WELCOME NOTES


Monday, March 21, 2011

Balik kg Perak..

 Inilah umah opah yg dah usang
 tp bnyk kenangan sejak saya kecil lg..

 Pergi menziarah sedara mara berdekatan, dpt tengok anak kembar sepasang nurul

 My hubby makan x ingat dah yg len, hihi sedap kan durian perak, susah nak cari..hihii

 Abah borak2 mesra ngan sedara mara dan jiran tetangga yg setia di kg Gajah

Teringat main buaian kat umah arwah opah masa kecik2 dulu, mcm nilah :)
Dlm pic:sepupu kecik main buaian bwh umah tokuda (adik arwah atuk)





Wednesday, March 16, 2011

Bacalah al-quran...

Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.

Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’ Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’

Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. ‘ Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’ dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.

Pada katika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya,’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’

Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.

‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.’

Oleh itu, marilah kita sama-sama cuba sedaya upaya memperbanyakkan bacaan Al-Quran. Jika perlu untuk belajar, marilah kita Belajar Tajwid Al-Quran untuk menyempurnakan lagi bacaan kita dan baca la juga tafsir/terjemahan Al-Quran agar kita paham apa yang kita baca.



Tsunami di Jepun bukti Kiamat Semakin hampir..

Bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianya merupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah:

1. Zina bermaharajalela
2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.
3. Bermaharajalela alat muzik.
4. Menghias masjid dan membanggakannya.
5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.
8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
12. Orang akan melakukan homoseksual.
13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.
14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
16. Banyaknya berlaku gempa bumi.

Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, diantara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.
Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter.

Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir.

Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.

Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat.

Di petik dari : By: Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC)


ikhsan dr LayarMinda

Wednesday, March 2, 2011

Holiday Trip to Port Dickson

Salam smua,
Lama x g bercuti ke pantai. Kali ni saya ajak cik abe ke PD. Last g PD masa amik diploma dulu. Itupun kawan2 yg ajak g bercuti. Herm, this time satu family gi n ada adik ipar skali, Izzati. What a beautiful place.. Laut terbentang luas nan indah. Dapat menyaksikan sunset memang suatu keindahan yg x dpt dilupakan. Masa belajar kat BMI dulu slalu gak tgk sbb hostel atas skali.. hehe. Kadang2 slalu gak tgk sunset kat tasik2. But this time sunset kat pantai memang indah skali tgk dari balkoni. Huh bila nak dtg lg.. hihi. Well.. jom tgk pics telatah kami anak beranak disana sebagai kenangan indah kami.. :)



holiday PD
holiday PD
holiday PD
holiday PD
holiday PD
holiday PD
holiday PD
holiday PD
holiday PD
holiday PD
holiday PD


holiday PD
holiday PD
holiday PD
holiday PD


p/s: kongsi skit2 dah lah yer.. bnyk2 over plak.. huhuhuhuuu

Cute photos of my kids