WELCOME NOTES


Tuesday, November 6, 2012

Lawak Hari Ini

السلام عليكم


Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje...
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa....yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama.....

kredit: FB Cerita Lawak Kisah Jenaka dan Kisah Lucu
sign, my signature

Monday, November 5, 2012

‎Alkisah dari Ustz Tuan Ibrahim Tuan Man

السلام عليكم
Alkisah Seekor Tikus dan sahabat-sahabatnya...

Sang Tikus melihat daripada satu lubang tepi rumah untuk lihat petani dan isterinya sedang membuka satu bungkusan…
“Apa makanan dalam kotak ini?” bayang tikus tersebut yang kelaparan.
Sang Tikus terkejut melihat apa yang dikeluarkan petani dan isterinya berupa perangkap tikus!
Sang Tikus yang ketakutan balik ke kandang memberitahu kawan-kawannya, “Ada satu perangkap tikus dalam rumah Pak Ali! Ada satu perangkap tikus!”
Ayam yang sedang tidur, bangun dan menggaru dan menaikkan kepalanya lalu berkata, “Sang Tikus, ana tahu ini ialah masalah besar untuk enta, tapi ini tak ada kena mengena dengan ana… Ana tak kisah pun, jangan kacau tidur ana.”
Kecewa, Sang Tikus pun mencari Sang Kambing yang juga rakan karibnya untuk memberitahu berita perangkap tikus.
“Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali! Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali,” kata Sang Tikus.
Sang Kambing melihat Sang Tikus dengan mata tak bermaya lalu berkata, “Maafkan ana Sang Tikus. Ana tak boleh berbuat apa-apa selain berdoa. Ana akan pastikan enta dalam doa ana.”
Kecewa lagi, Sang Tikus pergi berjumpa dengan Sang Kerbau dan berkata, “Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali! Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali” dengan harapan Sang Kerbau akan mengambil peduli masalah yang dihadapinya.
Sang Kerbau berkata,”WOW, Sang Tikus. Ana simpati pada enta, tapi perangkap itu, kulit saya pun tak terasa kalau terpijak.”
Sang Tikus pun balik ke rumahnya, kecewa dan sedih untuk menghadapi perangkap tikus itu bersendirian tanpa rakan-rakan di kandangnya.
Malam tersebut juga, Sang Tikus terdengar bunyi “PAPP!” seolah-olah perangkap tikus itu telah mendapat mangsanya yang pertama.
Sang Tikus pergi menjenguk di lubang yang sama. Ketika tiba di sana, Sang Tikus terlihat kaki isteri Pak Ali berdarah dan Pak Ali sedang merawatnya. Kelihatan di perangkap tikus itu ialah bangkai seekor ular berbisa yang ekornya terkena perangkap tikus.
Isteri Pak Ali rupanya bergegas ke dapur untuk melihat hasil tangkapan perangkap tikus dan sebaik saja tiba ular berbisa itu yang mengarang terus menyengat isteri Pak Ali.
Pak Ali bergegas membawa isterinya ke hospital, dan beberapa hari kemudian isterinya diarahkan pulang.
Isteri Pak Ali masih tidak sembuh, dan terkena demam panjang. Ada orang kampung memberitahu sup ayam bagus untuk merawat demam – maka Pak Ali telah menyembelih Sang Ayam untuk membuat sup untuk isterinya.
Tapi kerana isteri Pak Ali masih tidak sembuh, ramai sanak-saudara yang datang menjenguk ulang-alik menjaga isteri Pak Ali – Pak Ali menyembelih Sang Kambing untuk memberi makan kepada mereka sebagai tanda penghargaan.
Akhirnya, isteri Pak Ali sembuh. Pak Ali kegembiraan dan mengadakan kenduri kesyukuran dan menyembelih Sang Kerbau untuk menjamu seluruh kampung.
Sang Tikus melihat semua ini terjadi dengan penuh kesedihan.
Beringatlah lain kali, apabila terdengar seseorang sahabat mempunyai masalah, jangan memandang remeh kerana masalah itu tiada kaitan dengan kita… Bumi ini bulat dan semuanya berkait dalam satu roda - semua yang Allah inginkan kita bertemu ada tujuannya termasuklah sahabat yang mempunyai masalah ini.
Bila sahabat datang dengan masalah, bantulah dia setakat mampu – jangan tidak mengendahkannya, mesti ada sebab Allah mengutuskan anda bertemu dengan sahabat tersebut pada waktu terdesak. Sekurang-kurangnya pun berilah kata-kata semangat.

Demi Allah, berilah bantuan – usah anggap bantuan adalah untuk sahabat, anggaplah bantuan itu sebagai menunaikan amanah yang diberikan Allah untuk mendapat pahala ke akhirat.
sign, my signature

Sunday, November 4, 2012

Duta Village Beach Resort, Sg Kerang, Kuantan

Bercuti ke Resort Duta Village for dua hari satu malam. Sesaje untuk release tension. Abah pergi Melaka atas urusan x rasminya hehe.. Razman pulak pergi memancing in group. En Hubby plak, offshore. So, Booking 3 bilik. Ajit sefamily, me n my kids with nora n mak dan rahmat with Aizah. Day 1, of course terjun laut stgh jam, then baru mandi kolam pulak. Malam, cari kedai makan seafood area berhampiran. Mmg sedap, alhamdulillah. Balik layan drama jup Then tidur. Sofea n alif kacau ayah uda dia entah sampai kul baper diorang tidur. Pagi2 pulak lepas breakfast terus sambung mandi kolam. Ajit n Amat sempat main pingpong. Nak dekat kul 12thari siap2 for checkout. Kami terus balik rumah disebabkan rainy day. A very big THANKS to our cutest supporter, Cik Nora. Tima kasih, lain kali belanja lagi... Hahahahaaaaa ;)

P/s: seronoknya dapat rasa kedinginan angin sepoi2 bahasa d tepi laut yang nyaman. Ada beberapa tinggalan istana pasir yg cantik hasil kerjatangan kanak2 yg ada aktiviti disini pg smlm. ;) haha lama alif menatap satu-satu kreativiti budak2 tu.

Monday, October 22, 2012

Bakal Haji Abdullah dan Hjh Munah

السلام عليكم


Malam tadi kami jemput mekT dekat area Hulu Kelang, berhampiran Sg Gabai. Ada perkhemahan motivasi katanya. Selepas menjemputnya, kami terus ke rumah abang ngah, Subang. Masa kami sampai abang ngah n kakngah x sampai lagi dr KLIA jemput umi n aboh dr Trengganu. Alkisahnya, smlm Ahad baru dapat jawapan umi n aboh dapat jemputan menunaikan Haji di Mekah. Alhamdulillah.. Rezeki..

So, dalam tempoh menunggu tu, anak2 sibuk bermain2. Dari rumah, tpt makan kat mekT sampailah kat Subang boleh sambung main. Budak2... x rasa ngantok langsung. Dah lah kat rumah lepas mkn2 kat majlis harijadi jiran, main dlm rumah. Herm, mmg x kenal erti penat. Jumpa jarang2 kowt. Lepas stgh jam menunggu barulah mereka sampai dgn beg masing2. Wah semangat tgk beg2 mcm ni..hihii. Bila lah "Panggilan Haji" utk kita plak ya..

Duk borak2 alkisah cerita tup2 dpt haji, perkemas lah mana2 yg patut. Agak2 kul 2am kami bertolak balik umah kami. Pagi subuh tu Basri n mekNa pun tiba juga hubbynya, Aspan. Dlm pukul 9 kami bertolak ke KLIA. Jumpa ramai2 disana. MokCik Banting sefamily pun ada. Ramai juga jemaah bakal haji dan hajah disana. Kalau x salah ini batch kedua last panggilan haji. :)



وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلاَّ الْجَنَّةُ
 “Dan haji mabrur tidak ada balasan yang layak baginya selain syurga.” 
(HR. Bukhari no. 1773 dan Muslim no. 1349). 

Di antara bukti dari haji mabrur adalah gemar berbuat baik terhadap sesama insan. Dari Jabir, ia berkata bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya tentang haji yang mabrur. Jawapan beliau, 
إطعام الطعام و طيب الكلام 
 “Suka bersedekah dengan cara memberi makan dan memiliki tutur kata yang baik”

p/s: didoakan semoga Umi n Aboh dapat menjalani amal ibadah Haji dengan sempurna dan semoga memperoleh Haji Mabrur. Amin

rujukan bahan bacaan: Haj

sign, my signature

Sunday, October 21, 2012

Sambut Besday Cucu Makcik Mah

السلام عليكم 

 Besday adik asyraf yang ke-3, cucu jiran sebelah.

 Sofea dan alif berbaju merah dan biru sambil berposing hehe..

 Anak sedara, Umar dan Ali juga dijemput alang2 datang kerumah.

 Inilah besday boy nyer..

 Dah kenyang, sambung main..

 
sign, my signature