WELCOME NOTES


Monday, October 24, 2011

Adab Ketika Sikat Rambut

السلام عليكم




Rasulullah s.a.w melarang menyikat rambut di dalam kamar mandi kerana perbuatan itu melemahkan akar rambut. Seseorang itu hendaklah duduk ketika bersikat kerana ia akan mengguatkan otot jantung dan elak daripada melakukannya secara berdiri sebab ia akan melemahkan jantung. Seseorang yang bersikat ketika berdiri akan terjebak dalam masalah hutang. Adalah makruh menggunakan sikat yang diperbuat daripada perak atau bersadurkan perak.



blog

Sunday, October 23, 2011

Koleksi Petua Meredakan dan Menghilangkan Sakit Gigi

السلام عليكم




Pilihan 1:
Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau gigi berlubang, tumbuk cengkih dan isi di dalam lubang gigi anda dan tutup dengan kapas.

Pilihan 2:
Ambil isi lidah buaya dan diletakkan pada tempat yang sakit. 2 hingga 4 jam.

Petua 3:
Ambil satu sudu teh garam dan masukkan ke dalam secawan air panas. Setelah garam melarut dan air menjadi suam, berkumur dengan air garam tersebut sehingga sakit gigi anda reda.

Petua 4:
Ambil 10-15 helai daun sirih tua direbus dengan air sebanyak 4 – 6 gelas sehingga mendidih. Sejukkan dan tapiskan.Berkumurlah dengan air daun sirih sehingga sakit gigi hilang.

Petua 5:
Kunyahlah sirih yang dicampur sedikit kapur. Letakkan pada gigi yang sakit. InsyaAllah sakit gigi akan berkurangan. .

Petua 6 :
Cuba minum air rebusan kulit pokok dan daun pokok gajus untuk mengurangkan sakit gigi.

Petua 7 :
Ambil serbuk jintan hitam atau minyak jintan hitam (habatussauda), letakkan ke dalam gigi yang berlubang.

Petua 8:
Ambil daun serai dan tumbukkan hingga hancur. Masukkan ke dalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah digunakan sebagai bahan kumur.

Petua 9 :
Ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit itu. Insya-Allah sakit gigi anda cepat hilang.

Petua 10 :
Giling halus beberapa kuntum bunga cengkih, bunga lawang, asam gelugur, halia dan lada. Sumbatkan ramuan tersebut ke dalam gigi berlubang.

Petua 11:
Ambil betik muda yang mempunyai banyak getah.Kemudian getah tersebut dititiskan pada lubang gigi yang sakit itu dengan menggunakan kapas.Elakkan daripada terkena lidah kerana ia akan menimbulkan rasa gatal sekiranya terkena.

Petua 12:
Ambil getah pokok kemboja dan letakkan ke dalam gigi yang berlubang. Jika gusi pula bengkak maka sapukan getah tadi di tempat yang bengkak.

Petua 13:
Campurkan sedikit air suam dengan sedikit cuka. Berkumurlah dengan campuran tadi untuk mengurangkan sakit gigi.

Petua 14 :
Ambil kapas dan dijadikan bebola. Celupkan ke dalam minyak masak yang telah digunakan. Letakkan ke dalam piring lalu bakar kapas sekejap dan jangan sampai jadi abu. Padamkan api dan letakkan kapas tersebut ke dalam gigi yang berlubang. Perlu diberi perhatian jangan terkena gusi.

Petua 15:
Ambil pucuk dan daun pokok cengkih lalu di kunyah-kunyah untuk mengurangkan sakit gigi.

Petua 16:
Ambil akar senduduk putih direbus dan airnya digunakan untuk berkumur.

Petua 17 :
Ambil buah tomato muda kemudian dibelah dua, setelah itu masukkan tomato tadi sebahagian kecil ke dalam gigi anda yang sakit. Seandainya gigi anda dimakan ulat pasti ulatnya akan keluar dengan sendirinya. Dan tidak lama kemudian berkumur-kumurlah bila terasa sembuh. Jika petua ini sesuai pasti anda tidak akan diulangi sakit gigi lagi.

Petua 18:
Letakkan campuran serbuk lada dan minyak bunga cengkih pada gusi dan gigi berlubang.

Petua 19:
Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Tumbuk sehingga separuh hancur. Masukkan gambir ini ke dalam gigi yang sakit.Gambir akan mengebaskan gusi tapi jangan menggunakan banyak kerana akan mengebaskan seluruh mulut.Insyaallah berkesan .

Petua 20 :
Rebus garam, air dan limau nipis yang di belah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkannya sehingga suam dan berkumurlah sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sehingga sakitnya berkurangan.

Petua 21 :
Goreng asam jawa beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar ke dalam daun pisang. Tumbuk kedua-dua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.

Petua 22:
Hiris bawang putih dan tempelkan pada gigi yang sakit. Biarkan selama satu jam.

Petua 23:
Daun sirih yang sudah diletakkan minyak kelapa, dilayurkan atau dipanggangkan pada api, kemudian tampalkan pada pipi yang sakit itu, lakukan dua kali satu hari sampai tiga hari berturut-turut.

Petua 24 :
Ambil tempurung kelapa,garam,bunga cengkih dan madu lebah.Tempurung dibakar hingga menjadi arang kemudian ditumbuk bersama-sama dengan garam dan dicampurkan dengan madu lebah.Ramuan ini hendaklah digunakan untuk menggosok gigi pada setiap hari.Bunga cengkih dapat menyembuhkan sakit pada gusi.Garam dapat menahan pengaliran darah.

Petua 25:
Ambil sepotong kecil bawang merah dan tempatkan pada bahagian gigi yang sakit untuk meredakan gigi yang sedang sakit.Mengunyah bawang merah selama 3 minit dinyatakan cukup untuk membunuh semua kuman di mulut.



blog

Saturday, October 22, 2011

Mari mmbntu..

السلام عليكم


Tujuan saya ketengahkan blog ini adalah supaya para pembaca sekalian sama2 mendoakan agar baby ini mendapat keajaiban dgn izinNya untuk sembuh dgn segera. Bg yg mempunyai ilmu pengetahuan, sama2lah dikongsikan dengan ibu anak ini agar dpt diamal dlm mendekatkan diri kpd Allah swt. Wallahu 'alam..




Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar.
Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini mmenyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.

Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen.

Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.

Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja.
Semangat
saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah.

Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan.

Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak.
Apabila
doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan.kaki pula bersimen.

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya.

Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my.

p/s: selepas saya mencari2 khabar berita ini, brulah saya tahu kebenarannya. Ini ada berita 2 tahun lepas. Boleh rujuk link ini. Mohon Baca Ini, Kasihani lah Rohaiza dan Hana dan disini Hana in memories


blog

Thursday, October 20, 2011

New Header lagi

السلام عليكم


Setahun skali mesti tukar header supaya x bosan haha... Janji saya suka begitu juga pengunjung blog saya agar x bosan singgah cni... hehe I likee...



header blog saya yg ke-4


Disebabkan terlampau rajin terover, saya tukar skali signature kat bawah.. huh xder keje nyer pasal. Anak2 tido.. hehe apa lagi..



blog

Berhati2 sms membeli Handphone

السلام عليكم


Semasa anda mmbeli hp cuba sendiri tkn (rujuk bwh) agar anda tidak tertipu.

gambar hiasan semata-mata

Untuk mengetahui status keaslian buatan telefon bimbit anda
► sila taip *#06#
► akan keluar IMEI [International Mobile Equipment Identity]
► semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8
... Contoh : 358671017470473
... Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 01


02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH
08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA
01 atau 10: dari Finland = TERBAIK
00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK
13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA