memang orang Ustaz Haron Din, saya belum lagi” Ustaz Saiful menambah.
“Azman memang anak murid Ustaz Haron Din, macam mana pakcik tahu Darussyifa’ ” tambah Ustaz Saiful.
“Oo! Pakcik nampak di belakang kereta tu ada tulis Darussyifa” Pakcik itu menambah sambil menunjukkan ke arah kereta Azman.
Azman memang melekatkan stiker Darussyifa’ di keretanya sejak stiker itu dikeluarkan.
“Pakcik berhajat untuk menjemput anak berdua ke rumah Pakcik untuk minum petang. Boleh kita sambung berbual, kalau tak keberatan. Rumah Pakcik dekat situ sahaja” Kata pakcik itu dengan tersenyum sambil menunjukkan ke arah rumahnya.
Pakcik itu mengajak dengan bersungguh-sungguh akhirnya mereka tidak dapat menolaknya.
“Terima kasih, kerana sudi terima jemputan Pakcik” kata pakcik itu dengan gembira.
“Boleh saya tahu nama Pakcik” Azman bertanya.
“Oh! Terlupa pulak pakcik nak perkenalkan diri, nama pakcik, Haji Hussin, orang kampung panggil Pak Husin sahaja, pakcik ni siak di Masjid ini” Pak Hussin menerangkan.
Kami berjalan ke rumah Pak Husin bersama-sama. Kawasan sekitar sungguh tenang dan damai diikuti dengan angin sepoi-sepoi bahasa yang meniup pokok-pokok getah di sekeliling rumah Pak Husin.
Kelihatan daun-daun kering pokok getah yang berguguran melekat di sarang labah-labah berayun-ayun di tiup angin.
Tidak jauh di halaman rumah itu terdapat pokok ciku yang sedang lebat buahnya dan pokok-pokok bunga yang berwarna-warni menghiasi laman rumah tersebut.
Rumah Pak Husin ialah rumah Kampung yang masih unik dengan keaslian kampungnya. Bahagian hadapan sepenuhnya kayu dan didirikan diatas tiang-tiang kayu yang tinggi melepasi kepala. Bahagian belakang dan dapurnya adalah separuh batu dan separuh kayu.
Ustaz Saiful dan Azman di jemput naik kerumah. Pak Husin pergi kedapur dan menyuruh isterinya menyediakan minuman.
Pak Husin meneruskan perbualan “Pakcik sebenarnya dah lama sangat nak ke Bangi nak jumpa Ustaz Haron Din. Ada orang kata di Darussyifa’ macam-macam penyakit boleh sembuh”
“Di Darussyifa’ kami hanya berikhtiar sahaja dengan kaedah yang dibenarkan oleh Syarak. Hanya Allah SWT sahaja yang boleh menyembuhkan penyakit” Azman menambah.
“ Ada juga anak pakcik yang tinggal di Kuala Lumpur tu nak bawak ke Darussyifa’, tapi asyik tangguh sahaja, ada maca-macam hal pulak. Orang kata susah juga ya nak jumpa Ustaz Haron Din” sambung Pak Husin.
“Memang agak sukar nak berjumpa dengan Ustaz Haron Din. Dia hanya merawat pada pagi Selasa dari jam 7:30 pagi hingga 1:00 tengahari.” Azman menambah
“Kalau nak dapat rawatan terus dengan dia, kita perlu mendapatkan nombor giliran 1 hingga 200, sebab itu ada yang sanggup datang beratur di Darussyifa’ sebelum waktu subuh lagi untuk dapatkan nombor tersebut” Azman menjelaskan.
“Sebenarnya, boleh saya tahu penyakit apa yang pakcik hidapi? Azman bertanya.
“Oh! Sebenarnya bukan pakcik, anak pakcik yang sakit. Pakcik mempunyai tujuh orang anak. Yang sakit anak pakcik yang bungsu. Umurnya baru 25 tahun.” Pak Husin menjelaskan dengan agak sayu.
“Siapa namanya pakcik” Azman bertanya lagi
“Hafiz, sebelum sakit dulu dia belajar di Maktab Mahmud Alor Setar. Sejak akhir-akhir ini penyakit dia makin teruk. Selalu sangat mengigil dan meronta-ronta” Pak Husin menambah.
Mereka berbual panjang hingga jam hampir menunjukkan pukul 6 petang. Pak Husin menceritakan tentang anak-anak mereka yang berjaya. Anak lelaki sulungnya bekerja sebagai Doktor di Hospital HUKM menakala anak keduanya perempuan bekerja sebagai Guru di Alor Setar. Anak yang ketiga lelaki bekerja sebagai Pegawai KWSP di Sungai Petani. Anak-anak yang lain bekerja sendiri di Terengganu dan juga di Pulau Pinang. Semuanya dah berkahwin kecuali yang ke 6 dan yang bungsu.
“Anak perempuan pakcik yang nombor enam, Hafizahlah yang banyak membantu menguruskan Hafiz” kata Pak Husin
“Pakcik dah bercerita panjang, tetapi pakcik tak cerita lagi, apa penyakit Hafiz” Ustaz Saiful mencelah.
“Terlupa pulak pakcik nak bagi tahu, mula-mula dulu Sawan tapi orang kata Hafiz kena penyakit Gila Babi, dah enam tahun, pakcik dah berubat merata, tapi Allah belum izinkan untuk sembuh” Pak Husin menerangkan dengan sayu.
Seketika kemudian isteri Pak Husin datang duduk di sebelahnya. “Ustaz! kalau Ustaz boleh ubat, ubatlah anak makcik ini” kata isteri Pak Husin dengan nada mengharap.
“Boleh kami tengok Hafiz, pakcik” Azman bertanya.
“Boleh, mari pakcik bawa ke biliknya di bawah sana” Pak Husin dan isterinya bangun dan membawa kami ke bilik hafiz yang terletak di bahagian dapur rumahnya. Ketika itu kelihatan Hafiz sedang tidur.
Setelah Azman memerhatikan keadaan Hafiz dia pun berkata “Saya rasa ubat penyakit ini ada di depan rumah pakcik”
“Mengikut kata Guru saya, Allah menurunkan penyakit dan penawar secara berpasangan. Biasanya penawar kepada sesuatu penyakit itu sangat hampir dengan tempat terjadi sesuatu penyakit itu” Azman menambah.
Dengan agak terperanjat Pak Husin terus berkata “Ya ke? kalau begitu saya merayu kepada Ustaz tolonglah usahakan”
Azman terus menerangkan kepada Pak Husin iaitu untuk mengubati penyakit Gila Babi ini ialah dengan menggunakan daun kering yang gugur melekat di sarang labah-labah. Azman memberitahu Pak Husin, dia nampak banyak daun kering yang melekat di sarang labah-labah berhampiran dengan rumah Pak Husin.
Azman bersama dengan Ustaz Saiful dan Pak Husin pergi mengambil daun kering tersebut. Sebelum mengambil daun tersebut, Azman menerangkan cara-cara nak mengambil daun kering tersebut sebagaimana pesan Ustaz Haron Din kepadanya seperti berikut;

a. Sebelum mengambil daun tersebut memberi salam kepada nabi Ilyas dahulu
b .Kemudian membaca Surah al-Fatihah dan Selawat ke atas Nabi
c. Jangan tindih bayang iaitu ketika mengambil daun tersebut jangan bayang-bayang kita terkena daun tersebut.
d. Ambil daun kering yang terlekat pada sarang labah-labah tersebut dengan menggunakan mulut kemudian selepas ia terpisah dari sarang labah-labah pegang dengan tangan untuk disimpan
e. Ambil sekurang-kurangnya tujuh helai.


Setelah daun tersebut di ambil sebanyak tujuh helai, Azman meminta Pak Husin menyediakan sebaldi air biasa yang di ambil dari perigi. Kebetulan di kawasan tersebut air perigi adalah air mineral.
Kemudian Hafiz di bawa keluar dari biliknya dan dibaringkan di hadapan pintu iaitu kakinya menghadap pintu yang menghala keluar rumah.
Azman meneruskan membaca beberapa kombinasi ayat berikut iaitu;

1.Surah al-Fatihah
2.Selawat Tafrijiyah
3.Surah Al-Hasyr ayat 21 hingga 24
4.Doa Hindar Syaitan
5.Dan beberapa doa lagi


Setelah habis doa di baca, Azman tiup pada Daun Kering dan air dalam baldi tersebut. Azman ambil sehelai daun kering tersebut dan memamahnya dengan mulut bersama sedikit air yang telah didoa. Setelah itu dia menyembur kearah Hafiz dari kepala sampai ke kaki dengan mengisyarat membuang ke luar kearah pintu. Azman mengulanginya tujuh kali dengan tujuh daun yang berasingan.
Setelah itu Hafiz diberi minum dengan air tersebut dan sebahagian air itu di buat mandi. Azman berpesan kepada Pak Husin bahagikan air itu kepada tiga bahagian untuk dibuat mandi tiga kali petang. Mandi sebelum masuk waktu maghrib. Air tersebut adalah untuk membuat bilasan terakhir.
Pada petang itu ibunya memandikan Hafiz dibantu oleh kakaknya Hafizah, akhir sekali dia di bilas dengan air yang telah dibacakan doa itu.
Setelah semuanya selesai, waktu telah hampir masuk maghrib. Azman dan Ustaz Saiful meminta diri untuk beredar melakukan solat berjamaah Maghrib di Masjid. Selepas solat maghrib, Pak Husin mempelawa mereka berdua untuk makan malam.
Selepas makan malam di rumah Pak Hussin. Azman berpesan kepada Pak Husin supaya membuang pokok ciku yang di tanam di hadapan rumahnya. Ini adalah pesanan Ustaz Haron Din, kerana mengikut pengalaman beliau dipokok ciku makhluk halus suka singgah dan bermain. Gila Babi adalah sejenis penyakit gangguan spiritual yang ada kaitan dengan makhluk halus (syaitan).
Membuang pokok ciku itu adalah satu ikhtiar untuk mengatasi masalah gangguan makhluk halus tersebut.
Sebelum bertolak balik, Pak Husin memberikan sedikit wang untuk isi minyak dan tol, sebaliknya Azman menolak kata Azman “Kami dari Darussyifa’ merawat secara percuma Pakcik, Biarlah Allah SWT yang membalas amal perbuatan kami.” Pak Husin mendesak nak bagi juga, akhirnya tidak mahu kecilkan hati Pak Husin, dia ambil duit tersebut (dalam hatinya berkata aku akan sedekahkan di masjid duit ini).
Dalam perjalanan pulang balik Ustaz Saiful berkata kepada Azman “Apa yang enta buat tadi sungguh bagus, sekurang-kurangnya ada ikhtiar yang boleh kita buat bila orang mintak tolong”
“Ana rasa ana nak belajar ilmu perubatan Islam ini dari Ustaz Haron Din” tambah Ustaz Saiful.
“Alhamdulillah, akhirnya terbuka juga hati Ustaz” kata Azman tersenyum
Mereka sampai di Bangi hampir jam 2:00 pagi.
Sebelum masuk tidur Azman melakukan Solat Taubat dan Solat hajat dua rakaat memohon keampunan dari Allah dan berdoa agar Hafiz di berikan kesembuhan oleh Allah SWT.

Doa yang paling mustajab ialah mendoakan saudara muslim kita yang lain tanpa dia mengetahui kita mendoakan untuknya seperti hadith rasulullah;


Mahfum Hadith:
Daripada Abu Darda’ r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Doa seorang muslim kepada saudaranya yang muslim dengan tanpa diketahui olehnya adalah mustajab, (ketika berdo’a) akan ada didekatnya seorang malaikat muwakkal (pesuruh) setiap ia berdoa untuk saudaranya itu dengan sesuatu kebaikan (malaikat itu) akan berkata: Amin! Dan bagi engkau kebaikan yang sama (Hadith Riwayat oleh Muslim)


Bersambung………………….Adakah Hafiz sembuh seperti sediakala……ikutilah sambungannya akan datang….Pak Hussin cemas Hafiz hilang dari biliknya pada waktu subuh…. kisah 2, kisah 3, dan kisah 4.

Rujukan: Koleksi Cerpen Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa')


Wednesday, April 13, 2011

Pelaris

Salam semua,

Pelaris? Adat berniaga mahukan perniagaan yang laris. Tidak ada orang berniaga yang mahukan kerugian. Oleh itu ramai yang menggunakan pelaris perniagaan sebagai salah satu strategi untuk melariskan barang jualan, atau menarik ramai pelanggan.

Antara pelaris yang sedia maklum digunakan dalam perniagaan:
- pelaris perniagaan dengan menggunakan tangkal, menggunakan jampi, mentera serapah dan sebagainya
- pelaris perniagaan dengan menggantung ayat2 suci al-Quran
- pelaris perniagaan dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran dan zikir tertentu sebagai amalan seperti ayat 1000 Dinar, Qursi dsbg.
- pelaris perniagaan menggunakan pelaris fizikal seperti kedai yang cantik, pekerja yang cantik, konsep yang unik dan sebagainya.

Di sini saya ingin berkongsi beberapa perkara yang terjadi yang mungkin memberi sedikit maklumat berkenaan "pelaris".

Kisah 1 :
Seorang pernah menerangkan bahawa perlu menyimpan wang kertas yang bersiri nombor ganjil di semua angka dan menyimpannya ke dalam dompet. Ini juga dikatakan sebagai pelaris untuk rezeki.

Kisah 2 :
Seorang nenek yang menjual goreng pisang mengamalkan pelaris dengan cara mengikat duit kertas RM5 dengan seutas getah dan diletakkan ke dalam tabung duit perniagaannya.

Kisah 3 :
Ada juga yang mengamalkan solat hajat beramai-ramai pada premis yang baru dibuka dan menggunakan Air Zam-zam sebagai pelaris kedai mereka. Air tersebut di siram di sekeliling premis perniagaan dengan harapan supaya perniagaannya maju.

Kisah 4 :
Ada seorang lelaki telah mengambil pelaris bagi tujuan memajukan perniagaan. Dia menggunakan khidmat Tok Sami yang mana menggunakan abu mayat manusia sebagai pelaris perniagaannya.

Hasilnya perniagaan bertambah maju dari hari ke hari. Tapi, ada juga pantang larangnya. Menurut Tok Sami, beliau dilarang pergi ke tempat orang meninggal.

Pada suatu hari yang tak disangka, berlaku kemalangan di depan kedai beliau dan mangsa kemalangan cedera parah dan mati ditempat kejadian. Beliau tanpa menyedari telah berada di tempat kejadian untuk memberi pertolongan. Maka, selepas peristiwa kedai beliau kurang dikunjungi dan akhirnya beliau terpaksa menutup perniagaannya.

Kisah 5 :
Ada juga yang percaya bahawa batu "Mani Gajah" dan batu "Kecubung" yang dibuat cincin mempunyai khasiat yang boleh mencerahkan wajah  muka pemakai. Selain itu, "buluh perindu" juga bersifat ke arah pelaris kepada pemakai.Bila bercerita dengan seorang dukun yang berumur lebih setengah abad, kisah buluh perindu ini memang wujud. Dan di suatu bukit (Hanya diketahui oleh mereka yang mengamalkan suatu ilmu) memang ada pokok buluh perindu.

Nak bagitau bahawa hebatnya suara buluh perindu ini, ada satu cerita yang mana banyak binatang hutan yang melalui kawasan pokok buluh perindu akan menunggu dan mendengar suara buluh perindu sehingga binatang itu mati akibat tidak mahu makan kerana asyik mendengar suara buluh perindu.

Diceritakan juga buluh perindu digunakan oleh Tan Sri P.Ramlee yang mana suara beliau kekal lunak sehingga sekarang. Maknanya hebat sebenarnya khasiat buluh perindu ini.

Persoalannya, adakah penggunakan pelaris ni dibolehkan?
Menggunakan pelaris perniagaan adalah harus selagi ia tidak bertentangan dengan syarak. Pelaris seperti meminta bantuan jin,  tangkal, mentera dan sebagainya, yang nyata adalah syirik, sudah pasti bertentangan dengan kehendak Allah SWT. Pelaris cara itu tidak dibolehkan malah haram untuk diamalkan.

Pelaris cara kedua di atas yakni menggantung ayat-ayat suci al-Quran.. walaupun yang digantung itu adalah ayat kursi ke, ayat 1000 dinar ke, sejuta dinar ke, tak ada gunanya jika tuan yang berniaga tidak menghayati dan tidak mengamalkan ayat-ayat yang digantung. Perbuatan sebegini tak ubah seperti menggantung tangkal saja… Ia seolah2 meminta vitamin dari, tapi tak ditelan, sebaliknya cuma bawa vitamin itu ke mana-mana… adakah dapat manfaat?

Sebaiknya ialah mengamalkan ayat2 tersebut dengan membaca, memahami makna dan mengamalkan isinya dan berharap kepada bantuan Allah SWT semata-mata.

Pelaris yang terakhir adalah benda yang biasa digunakan… dan dibenarkan selagi tidak melanggar syarak. Contoh melanggar syarak ialah seperti menjual minuman keras (bagi peniaga Islam), menganjurkan hiburan terlampau, menggunakan gadis seksi dan sebagainya.

Namun, dalam senarai itu ada lagi satu amalan pelaris yang jarang disebut-sebut. Amalan inilah yang diamalkan oleh Rasulullah, para sahabat malah ahli perniagaan terkemuka di negara kita, Syed Mokhtar al-Bukhari. Amalan tersebut ialah bersedekah. Amalan ini bukan saja dilakukan oleh ahli perniagaan Islam, malah yang bukan Islam juga banyak menderma kerana mereka mempercayai konsep “the more you give the more you get“.

Amalan Doa Pelaris
Amalan 1
Sediakan air dan garam (atau juga barangan jualan jika dapat). Kemudian baca Wirid Kunci

“Ya Allah Ya Tuhanku, isikan daya kerezekian, pelarisan dan pengasihan pada …(barangan jualan)…ini agar sesiapa sahaja yang melihatnya merasa sangat tertarik dan ingin membelinya dengan izinMu”.

Seterusnya baca 3X;

كُنْ فَيَكُوْن


Teruskan lagi dengan membaca surah Ar Ra’du ayat 31 sebanyak 33x.

Zikir 129 X

يَا لَطِيْفُ


Baca lagi 9X;

اۭللّٰهُ لَطِيْفُۢ بِعِـبَادِهِ ۧۧ يَرْزُقُ مَنْ يَش۟ـــاءُ وَهُوَ الْقَيُّ الْعَزِيْزُ


Diakhiri dengan membaca Kalimah Syahadah 7X. Tiupkan pada bahan-bahan yang telah disediakan dan gunakanlah bahan-bahan tersebut untuk ditabur dan direnjis/disembur di premis atau tapak perniagaan.

Amalan 2





1. Di amalkan selalu diwaktu sebelum matahari terbit: Di baca sambil di gerakkan barang-barang perniagaan.
2. Dibaca samada 3 kali, 113 kali, atau 313 kali.

Cara mudah nak tahu kedai itu ada pelaris tidak halal
Pada kali pertama kita ke kedai tersebut, baca Qursi 3x luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, "pelaris" tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Selain itu, cara lain perhatikan apa wafaq di kedai makan. Biasanya orang Islam akan letak Surah Yasin, ayatul Qursi dan ayat 1000 Dinar (Surah at-Talaq 2-3) di belakang cashier. Tetapi ada yang guna wafaq ada simbol2 square, number2, bintang2, macam maruku pun ada....

Untuk kedai yang mana pengurusan-nya condong ke arah kesesatan, mereka akan letak wafaq di mana ayat2 Quran-nya akan dibentuk seperti makhluk (contohnya manusia, harimau, singa, burung etc). Pengurusan yang begitu cetek tauhid-nya akan tidak segan silu letak macam2 benda tidak baik dalam makanan sebagai pelaris. Ini kerana orang yang cetek tauhid-nya (kurang percaya pada Hari Akhirat, Syurga, Neraka) akan sanggup lakukan apa sahaja dalam perkara yang melibatkan duit wang ringgit.

Dan pengurusan sebegitu pun tidak akan segan silu guna bomoh Islam dan tak-Islam untuk kenakan penyakit ganjil (contohnya busung etc) pada orang2 yang cuba bocorkan rahsia "pelaris" mereka.. Jadi berhati-hatilah sebab mulut santan binasa.

Sila rujuk "Amalan Doa mudah dapat rezeki Sheikh Ad-Dumairi"



Wednesday, February 23, 2011

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN - semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon dalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami. Sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.



Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku). Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah.


Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku). Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja.

.......wallahua'lam.......

Wednesday, October 27, 2010

Hikmah sepotong ayat al-Furqan


Surah al-Furqan ayat 74 

Sangat elok dijadikan doa mendapat suami/isteri soleh/solehah dan untuk kebahagiaan rumah tangga dan mendapat anak2 yg soleh/solehah...kita amalkan bersama ye....


Friday, August 20, 2010

Dahsyatnya Doa Seorang Ibu

Assalamualaikum Semua, sekadar berkongsi email dari seorang sahabat..

Diceritakan oleh seseorang....
Ceramah "Dasyatnya Doa Seorang Ibu" oleh Ustaz Abdullah Mahmud. Dia ustaz untuk angkatan tentera malaysia last time.

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik, Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah

*** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak

Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya

Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka
1. Melihat kaabah sehingga menitis air mata
2. Membaca quran sehingga menitis air mata
3. Memandang wajah ibu yg sedang tidur/sedar hingga berlinang air mata

3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
1. Anak
2. Ibu
3. Suami

Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah je

Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira tak menangis teruk laa..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu

Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu

Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut

Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai

*** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik

Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal”

“Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”

*** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita

Tapi geng kalau sedekah RM1 takkan nak tuntutkan Je

Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah

Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnail laihirojjiun, ,, then cakap dengan Allah

“Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini”

“Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”

Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.

*** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita telah tiada!

*** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup

Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia engok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.

Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam next time

Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan

Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!

*** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan! ! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.

Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah

*** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita

Selalu Bergaduh Dengan Ibu

Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka. Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar. Saka dipindahkan melalui Kasih sayang/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan.

Symptom dah terkena saka:-
1. Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena
2. Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar
3. Susah nak dapat anak, senang gugur
4. Ada rasa kelibat orang lalu
5. Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam

Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan. Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.

3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia. Kalau dapat ni pi laa perawatan cara islam jugak.

Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan

Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari

Anak Lari Dari Rumah
Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari

Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya

Anak Degil
*** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK Ni seram sket masa nak buat hehehe..mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia.
*** Wajib baca

Wednesday, July 28, 2010

Hikmah Ayat Seribu Dinar


Bermaksud :
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

****************

Ini ayat seribu dinar namanya, ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.

Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.
Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.

Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.



p/s: kalu rajin, baca komen2 di blog asal, terdapat pengalaman dari pembaca..


Sunday, July 4, 2010

Surah al-Ikhlas -jgn terlepas mengamalkannya-

*KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS*

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim.. bismillahirrahmanni rrahim"

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.

**

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w :

"Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa si fulan iti telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka". Inilah yang dinamakan membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.

**

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.
(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab.

Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu.

Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

**

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

**

Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, and an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.


Sunday, June 13, 2010

Corat-coret hari ini..

Asslamualaikum smua sahabat2 ana..


Herm, mlm kelmarin pegi Hospital Kajang melawat anak sepupu belah hubby with adik ipar, Ilyana. Kesian baby sakit jantung berlubang. Hujung bulan checkup kat IJN. Harap2 adik cepat sembuh ya. Amin.. 
Teringat masa saya mengandung anak no 2, Alif, Along (sepupu hubby) ada ckp teringin sgt nak anak no 2 plak. Masa tu anak sulungnya berumur 2 tahun. Bila niatnya terkabul, begini pula dugaannya. Allah Maha Mengetahui. Semoga Along dpt mengharungi dugaan ini dan dpt mendekatkan diri kepada Allah dgn sentiasa mendoakan yg terbaik untuk anak2nya.Amin..


Smlm plak g kolej adik ipar, Izzati. Saje dtg melawat n hulur2 cikedis n biskut2. Baru masuk blajar. Hehe.. what a happy news for tomorrow my family will come to my HOUSE. Diorg ajak g melawat adik kat Klang yg dah lama x blik kg. Asik keje jer.. huhu (workaholic le tur kononnya). Whatever yg best family nak datang.. yohoooo...


*/ps: kemas2 umah bnyk habuk. kang kene leter ngan mak sendiri!! lum mak mertua lg.. ahaks :p