WELCOME NOTES


Sunday, July 7, 2013

Kisah Buat Para Suami

السلام عليكم

Kisah buat sang suami..

Pak Ngah Adan : "Apasal monyok ni Muin?"

Muin : "Tah le Adan, bini aku tu, maleh beno masak gulai tempoyak feberet aku"

Pak Ngah Adan : "Ate, apasal kau tak masak sendiri je?"

Muin : "Mane le aku tau masak Adan oi, aku ni kan suami, bior la bini aku masak, aku makan je"

Pak Ngah Adan : "Patutnye kau la yang masak"

Muin : "Ish.... kan masak tu tugas isteri?"

Pak Ngah Adan : "Bila masa pulak masak ni jadi tugas isteri?"

Muin : "Laaa, kan dari dahulu kala lagi"

Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya, kita ni dok amal budaya sampai tak ikut ajaran agama"

Muin : "Ajaran agama? lain ke yang Islam ajar?"

Pak Ngah Adan : "Memang la lain, tu pasal kita kena belajar"

Muin : "Sebenarnya ikut Islam macam mana?"

Pak Ngah Adan : "Kalau ikut Mazhab Syafie dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, kewajipan isteri satu
je, layan suami, yang lain semua kewajipan suami"

Muin : "Hoh, layan suami je?"

Pak Ngah Adan : "Haah, kewajipan yang kena isteri buat layan suami je"
"Yang lain-lain, dalam urusan rumahtangga semua urusan suami. Macam sediakan rumah, kemas rumah, basuh pakaian, basuh pinggan mangkuk, jaga anak, sampai susukan anak pun kewajipan suami"

Muin : "Susukan anak pun suami kena buat? biar betul"

Pak Ngah Adan : "Kalau isteri tak mau susukan anak, suami tak boleh paksa, dia kena cari ibu susuan atau cari la susu kambing ke, lembu ke."
"Tapi Islam ni indah, Allah tak wajibkan, tapi Allah anugerahkan kasih sayang kepada ibu untuk dia susukan anak tu."

Muin : "Oooooo, apa lagi kewajipan suami?"

Pak Ngah Adan : "Suami wajib bagi makan kepada isteri. Minimum 1 mud atau satu cupak Baghdad lebih kurang tadahan 2 tapak tangan makanan ruji kepada isteri setiap hari. lauk pauk tu tak wajib dah. Wajib sediakan tempat tinggal. Wajib berikan sepasang pakaian setahun"

"Kalau isteri malas nak suap makanan, maka wajib suami suapkan makanan tu ke mulut isterinya"

"Tapi kalau suami nak bagi lebih tak jadi masalah. Takkan nak bagi makan nasi tak berlauk pulak kan?"

"Suami tak wajib bagi duit kat isteri dia, tapi boleh ganti duit kalau isteri tu rela dan nak uruskan sendiri, macam gantikan makanan dengan duit, isteri makan sendiri la. Duit isteri adalah hak isteri sepenuhnya, dia boleh buat apa sahaja dengan duit tu tanpa minta izin suami. Tapi baiknya bagi tau la kalau benda tu besar macam nak beli kereta tu"

Muin : "Kalau isteri tak tuntut hak dia?"

Pak Ngah Adan : "Itu kebaikan dalam berkasih sayang dan berumah tangga. Kalau isteri rasa cukup sekadar apa yang suami bagi tanpa tuntut apa-apa, itu baik. Sama macam suami bagi lebih dari kewajipan dia, itu baik"

"Kalau isteri redha melakukan kewajipan suami, itu sangat baik. Macam isteri redha memasak, mengemas rumah, basuh pakaian, jaga anak, susukan anak. Itu akan meringankan suaminya dan akan mendatangkan keredhaan suami dan Allah kepada si isteri. Tapi kalau isteri tak mau buat, suami tak boleh paksa. Malahan berdosa suami memaksa isteri melakukan yang asalnya adalah kewajipan suami itu sendiri"

"Tapi tolak ansur dalam rumahtangga itulah yang sebenarnya pengikat cukup kuat dalam rumahtangga, yang mendatangkan keharmonian dan rahmat Allah"

Muin : "Ooooo, baru aku tau"

Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya orang kita ni, belajar tak berapa mau, akibatnya hak dan tanggungjawab sendiri pun tak tau. Suami sibuk nak tambah bini, sebab tak tau betapa beratnya kewajipan suami. Kalau semua benda bini nak buat, memang best la kawin ramai. Isteri pulak dalam tak sedar ditindas secara rela. Bila badan letih mulut pun mula la membebel. Kadangkala pi marah suami pulak. Tak pasal-pasal hilang pahala dan dapat dosa"

"Ingat Muin, ramai perempuan masuk neraka disebabkan mulut mereka. Sebahagiannya sebab berleter sebab letih. Letih pulak sebab buat kewajipan suami yang dia rasa itu kewajipan isteri. Naya betul....."







sign, my signature

Thursday, May 23, 2013

Trip 1(Food Theme), LCKI

السلام عليكم

Hari ni anak2 ada trip ke Domino Pizza n Chocolate Museum @ Kota Damansara. Jom layan pics...













 depan LCKI: Bas baru sampai dlm kul 2pm.

 depan LCKI: Anak2 masih dalam bas beratur nak turun

 Alif: excited cerita keseronokan trip especially naik bas, huhu

Sofea: x sabar nak makan choc gift n pizza hut dalam kete, x sempat sampai rumah lagi..


sign, my signature

Friday, May 17, 2013

Teachers Day, LCKI

السلام عليكم

Teacher's Day yg sepatutnya my kids x dpt hadir.. gara2 masing2 demam. So hari ni anak2 beli hadiah n beri kpd guru kelas masing2. enjoy pics..






sign, my signature

Wednesday, February 13, 2013

Alkisah: renungan rumahtangga

Mak saya suka memasak tapi mak bukan seorang suri rumah, mak seorang engineer. Ada satu malam, mak balik sangat kepenatan tapi masih perlu memasak untuk saya dan abah. Mak hanya mampu masak ayam kunyit, sayur kailan ikan masin dan nasi. 3 hidangan itu diletakkan di meja makan di mana ayah duduk goyang kaki menunggu makan. Ayah meminta diri untuk solat Maghrib dulu sebelum makan. Ketika itu saya mencuba hidangan mak. Alamak, ayam kuncit terlalu masin, kailan separuh masak dan nasi hanyit. Namun saya diam. Selepas Isyak, ayah menjamu makanan masakan mak. Sambil makan, ayah bertanya bagaimana sekolah hari ini. Saya tidak berapa ingat apa jawapan saya. Ketika makan, mak mohon maaf pada ayah atas masakannya. Tapi ayah menjawab, "Sangat sedap sayang. Abang suka semua hidangan ini." Malam itu, sebelum tidur, saya pergi bersalam dengan ayah yang masih di ruang tamu dan bertanya betul ke ayah suka masakan mak tadi yang saya sendiri terasa susah nak telan. "Anakku, mak dah penat sepanjang hari kerja. Mak dah penat. Hidangan kurang enak tak melukakan Mie dan ayah tapi kata-kata kasar akan menghiris perasaan," kata ayah. Mendengar kata-kata ayah, saya tersentak. Lalu saya masuk bilik untuk bersalam dengan mak dan bertanya… "Mak rasa ayah tadi kata suka masakan mak hari ini, mak percaya ke?" "Anakku. Itu tak penting. Yang penting ayah jaga hati mak dan selepas makan, ayah tolong mak cuci pinggang. Ayah kamu itu orang besar, tapi benda-benda kecil sebegini yang buat mak sentiasa rasa bahagia kerana terasa ayah betul-betul sayang kat mak," jawab mak. Itulah perkara yang berlaku ketika kecil dan saya mengingati sehingga hari ini. Kini saya sudah berkahwin, anak sudah tiga – dan melihat kembali kenangan manis ayah dan emak, saya semakin memahami fikiran mereka pada masa itu. Mak dan ayah dan tindak-tanduk mereka menunjukkan mereka menerima segala kelemahan antara satu-sama lain dan meraikan perbezaan tersebut supaya hubungan erat dan kukuh sentiasa berkekalan. Mereka meraikan segalanya antara mereka, dan berusaha bersama untuk memastikan pasangan mereka sentiasa gembira dan bahagia. Hidup ini terlalu singkat untuk sebarang kekesalan. Sayangi mereka yang melayan kita dengan baik dan kasihanlah pada mereka yang tidak.

*so sweet* :)

Sent from my iPad

Thursday, January 3, 2013

1st day @ Little Caliphs Khalifah Ilmu, Sri Gombak

Wah wah kemain seronok Ari ni nak pergi sekolah. Bangun pagi tanpa ada tangisan hehe... Semangat...

Tapi bila cikgu asingkan kakak dengan adik kat sekolah, muka adik dah start moyok. Kakak seronok dah start aktiviti menampal lukisan buah epal. Adik Xder kawan seangkatan untuk bermain.. Kami ibu apa boleh tengok dr luar jer. Alif siap pesan ngan ayah, suh duduk kerusi kat luar n jangan pi mana2. 5 minit skali dia g kat pintu cek ayah ada ke tak hehe.. Cian alif yg x bese lagi nih. Dalam 15 minit tgk alif leka, kami pulang dulu. Harap2 adik boleh lah bersaing dgn kawan2 barunya.. Pukul 12 tgh hari nanti baru ambil diorang balik.

Saya yg sedar x sedar tgh morning sickness nih, kental kan jugaklah nak tgk anak2 di hari pertama persekolahan ini.. Semoga anak2 dapat biasakan diri dihari orientasi ini dan juga esok. ;)