WELCOME NOTES


Wednesday, January 18, 2012

Dataran Merdeka

Assalamualaikum wbt,


Bersantai didataran. Persinggahan ketenangan dan permainan anak2. Balik dr jumpa kwn hubby d cheras atas urusan kerja. Bermain dgn anak2 mmg menyeronokkan, lbih2 lg dpt brlari d kawasan yg luas.

P/s: 5 minit bermain dah lelah, haha

Monday, January 16, 2012

Bird Park KL

السلام عليكم






Ini kisah hari Ahad yg lepas. Lupa nak update dlm blog. Alkisahnya hari tu pergi rumah salah seorang sahabat en hubby area PJ. Nak hantar keropok lekor yg dipesan. Alang2 mkn tgh hari kat situ. Thanks kpd en Azman n isteri yg menyediakan lunch yg mmg sedap hehee.. Petangnya jln2 pusing2 berenti kat Tasik Perdana. Masa pergi Aquaria ari tur dpt diskaun tiket masuk bird park. Apalagi, guna lah tiket tu drpd membazir hehee.. Anak2 free.. (anak kecik2 ni mudah jer dpt free masuk kih3). Round2 dlm tmn tur tgk gelagat burung jinak. Explore smua tpt. Masuk awal boleh r jelajah smua tpt sblm tmn tu tutup. Jauh perjalanan, agak besar jugak taman tur. Tp x rasa letih sgt sbb ada jer pemandangan menarik utk dilihat spt burung merak yg mengembangkan ekornya, burung2 yg dtg mkn kat tgn kita, air terjun yg cantik, kolam ikan bunyi2an burung berkicau dsbg. Pelbagai jenis burung ada. Ada yg dilepaskan dan ada juga yg dlm cage sbb kategori merbahaya mcm burung helang. Lepas kluar dr tmn, anak2 cari ais krim. And of coz my fav fridge magnet bird park x dilepaskan.. hihiiii






sign, my signature

Saturday, January 14, 2012

Kebenaran Islam pikat Maryam Jameelah

السلام عليكم


“ISLAM menjawab dan menjelaskan segala-galanya. Dalam Islam saya temui kebenaran, kebaikan dan kecantikan yang bukan sahaja membawa dan memandu seseorang itu tentang kehidupan di dunia malah kehidupan selepas kematian.

“Malah jika ada yang bertanyakan bagaimana saya mengetahuinya? Saya hanya mampu menjawab, pengalaman peribadi cukup menyakinkan saya.

Pegangan teguh saya kepada akidah Islam datang secara tenang tetapi penuh keyakinan.

“Pengislaman saya adalah begitu formaliti, langsung tidak melibatkan perubahan radikal dalaman.” Begitulah jawapan Maryam Jameelah atau sebelum ini Margaret (Peggy) Marcus, seorang Yahudi Amerika yang memeluk Islam pada 1961 tentang impak agama Islam terhadap kehidupannya.

Menurut Maryam lagi, minatnya terhadap Islam bermula seawal usianya 10 tahun sewaktu mengikuti reformasi Yahudi Sunday School.

Pada waktu itu, beliau tertarik dengan sejarah hubungan di antara bangsa Yahudi dengan bangsa Arab. Menerusi buku teks Yahudi, dia difahamkan bahawa Nabi Ibrahim ialah ayahanda kepada semua bangsa Arab dan juga bangsa Yahudi.

Beliau terbaca beberapa abad kemudian semasa Zaman Pertengahan Eropah,

penindasan Kristian menyebabkan orang Yahudi teruk terseksa dan kehadiran mereka diterima umat Islam di Sepanyol.
Kebaikan hati yang ditunjukkan ini bakal merangsang budaya Ibrani (Hebrew) terus cemerlang tanpa langsung mengesyaki sifat semulajadi Zionis.

“Saya terlalu naif dan percaya bahawa bangsa Yahudi akan kembali ke Palestin untuk memperteguhkan hubungan persaudaraan dengan saudara sesama Arab.

“Tarikan kuat dengan pembelajaran sejarah bangsa Yahudi membuatkan saya tidak gembira di Sunday School,” katanya.

“Kakak saya sangat benci ke Sunday School sehingga setiap pagi ibu terpaksa bangunkannya dari katil dan dia tidak akan berganjak selepas dibebel dengan kata-kata pedas dan air mata. Akhirnya ibu, terima hakikat penolakan kakak.

Sementara itu, pada sambutan perayaan keagamaan Yahudi, kami (kakak dan saya) bukannya ke Synagogue atau melaksanakan puasa pada Tum Kipper tetapi kami dibawa keluar dari sekolah untuk pergi berkelah dan berpesta di restoran terbaik.

Apabila kami berjaya membuktikan kepada ibu bapa betapa teruknya keadaan kami di Sunday School, mereka menyertai pula sebuah organisasi agnostik dan kemanusiaan yang dikenali Ethical Cultural Movement,” cerita Maryam yang menghadiri kelas baru itu sehingga tamat pengajian iaitu pada usia 15 tahun.

Katanya lagi, apabila semakin dewasa dan matang, beliau tidak boleh menerima dan memperoleh kepuasan menerusi fahaman ateis.

Lalu Maryam mula mencari pembaharuan kepada identiti diri. Dalam tempoh itu, beliau pernah menyertai kumpulan bahai di New York yang dikenali The caravan of East and West diketuai lelaki Parsi bernama Mirza Ahmed Sohrab.

Beliau tertarik dengan Bahai kerana ia berasaskan Islam dan ceramahnya tentang Tuhan Yang Satu. Pun begitu, apabila beliau mengetahui kegagalannya untuk mengaplikasikan idea tersebut, Maryam meninggalkannya setelah setahun penyertaan.

Pada usia 18 tahun, Maryam menyertai pergerakan pemuda Zionis yang dikenali sebagai Mizrachi Hatzair tetapi apabila mengetahui kebenaran di sebalik Zionis, sekali lagi dia dikecewakan.

Semasa usianya mencecah 20 tahun, Maryam belajar di Universiti New York dan salah satu subjek elektif yang diambilnya ialah Judaism in Islam.

Malangnya profesor yang juga Ketua Jabatan Pengajian Hebrew, Rabbi Abraham Issac Katsh memesongkan para pelajarnya dengan mengatakan Islam berasal daripada agama Yahudi.

Tambah memburukkan, profesornya menyalahgunakan al-Quran demi membuktikan kepada pelajarnya bahawa agama Yahudi adalah agama teragung. Apabila semua tembelang yang dibawa oleh agama Yahudi terbongkar, Maryam tidak sanggup lagi mengakui dan menerima agama Yahudi.

Semenjak itu, beliau mula membuat perbandingan agama Yahudi dengan agama Islam.

Dalam kajiannya terhadap Old Testament dan kitab Taurat serta perbandingan dengan al-Quran dan hadis. Apa yang Maryam temui, agama Yahudi telah rosak sedikit dan akhirnya beliau mengucap syahadah.

Sebenarnya, keinginan bergelar Muslim wujud sejak tahun 1954 namun keluarganya dapat menghalang menerusi perbincangan terbuka.

Beliau ditakutkan dengan mengatakan bahawa Islam akan menyukarkan kehidupannya kerana ia tidak seperti agama Yahudi dan Kristian.

“Saya diberitahu bahawa Islam akan merenggangkan hubungan kami sekeluarga dan menyisihkan saya daripada masyarakat.

Pada masa itu, keimanan saya tidak begitu teguh untuk menghadapi tekanan sehebat itu. Situasi ini menyebabkan saya jatuh sakit.

“Dua tahun (1957-1959) saya berehat di rumah dan mendapat rawatan tetapi keadaan saya semakin teruk.
“Melihat keadaan kemurungan itu, ibu bapa menghantar saya ke hospital awam. Saya bersumpah sekiranya saya sembuh dan dibenarkan keluar, saya akan memeluk Islam.

“Apabila saya dibenarkan pulang, saya menyiasat mana-mana peluang untuk bertemu dengan orang Islam di Bandar Raya New York. Saya banyak menghabiskan masa di Perpustakaan Awam New York membaca bahan-bahan berkaitan Islam,” jelasnya yang banyak menghasilkan buku-buku berkaitan agama Islam selepas memeluk Islam.

Alhamdulillah, beliau berpeluang bertemu dengan beberapa lelaki dan perempuan Islam pada ketika itu.

Malah Maryam mula menulis rencana kepada majalah beraliran Islam dan berutus dengan ketua-ketua Islam seluruh dunia.

“Saya pernah berutus dengan Allahyarham Sheikh Abrahimi, ketua ulama di Algeria, Dr. Muhammad El-Bahay di Al-Azhar, Dr. Mahmud F. Hoballah dan Pengarah Pusat Islam di Washington D.C., Dr. Hameedullah di Paris, Dr. Said Ramadan, Pengarah Pusat Islam Geneva dan Maulana Sayyid Abul Ala Maudoodi,” katanya lagi.

Menurut Maryam, sangkaan pertamanya bila membaca al-Quran, Islam adalah satu-satunya agama kebenaran, benar-benar jujur, ikhlas, tidak membenarkan kompromi murahan atau hipokrasi.

Maulana Maudoodi pernah menulis kepada Maryam dalam suratnya yang pertama pada Januari 1961 berbunyi: “Semasa saya menilai esei anda, saya dapat rasakan seperti saya membaca idea saya sendiri.

“Saya berharap perasaan anda tidak akan berubah sekiranya anda berpeluang mempelajari bahasa Urdu dan pelajari buku-buku saya.

“Walaupun kita tidak pernah berkenalan, namun kesepakatan pemikiran dan simpati yang wujud adalah hasil daripada sumber yang sama iaitu Islam,” katanya.

Menjawab soalan tentang sikap dan reaksi ahli keluarga dan teman-teman selepas bergelar Muslim, kata Maryam, keluarga, saudara mara dan kawan-kawan menanggap beliau seorang yang fanatik kerana percakapan dan pemikirannya adalah tentang agama Allah sahaja.

Bagi mereka soal agama adalah sesuatu yang peribadi. Namun selepas membaca al-Quran, saya mengetahui bahawa Islam bukanlah sekadar hobi tetapi ia adalah soal kehidupan

* Sumber: The Islamic Bulletin, San Francisco, California, Amerika Syarikat.
http://dakwah.info/biografi/kebenaran-islam-pikat-maryam-jameelah/



kredit:FB


sign, my signature

Thursday, January 12, 2012

Kg Chalok

السلام عليكم


Chalok, 1-4jan2012




Tahun Baru 2012 sambut ngan family mertua. Lama x blik chalok. Nak balik hubby ckp biar cri cuti yg lama sket, leh santai2 katanya. My hubby kalau balik kg memang x tau diam. Ada je keje yg dicari sendiri. Kalau dah xder keje bwk jenjalan pusing Ganu.. hehe. (Paling best mkn sotong goreng fresh, yummy).. kebetulan dpt 2 org anak saudara. Anak sulung Sila n anak Along yang ke-3. Dua2 baby girl. Seronoknya dpt baby kan kan... heheheee

Hubby ada bwk satu tempat sepermainannya waktu kecik2 dulu. Ianya adalan kawasan dimana sungai bertemu laut. Betul2 hujung jln dr Penarik. Wah! Memang x pernah menyaksikan sebelah kiri sungai besar n sebelah kanan lautan yang sgt luas. Very nice place n cool. Kawasannya mmg bersih. Mungkin ramai yg x tahu tpt ni especially org luar seperti saya hehee.. Dan bnyk sejarahnya masa zaman jepun dulu. X dpt bayangkan Mok Tok(nenek en hubby) dll yg pindah dr kawasan ni ke Chalok sbb nak elakkan Jepun yg dtg. Mereka sahaja yg tahu kesukaran yg dilalui. Berbanding kita yg hanya berkongsi perasaan..

Ada beli anak ikan kolam hiasan (apa ntah nama ikan tu hehe), saja beli utk menambahkan keserian kolam yg dibina kat umah kg. Beli 4 ekor, putih, kuning, oren putih n oren hitam. Nasib bek bley campur dgn ikan sedia ada. Takut gak klu depa x sama geng hehee... En hubby plak baiki2 kasi air jatuh laju sket bru sedap dgr mcm air terjun hehee.. (xder keje cari keje).. Ingat nak gi amik bt sungai bnyk2 buat hiasan tepi kolam, tp x sempat sbb hujan.. Citer pasal hujan ni, masa kami balik diberitahu sblmnya hujan lebat berhari2. Naik jugak air kat kg(banjir!!). En hubby yg xder keje cri keje ni, bwk kami naik moto ke kwsn banjir yg selamat hehe.. Saja nak tunjuk kat anak2 ini air banjir hahhaaa, apalagi anak2 yg pantang nampak air, terus terjun dr motor main air banjir atas jalan raya yg lengang. Ada bahagian air deras mengalir, sbb sungai melimpah x tertanggung air yg banyak. Mujur umah kg tinggi jd x dinaiki air. Berbeza umah kg kuantan dulu2 dinaiki air sampai kami kene tidur tingkat atas seharian sblm air surut. Tp skang xder banjir dah sbb sg dah diperluaskan (Sg Belat). 2nd day kat kg banjir pun surut.. sempat lah melihat banjir yg berlaku di Chalok. Cuma hujan renyai2 then bru dpt tgk sinaran matahari...

Cukuplah cuti 4 hari di kg. Memang x puas sbb x sempat buat bnyk mende2. Tepon en hubby asik ringing jer. Divertkan ke ofis mana kal yg x brapa penting hahahaa.. Ganggu jer nak cuti2 ni kan kan hehhee.. Tp bab makan memang best. Mak mertua msk always best2.. Ntah bila nak korek ilmu.. (pdhal dah cuba msk tp x sama rasa hahhaa..) xdan masa dgn anak2 yg bnyk kerenah nih..





blog

Aquaria KLCC

السلام عليكم




Tahun ni mak datang lg ke rumah jalan2 cuti sekolah. Sedih abah x dpt ikut sama coz masih bekerja. 6 hari mak dan adik2 bercuti sini. Mak mmg susah nak kluar rumah lebih2 lg namanya berjalan2. Stakat pi kenduri kahwin tu adalah.. hehee.. Cuti sekolah mak pun cuti surirumah....

X banyak tpt dpt bwk mak sbb en. hubby kerja disiang hari. So, hari pertama cuma relaks di rumah sebab penat wannya bwk kete dr kuantan ke KL. 2nd day at evening, ajak g sogo coz cik adik kita tu dah merancang hari bahgianya tahun ni,insyaallah.. Congrates ur Engagement this Chinese New Year :).. (sogo's last cust at cashier, suddenly all sogo's worker clapped hands tanda dah boleh balik-suprised hahhaaa..). Balik cari makan area danau kota, setapak. Lepas mkn char kuew tiau, bedal tutti frutti(cikgu belanja ahaks). Gara2 lepas mkn kene berjalan, hah, jln2 cuci poket kat uptown danau kota. Tringat lagi, merengek2 si adik bongsu nakkan kasut merah.. hahahhahaaa cian mak kata x payah.. 4th day at evening, bwk mak n adik2 g kolam air panas selayang. Hahaa lucu tgk gelagat diorang berendam kaki air panas. Blum lg mandi trus directly air panas tuh (cam regular pengunjung kat situ, huhu). Singgah NSK bli brg nak mkn esok. Lapar la plak, pekena burger for supper :).. Day 5th, pg2 mak masak kuetiaw goreng, tgh hari plak gotong royong buat mee kari n nasi impit(my hubby wishes-kempunan apa agaknya tiba2). Disebabkan mak msk bnyk, bagi2 kat jiran2. Petang dlm kul 4pm jom bwk jln ke aquaria especially utk mak hehee.. kami yg pergi kali kedua nie paling seronoknya adalah anak2 sbb dah boleh mengenal ikan lebih2 lg ikan jos hahahaaa... balik umah beli durian (en hubby wished again nak mkn pulut durian), mkn durian smlm tidur, diorang mkn mee n nasi impit, drpd membazir hua3... Esoknya last day.. sarapan pulut durian (mmg best). Dlm kul 10 mereka bertolak balik Kuantan. Dgr citer sampai temerloh sambg jenjalan kat bandar n zoo temerloh (cikgu jumpa future husband hehe)... jln sakan nampaknya ibunda.. hehe janji happy for u alwiz...

@tutti frutty, danau kota


Miss all the moments... :) especially, both my kids yang x lekang dgn wannya nyer sampai tidurpun satu bilik diorang shj(for the whole 6 days hahaaaa..). cont next story (already 2358 11/1/2012)..

blog