WELCOME NOTES


Saturday, June 19, 2010

Apa itu "Wawwi Matrix Blogwalking Marketing"?




Apa Sebenarnya Wawwi Matrix Blogwalking Widget ni?

Widget ini berfungsi sebagai widget untuk link exchange dan widget untuk memudahkan blogwalking, yang mana konsepnya Blogwalking sambil mengumpul point. Dan link exchange ni juga diperluaskan ke semua jaringan network bawah kita.
 
Bagaimana Cara Nak Dapatkan Trafik Dari sini?

Secara asasnya, widget ini masih lagi Manual Blogwalking, anda dikehendaki klik pada list name yang ada untuk ke blog blogger lain. Yang pastinya, klik dapat point. Itu kelebihan berbanding BW biasa secara shoutbox. Kalau guna widget ni, blog yang dibuka tu akan paparkan point yang boleh dapat dari blog tu.


So, untuk kumpul point, kena la blogwalking sebanyak mungkin ke blog-blog yang ada dalam list widget kita tu. Nak taknak, widget ni akan digunakan di mana-mana blog untuk mengumpul point.

URL blog niza akan terdapat di blog orang lain dan serterusnya hal ini meningkatkan potensi pelawat tetap di blog owner itu mari ke blog niza.Tak ada jaminan boleh dapat trafik secara 100% automatik pun.. semua masih manual, kena ada blogger yang melawat blog (blogwalking) jadi jika sebelum ini kerja ini telah diterimapakai sejak azali lagi.hehehe, kehadiran widget ini hanya membesarkan range list blogroll tersebar sahaja.. terpulang kepada blogger nak lawat atau tidak (option). Sepatutnya tidak menyalahi mana-mana sistem pengikalanan asalkan ia bukan dijana secara automatik. :-0

Apa Bestnya Point-point ni?

Dengan point-point ni, bolehlah menambah level networking anda, yang mana semakin tinggi level, semakin tinggi kekerapan blog anda akan terpapar di widget2 dan juga trafik akan meningkat sebabnya masing2 cuba mencari point2.


Dengan point ni juga nanti boleh ditukar dengan iklan di widget (terpapar ke semua blog yang ada widget), dengan wang tunai (contohnya RM2 untuk 10000point) dan macam-macam lagi feature yang akan ditawarkan.
 
Tak menyalahi Nuffnang ke?

Sebenarnya widget ni bukannya sistem yang boleh autoclik iklan Nuffnang ataupun auto tambah trafik pada blog tanpa perlu membuka sesuatu blog.

Kat T&C Nuffnang under No. 6: Abuse of Services,

• Directly or indirectly generate impressions, page views, unique visits of or clicks on any Ad through any automated, deceptive, fraudulent or other invalid means, including but not limited to repeated manual clicks and the use of robots; and

itu kalo auto..sistem ni pulak memang manual. Kena manual click dan melawat blog tuu pada bloglist, baru boleh bagi trafik. Bukannya, pasang jer, terus trafik masuk. NO, NO!! Kena juga blogwalking, tapi bila guna widget ni, selain dapat point, network berkembang, makin ramai akan datang ke blog kita sebab nama dah kuar kat widget ramai orang. Macam tu laa konsepnya.

Pengasas WAWW ckp Nuffang dia haramkan autosurf dan klik iklan masing2x atau sesama sendiri dll, aktiviti blogwalking banyak melibatkan trafik exchange sesama blog, Sistem Widget ini adalah Sistem matrix blogroll. Tidak ada jaminan 100% setiap blogger boleh dapat trafik berjuta-juta secara automatik sebab ia adalah sistem manualsurf sama sahaja seperti akak ada listblogroll dan hari2x lawat blogroll itu untuk blogwalking.
 
Berbaloi ke Pasang Widget ni?

Tiada niat untuk mempengaruhi sesiapa pun, lagipun widget ni cam best :) Bila lagi nk sokong produk keluaran anak tempatan kan. Kalo nak cakap berbaloi ke tidak, kena tunggu la tempoh lebih lama sebab ni niza pun baru pasang x sampai sebulan pun. Berbaloi ke tak? Mungkin nanti bila banyak features, akan nampak lebih berbaloi dengan menda ni.

Macam Mana Nak Pasang Widget Ni?

Isi borang yang anda jumpa pada widget tersebut. Borang ni hanya visible pada blogger yang masih belum mendaftar. Visitor akan nampak form ni, tapi bukan tuan punya blog.


REF = Downline kita pada level 1. Jumlah REF depend on account kita.

LV = Upline kita.

Macam mana nak check points, Network dll ?
Pada widget anda, klik nama anda sendiri di bahagian paling atas, dan refer widget anda untuk kod dibawah:




KOD: ACC
Keterangan: Jenis Akaun kita, perlu ditingkatkan melalui point. Sebab tu kena kumpul point banyak2.

KOD: $$$
Keterangan: Feature tukaran wang dengan point (akan datang)


KOD: POINT
Keterangan: Point yang berjaya dikumpulkan melalui BW dengan Widget ini. Dan 5000 point dari contest yang disertai (buat entry pasal widget).


KOD: TBWK
Keterangan: Today Blogwalking - ex 9 klik hari ini ke blog lain dengan gunakan widget pada blog kita. Mungkin kita ataupun visitor lain. Ingat, wajib visit 2 link REF minimum untuk kekal aktif


KOD: LBWK
Keterangan: Last Blogwalking (tarikh)


KOD: HIT
Keterangan: hit klik biasa berapa banyak hit orang klik ke blog kita. Biasanya jumlah HIT lebih banyak sebab ada pelawat y mai tak klik finish selepas timing tamat tempoh atau dah terlawat 2-3 kali


KOD: HITUC
Keterangan: klik Unik yang berkualiti (1 hari, 1 IP) yang akan deduct sejumlah points dan berapa banyak/ramai dah lawat blog ade satu2 blog tur melalui widget yg telah ditolak Cost Per Click (CPC) pointsnya


KOD: LV1 dan seterusnya
Keterangan: 6 sebab matriks ssetengah blog 6x5 jer (korang yang baru 5x5)..so hanya boleh ada 6 downline jer bawah blognya. Yang mendaftarkan blog dia dengan widget niza akan direct ke bawah downline niza yg LV2 ni. kiranya sapa yang duk bawah niza ni, akan dapat free downline. Ini yang dimaksudkan dengan konsep autospillover. Yang lain akan direct ke LV seterusnya.. Untuk niza maksimumkan point lagi, kena cukup LV2 6x5 pulak dan seterusnya. (5 downline setiap blogger pada LV2)


Related link to refer:Cabaran 1 (11 Jun 2010 – 30 Jun 2010)
DJ - Aj on WAWWI 
Wawwi Matrix BlogWalking – Tukar Trafik Jadi Duit

P/S:
siap ada contest lagi gitu.. let's join, just click my 'Wawwi Matrix Blogwalking' at the blog side to register . Then click Cabaran 1 (11 Jun 2010 – 30 Jun 2010) to join the contest... :)





Friday, June 18, 2010

Happy Family 1st Giveaway by DJf CloSet


Salam, tetiba bila g lawat blog Cik Minie, terasa plak nak join.. hehe. Join je lah.. x tau nak wat entry ape dah. Tapi tgn gatal nak menaip nih.. hihi :) Jom join!



Untuk menyertainya,
Ikuti langkah-langkah ini:

  1. Jadi follower Blog DJF Closet.
  2. Buat satu entry tentang giveaway ini dan masukkan link mereka dalam entry tersebut (http://djfcloset.blogspot.com/)  
  3. Letakkan banner "Happy Family Giveaway" ke sidebar blog anda dan link ke entry giveaway ini (http://djfcloset.blogspot.com/2010/06/happy-family-1st-giveaway-by-djf-closet.html)  
  4. Setelah selesai, komen here di bawah entry seperti ini dan sertakan nama, email dan link entry yang anda telah buat.  
  5. Giveaway ini terbuka kepada semua blogger tempatan. Tarikh tamat penyertaan adalah pada 9 Julai 2010.  
Keputusan akan diumumkan 3 hari selepas tarikh tutup penyertaan. Sebarang pertanyaan, email DJF Closet di djfcloset@yahoo.com.  

Pemenang akan dipilih secara rawak dan telah memenuhi segala syarat yang ditetapkan.  

Hadiah akan di pos kepada pemenang.  

Good Luck!!




Pengertian dan Kepentingan Solat Sunat



Sembahyang Sunat
Sembahyang sunat merupakan budaya dan kegemaran umat Islam zaman dahulu. Ia merupakan hiburan kepada orang Islam yang bertaqwa. Hiburan ini merupakan hiburan yang sebenarnya, kerana ia mendatangkan ketenangan yang hakiki, bukan sekadar éskapism' sementara, sepertimana yang diberikan oleh pelbagai jenis hiburan moden masakini yang hanya berbentuk pura2 serta merugikaan pula. Hiburan yang pura2 ini hanya menghiburkan nafsu tetapi hati atau roh tetap kehausan dan ketandusan pengisian yang sebenarnya.

Sembahyang fardhu sahaja tidak mencukupi untuk mengisi hati dan roh manusia, apalagi sembahyang kita umat akhir zaman yang begitu banyak cacat celanya. Ibarat memakan nasi tanpa lauk, begitulah seseorang yang hanya bersembahyang fardhu, tetapi tidak mengerjakan yang sunat. Rohnya tidak sihat dan mudah 'patah'.

Kalau manusia sanggup menghabiskan wang serta masa yang banyak untuk menyediakan lauk berbanding nasi, maka begitulah sepatutnya kita dalam soal ibadah. Walaupun sunat, peranan ibadah sunat seperti sembahyang sunat ini sangat besar dan penting. Sama-samalah kita fahami, hayati serta amalkan ilmu mengenai sembahyang sunat ini.

Kepentingan Sembahyang Sunat
  1. Melengkapkan kekurangan didalam sembahyang fardhu
  2. Menjadi benteng kepada sembahyang fardhu
  3. Dapat meningkatkan iman
  4. Meninggikan pangkat dan darjat di Syurga
Seandainya sudah ada rasa cinta kepada Allah, kita akan merasakan yang sembahyang itu begitu indah. ia ibarat saat seorang kekasih bertemu dengan kekasihnya. Walaupun berjam-jam lamanya mereka bercakap2, ia dirasakan begitu singkat. Tidak ada rasa penat dan lelah, tetapi rasa seronok dan ingin sekali berjumpa dengan kekasihnya lagi.

Begitulah cara hidup Rasulullah dan para sahabat dahulu. sembahyang sunat diamalkan dengan begitu banyak dan berleluasa, sehinggakan sesiapa yang hanya melakukan satu dua solat sunat dianggap sudah jauh ketinggalan. Kerana itu ada riwayat yang mengatakan bahawa seandainya umat Islam di zaman Rasulullah dan para sahabat hidup di zaman kita, maka kita umat Islam dilihat sebagai orang munafik. Tetapi oleh kerana Allah sayangkan umat Nabi Muhammad saw, maka Dia berikan ganjaran yang sangat besar kepada umat akhir zaman yang boleh menegakkan walaupun hanya satu daripada sunnah Nabi saw. Maknanya, kalau hanya satu jenis sembahyang sunat kita tegakkan dengan sungguh2, maka Allah akan berikan ganjaran yang luarbiasa banyaknya, iaitu seribu kali pahala mati syahid.

Banyak atau sedikitnya amalan sunat seseorang itu juga menunjukkan keikhlasan dalam berinadah. Tanpa perlu 'dipaksa', dia sanggup melakukan ibadah tambahan untuk Allah, Tuhannya. Dia sanggup lakukan óvertime'untuk Tuhannya. Kerana itulah ganjarannya begitu besar di sisi Allah. Sepertimana juga manusia yang bekerja óvertime'diberikan ganjaran berlipat kali ganda.

Oleh kerana itu, marilah kita bersama2 menegakkan sembahyang sunat ini. Bermula dengan bilangan yang sedikit tetapi istiqamah, perlahan2 kita tambahkan sehingga ia menjadi kebiasaan kita. Inilah 'hobi'para sahabat dan salafussoleh yang perlu kita suburkan kembali. Ianya murah dan sangat banyak faedah kita di dunia apalagi di akhirat. Amin, amin, ya Rabbal Álamiin.

Antara link2 berkaitan solat sunat yang bermanfaat untuk kita:

Hiasan Dinding bilik Anak2ku..

Salam semua,


Ini adalah antara sticker yg dibeli kat downtown Cheras semalam. Beli 5 dpt RM10. Beli untuk suka2 je untuk anak2. Sticker2 ni anak2 yang pilih. Diorang nak sangat, kami pun belikan. Ada sticker tertentu dilekatkan kat belakang pintu. Hehe. Bila tutup pintu baru dapat dilihat. Kami tampal kat bilik satu lagi supaya kelihatan seperti bilik kanak2. Bilik diorang lah tur. Kecik lagi mana bley ada bilik sendiri lg kan.. huhhu. Janji diorang happy.. x gado2.. Amin


Thursday, June 17, 2010

Fadhilat dan amalan di bulan Rejab


Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:

Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.
Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,
Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.
Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

Lain-lain:
Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.

Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya.
Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah.

Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka. Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

Kelebihan lain bulan Rejab:

Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala. Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.


Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:
Israk dan Mikraj (27 Rejab)
Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.
Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui - Petikan dari Surah Al Israa ayat 1.
DOA BULAN REJAB:Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.