WELCOME NOTES


Monday, May 9, 2011

Pantai Bagan Lalang

السلام عليكم

Smlm g umah MokCik kat Banting. Lama jgak x g melawat family adik bongsu Umi (mak mertua). Ingat kan nak konvoi ngan kak ngah(kakak ipar). Tapi x jadi sbb kak ngah demam. Setibanya disana, kami mkn tgh hari. Hahaha sampai2 jer mkn dulu... Then rileks kat blkg umah tgk pets anak2 mokcik. Kucingnya baru jer melahirkan beberapa ekor anak kucing. Masing2 ada nama. Salah satu Junior. Yg ni suka betul g kat kawe n gesel2 kat kaki. X kisahlah, kawe memang suka gak ngan kucing nih.. hehe Shocknye new pet diorg adalah anak mengkarung. Tapi cam biawak. erm apa2 jelah. Diorg jumpa kat blkg umah so just suka2 buat main2 jer. xderla sampai nak bela.. Pas2 puas main dan belai diorang lepas balik. Borak2 borek2 sblm asar kitorang mintak diri dulu sbb anak2 ajak g pantai.

Alang2 nak g pantai, my hubby terlintas nak g pantai Bagan Lalang kat Sg Pelek. Gara2 tgk Showdown ari tur training kat pantai ni. My hubby tgk pantai ni cantik so tringin nak pegi. Alang2 dah dekat kitorang g lah melancong ke sana.. hahaha
Sesampai disana, kami cari parking dkt ngan taman permainan. Main skjp jer sbb panas lagi. Cari wau kanak2. Blikan utk diorg bermain kat tepi pantai. Lepas puas main2 gtu jer sbb angin pun x kuat sgt, ayahnya pun ajak g tepi laut. Nun jauh disana air lautnya. Saya cuma duduk atas tikar jer layan suasana tepi pantai. Ramai jugak org datang sini. Bukan org kita jer, org asing pun ader. Tgk anak2, alih2 diorg trus mandi. Ingatkan main air jer. Dlm 15 minit mandi, ayahnya pon ajak balik. Air laut yg mula2 tadi nmpk jauh dr pandangan mata, kini smkin hampir. Lepas mandian bersih dan tukar baju, kami pun bertolak balik ke rumah terus.

p/s: Ayah tanya.. "Best x anak2?", anak2 menjawab,"Beeeeest", ayah sambung,"Nak pergi lagi x?", anak2 jawab,"NAK!!", ayah mengayat,"Nak pegi lg duk diam2 kat belakang"... hihiii

Bagan Lalang Info

Thursday, May 5, 2011

Easy system for Blogwalking

السلام عليكم

Ada satu lagi idea bagus ciptaan org2 brilliant. Mudah untuk blogwalking, for me lah.. So I wanna share with u all. Itupun kalau u all belum tahu lglah.. Mana lah tau saya ni yg outdated.. huhuu

Idea baru ni saya terbaca kat laman web encik safwan. Mula2 tur saya terfikir, mana aci laman2 web sama setiap kali org len download system tur, nnti untung la website yg dah auto kat dlm system tur. Pastur baru tersedar, kita leh tukar laman web dlm list tur dlm file link.txt. Then refresh system tur. Hehe.. mmg useful.

Kalau anda juga berminat leh la klik sini untuk upload system tur yerr..

Wednesday, May 4, 2011

A Famosa: Part 3: Ace Drift Challenge Series

السلام عليكم

Pagi2 bgn solat dan layan keindahan luar balkoni. Anak2 tidur lagi. Sedap tidur dlm aircond. Herm.. Dlm kul 9 lebih, agak2 anak2 dah puas tidur, kami kejutkan diorang mandi2 siap2 nak g sarapan. Naseb bek last sarapan kul 1030.  Kul 10 kluar berjalan kaki ke bgnn sebelah for breakfast only. Lepas sarapan bergambar plak kat tmn mini indah di tengah2 bgnn tur. Kami balik bilik trus bersiap2 utk check-out trus. Baju2 utk mandi kat Water World pun dah diasingkan.
Naik kereta terus menuju ke kawasan Ace Drift. Petang semlmnya sblm balik, kami dah pergi jgk2 training acedrift nih. So tiket masuk dah bli awal2. Nasib bek leh pakai tket smlm utk masuk ari nih.
Pagi2 nih masih training lg. My hubby nyer minat la nih. Kita layan jer... X pernah tgk life pown selain criter filem Drift Syamsul Yusuf tur. Alang2 nak tgk lama, kami pun bentang lah tikar, bwk mknn sekali. Macam berkelah. Org len setakat duk atas surat kabar jer.. kih3. Semut mmg banyak. Biasalah, bwh pokok redup yg jarang sesangat ada gangguan. Sekali sekala mmg kene sapu semut atas tikar. Sekor dua ekor mesti naik atas tikar. Takt gak kene gigit.
Suka gak tgk drift nih. Ttiba jer minat. Pengaruh suami lah ni..hehehe. Siap pilih2 lg kete mana yang akan menang pertandingan yang bermula lebih kurang kul 1230. Ada gak kete yg x jadi driftnyer, ada yg sampai terbukak bonet depan, ada yg eksiden sket dan mcm2 lg. Tur blum start race lg tuh bru training. Herm.. Tgk tayar dah bnyk kali tukar.. Memang pembaziran. Naseb bek sponsor. Kalu x mmg sengkek tuh.
X pandai la nak komen bab kete nih. Kita layan jer 2 video nih yg sempat di upload. Nak tgk video yg len, try la cari kat Youtube. Bnyk org len upload masa training dan race.
Time nak start race tu la, anak2 dah bising ajak g mandi. Ayahnye yg x puas2 lg, dok pujuk "Kejap la sayang, kejaap jer lagi", "Skit lg, skit lg", "Jup2 ayah nak tgk kete nih jup" dan mcm2 lg.. hehehe Tapi anak2 yg menang. Sbb tangisan anak lebih kuat berbanding bunyi kete drift... kih3. X dpt ayahnya nak tgk race yg bru jer nak bermula. So.. kita sambung Part 4 pulak nnti yer.. hehe

Friday, April 29, 2011

A Famosa: Part 2: Cowboy Town & Carnival

السلام عليكم

Ingat balik ptg dr AWS nak suh anak2 tidor sejam dua. Rupa2nya masuk jer dlm bilik abih smua tpt diorang terjah. Mmg tak tau diam. Siap pilih katil masing2. Ibu ayah disuruhnya tidor kat bawah. huhuhuuuu... Biasanya setiap kali dpt bilik mesti dpt hujung. Ni mesti sbb ada budak kecik kan. Herm bagus jgak. Dekat ngan tangga nak turun bawah terus ke parking. Ingat nak mandi sbb panas, tapi malangnya hotel tgh wat servis air. So disebabkan air kotor sgt, kitorg layan tv je lah dulu. Dekat2 maghrib baru le mandi2 solat dan bersiap2 untuk next adventure..


Ingat nak jln kaki je menuju kat cowboy town, tapi dsebabkan ada si cilik2 ni kene bwk kete jgak. Bahaya mlm. Selepas bli tiket masuk, kena tahan bergambar ngan burung lg kat entrance. Katanya suka2 tp bila gambar nye dah siap of coz kitorg bli sbb comel.. hehe.
Ayahnya dari jauh nmpk dah minat nak cuba satu game nih. Entah apa namanya ntah. Bergantung bertali, le lompat tinggi2. Lepas bli token, saya suh my hubby main tawan seladang. Hahahahaa... x sampai lima minit dah tewas.. kih3. Ni mesti dah kurang exercise. Then, bg anak2 main 'boat go round' pulak.Naik la diorang sorang satu pusing 10 kali kot. Pening tgk diorg pusing. Lepas tuh bg hubby naik satu lg yg dia dok tgk dr td. Pesan dah ke dia wat aksi pusing bila kat top, tp x pusing2. Takut kene besi kot.. huhuu. Org len elok jer wat pusing badan. My hubby katanya gayat tinggi2 nih. Hahahaa klaka plak dgr my hubby gayat. (Saya le wat smua, eceh tp bila preggy time lembek mengalahkan org sakit,huhu).
Org kata jgn lepaskan peluang yg ada didepan mata. Agak2 berbaloi x salah kan mencuba. Then, kami bergerak menuju ke shopping village. X shopping mana pown, cuci mata jer. Mmg nice, price pun leh tahan.
Kami terus menuju ke area karnival sbb itulah tujuan utama kami. Nak tgk show sbnarnya. Tp rasanya kalau x silap sptutnya area show kat sepanjang jln rumah cowboy tp disebabkan some renovation until tpt men bowling so tpt show diubah ke belakang cinema. Well ok jugak sbb ada seat cam tangga. Kami pilih tpt ujung skali sbb kat sini x ramai org berbanding kat centre area padat. Walaupun mlm tp ada beberapa spotlight menyebbkan tpt jadi terang. 5 minit before show start anakku alif dah tido dulu di riba ayahnya. herm.. naseb bek x bising sgt sound system. Sepanjang show memang best. Bermain dgn api dan tarian either red indian or cowboy mmg show yg menarik. Second show begin with pegion yg dilepaskan ke udara. Yg pelik bin hairan leh ayam jantan ngan betina dan biri2, lari2 dr awal sampai ke hujung non-stop. Then maskot2 katun berlalu. Ada satu maskot ayam salam ngan kakak tp x sempat amik gambar sbb ajar kakak sambut salam dia. Rakaman yg x smpat nak pause tur pun jd ntah pape jup.. hehe. Banyak jugak yg datang kat kakak nak salam tp kakak takut. Hehehe.. ayah kat blkg yg sdg ribakan alif hanya melihat gelagat kakak yg malu2 tp nak. hehe.. Tak lupa pertunjukan mengetengahkan budaya melaka seperti beca, tarian melayu melaka, beca lembu, kereta kuda dan saudagar unta pun ada. Mcm2 ada. Klaka2 pun selit2 jugak. Especially tarian gajah mmg the best. Then sesi bergambar ngan gajah dan ular sawa yellow color. Tp kami amik pic ngan ular jer. Saje nk tgk my hubby geli x ngan ular kat leher dia. hehehe.. Last skali pertunjukan bunga api. Sadis tul, rasanya part ni rakam tp x ketemu videonya. Agaknya x tekan butang rakam. Huhu penat tangan duk rakam fireworks rupanya x tekan button. huhuhuhuhuhuuuu.. dah nak last bru gilir ngan hubby jg alif. Cian alif x tgk haiwan2 kegemaran dia especially gajah.
Show pun tamat tapi kami masih ada satu lg show kene tgk iaitu cinema 4D. Kami pilih citer Underwater Adventure not Haunted House. This time Alif plak terjaga dan digantikan kakaknye plak tido. Sblm show bermula, kami diberi spec mata utk show 4D nie. Alang2 kami mintak 3, satu lg untuk adik. Pandai x pandai tgk je lah adik. Free seat, dsbabkan kami last masuk dpt lah seat depan skali. Pdhal kami dpt seat blkg. Huhuu.. Janji dpt tgk. Mmg best n nmpak real. Konon mcm leh pegang jer ikan yg menghampiri kita, pdhal scene jer tur.. kih2 Pengembaraan dlm laut dlm, dikejar ikan jerung dan melalui misteri dlm kapal tenggelam. Best lah.. Puas hatilah walaupun sekejap jer dlm 15min kot. Dptlah merasai teknologi 4D dlm negeri sendiri. xyah g jauh2. hehe..
Jam tunjuk pukul 10.45, kami kluar lepas jln2 kat dlm. Kami singgah mkn mlm coz this one x include dinner. Dan2 time mkn kakak pun jaga dari tidur. Lepas mkn kami pun pulang ke bilik. Itupun kena tutup lampu smua slps bersih2kan diri dan layan katun jup dlm 10 minit then masing2 smua trus tidur. ZZZZZzzzzzzzz....


Wednesday, April 27, 2011

A Famosa: Part 1: Animal World Safari

السلام عليكم

Wah! Tetiba jer cik abe kawe ajak g brcuti. Ask me just mention the place. I choosed A Famosa and that's the best vacation ever. In afternoon bertolak ke Melaka. About 1 o'clock sampai dan having lunch first. Tapi ibu dan ayah jer sbb anak2 dlamun mimpi dlm kete.. Then terus check-in bilik tp x masuk trus, after 2pm katanya.
Jadi kami pun pergilah ke tpt2 menarik. My hubby ajak g mandi kat Water World, but saya ajak gi Safari dulu. Disebabkan first time datang sini so susah jugak la cari tpt x jumpa2. Tanya org gak kat mana tpt tujuan. Tgk peta pun tak jumpa2.. kih3.
Hehehee.. So, bila dah sampai n park la mana2 dsbbkan penuh, kitorg trus g bli tiket safari ni.. nasib bek alif x lebih 3 kaki, tp kakak lebih skit jer tp dpt lepas free, hehehe..
Masuk jer dlm entrance trus amik pics ngan burung kakak tua. Seronoknya dpt tgk dekat2.. Anak2 takut2 tp suka tgk..
Then terus g kat tpt menunggu giliran nek bas berpagar besi. Ingatkan tgk haiwan2 biasa rupa2nya haiwan2 liar mcm harimau, rusa, zebra, unta, beruang, kijang, seladang dan seumpamanya yg buas2. Naseb bek pak driver benti2 so le lah capture pics dekat2 lebih2 lg harimau.. Wau!! memang dekat tu, lbih kurang 5 kaki jer ngan depa.. naseb bek depa tgh kenyang kot, x pon jinak2.. kalu x dah lama kami yg fresh2 nih dibahamnyer. huhuhuhuuu... yg bestnyer dpt tgk beruang mandi live, dan2 kami tiba tpt dia, dia pun menuju ke kolam dan mandi dengan aksinya tersendiri. Tapi x dpt rakam sbb duduk dlm bas alik sblh sini jd jauh la nk rakam aksi beruang tu. Kalu rakam kang nmpak gerigi besi bas jer..
Lepas turun dari bas/tram tur kitorang singgah kat Haiwan Penternakan. Belilah dedak ayam kononnya nak bg ayam makan. Masukkan anak2 dlm sangkar anak2 ayam. Punyalah takut sofea ngan anak ayam. Tak penah tengok lah katakan. Huhuhuu kasihan anak2ku. Pegang anak ayam pon takut. Alif plak risau jer kang dia terpijak anak2 ayam tur. Suh bg makanan ayam, dipunggah semua skali. Berebut anak2 ayam dok mematuk makanan tu. Yang seronoknya bila kita ketuk dinding anak2 ayam berlari2 ke arah kita. May be depa ingat dapat makanan kot. Hihi.. Lepas tur dok tgk arnab2 yg berbagai jenis dan comel2 belaka. Geram rasa nak pegang jer. Masa amik gambar sekor arnab putih yg comel tiba dtg sekor lagi yg matanya bercelak. Dtg nak bergambar bersama kot. Memang comel. Suka tengok. Herm.. tiba2 rindu plak kat Chiko ngan Chiki(dah mati sbb sakit). Saya ada amik info mengenai rabbit nih. Nanti lah dlm entry yg len kita bincangkan ya.. Yg len2 bnyk ayam jantan n betina dr pelbagai jenis. Telur ayam pun ada.. hehe
Keluar dr bangsal farm animal, kami masuk dlm pagar with many kind of farm animal, seperti arnab, flamingo, angsa, kambing biri2 (kambing gurun pun ada), burung helang, burung merak, burung hantu, tenuk dan lain2 x brapa ingat plak. Beli kacang panjang untuk diberi mkn ke arnab, kuda padi (pony), dan kambing biri2.
Then masuk pagar lain plak. Kami terdengar bunyi bising2. Asalnya my hubby g toilet, kami g tpt animal nk bg makan. Bila dok panggil hubby rupa2nya hubby dah g depan dulu. Nasib bek x hilang jejak. Hubby ajak g kat tpt bising. Ingatkan ada apa rupa2nya ada cowboy show. Memang best. Klaka dan nampak real aksi2 fight n letupan2 tu.  Video pnjg sgt jd x dpt nak upload. Just pics saje ok lah tu ya. Lgpun kat youtube mesti ada bnyk rakaman ni kan.. Cubalah tgk di sana nnti ya..
Habis show nak dekat kul 3pm. Kitorang g makan dulu, nasi ayam. Sofea dan Alif banyak plak mkn. Sdp kot nasi ayam sini, hihii. Selesai mkn tengok pelbagai animal show termasuk kucing, monkey, seladang, iguana, tikus putih dan lain2 x ingat dah, huhuu. Kucing trained mmg berani. Sanggup lalu dlm troop api, memanjat tiang tinggi dan berdiri atas dua kaki. Monkey plak le tunjuk dia kait klapa, duduk atas seladang, aksi berguling2, terjun dan berenang serta kiss tuan dia kat mulut lagi tu.. huhu
Sekejap jer show tadi. Then semua pelawat2 yg lain sama2 kluar dan menuju ke Bird Show plak. Lepas 5 minit duduk, show pon bermula dgn pelepasan burung merpati putih di angkasa. Kemudian kelihatan ayam2 betina berlari-lari dari sudut kanan ke sudut kiri dan terus masuk ke pintu kecil. First skali dpt tgk burung kakak tua (warna putih dr indonesia katanya kalu x silap) melukis dengan berus atas paper putih dgn menggunakan paruhnya. Then mcm biasa, burung kakak tua putih akan mengambil duit RM10 (duit lain xnak, nak duit merah jer, huhu) drpd sapa2 yg tunjuk duit sambil berdiri. My hubby ada gak hulur untuk tabung burung2 tur. Dapat hadiah berupa lukisan hasil nukilan burung tersebut. After that banyak la show2 daripada burung helang (female) terbesar di asia, burung enggang terbesar (dr sarawak katanya), burung kakak tua (bulu berwarna warni) bercakap, menyanyi birthday song dan buat bunyi haiwan lain serta bermain bola keranjang dan aksi burung helang tangkap ular(tiruan). Memang best. Hujung2 show Alif dah merengek nak tidur. Kakak lak wat muka dah boring mcm ajak g tpt lain pulak. Hubby bgn dulu bwk anak2 jln sbb depa dah merengek. Tinggal ibu sowang2 rakam aksi burung helang dan burung pigeon sblm penutup. Berlari ibu mendapatkan mereka yg dah semakin jauh hilang dmata. Huhhuuuu...







Hasil nukilan paruh burung kakak tua :)

Sblm kluar pintu utama dpt la pegang gajah yg bru je selesai wat show. X dpt tgk show gajah. Kakak yg paling sronok sbb biasa dpt tgk elephant dlm buku dia jer. Alif plak asik panggil 'gajah'2.. :) herm Monkey island pown x dpt g sbb anak2 dah ajak blik. Ayahnya pun dah x larat nak jln sambil mendukung kedua2 anak sbb diorg dah penat jln jadi nk ayahnya yg dukung. Singgah jup kat kandang arnab. Anak2 dibiarkan masuk dan bg balance kacang panjang td pada arnab2 yg tgh berehat. Ada jugak yg berebut kacang panjang tur. Adik bg makan cam paksa2, lari la arnab tu.. huhu. Kakak nak pegang cam dia belai Chiko tp lari arnab tu. Ye la arnab liar kan bukannye arnab jinak sgt.. herm.. Kami terus pulang dan check-in bilik hotel. Rehat2 lepaskan penat lelah.. hehe


Begitulah alkisahnya disiang hari 23rd April 2010. Kisah malamnya bersambung dlm entry lain plak nnti ya.. Penatlah pjg sgt bercerita. Mcm tulis diari penuh plak. Hehehe ok gak, lain kali kalu tringat leh baca entry nih.. Citer A sampai Z.. hehehe