WELCOME NOTES


Wednesday, April 11, 2012

Day 5: Bercuti sambil bekerja di Kota Kinabalu,Sabah

السلام عليكم

Time to go back to Semenanjung...


Berkumpul depan apartment utk check-out

Alif bergambar di waterfront di basement apartment

Di Airport KK beratur utk masuk dlm kapal terbang

Kakak nak sambung tidur

Alif dpt tab hilang tangisan yg x keruan, huhu

Salah satu pemandangan sewaktu dlm perjalanan

Melayan kerenah Alif dlm flight yg terlalu active dan x reti duduk diam

Bergambar dengan Sofea dlm flight

Huhu dah nak balik dah. Mmg sedih. Flight bertolak pukul 11am, kul 10 bru gerak. Terbgn lmbat sket sbb tertidur lepas subuh. Hew3...

Bila nak dtg lagi.. Bnyk tpt x explore sbb x smpt. SABAH, harap2 dpt dtg lg ba..


sign, my signature

Tuesday, April 10, 2012

Day 4: Bercuti sambil bekerja di Kota Kinabalu,Sabah

السلام عليكم

Tgk katun pink panther yg diulang2 tanpa jemu sbg salah satu aktiviti d apartment sambil tgu ayah blik..

Hari ni last day untuk bershoppingggg... my mr hubby suh g pasar Kraftangan yg berdekatan bersama2 ladies yg lain, k Farah, n Yaya. Turn my hubby lak jaga anak2.


So, lepas diorang balik dr exhibition yg dah selesai tu, me n ladies trus gerak. Kami pergi jalan kaki jer sebab dekat sgt apartment, dlm 300  meter. Saya beli lah souvenier2 utk adikbradik di pahang dan t'ganu. T-shirt utk kanak2 dan dewasa ofcourse hehe, kain batik sabah, kain pelekat yg digulung dlm plastik basah. X le nak bli bnyk2 nnti lari budget. Lagipun susah nak bwk barang bnyk2 nih. Kelmarin dah borong mutiara, hehe.. Sedar x sedar maghrib bru balik.

Pasar Kraftangan, KK

K Farah n Yaya sdg tawar menawar

Sampai apartment kami trus bersiap utk pergi mkn mlm. Kakak dan adik yg x sabar trus pakai bju yg bru dibeli. X tahu nak makan kat mana, last2 kami mkn pilih Secret Recipe. Alang2 kami sambut birthday adik yang ke-3 yg dah lepas iaitu 07/04/12 bersamaan hari ketibaan kami di KK. Meriah sungguh!! Hahahaa.. Firstime sambut besday ramai2.. Happy adik :)

Pilih sedap2, bukan sonang nak mkn pokcik blanjo...


sign, my signature

Monday, April 9, 2012

Day 3: Bercuti sambil bekerja di Kota Kinabalu,Sabah

السلام عليكم

My kids: lunch mkn kentang goreng mc'D dlm almari, janji mkn..., huhuhu

My hubby bergambar dgn Ketua Menteri Sabah 14th : Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman

Mkn besar dgn big bos n partner @ Ocean Seafood Village restaurant berhampiran Promenade Hotel, KK.

p/s: lunch my hubby anta foods through mr ijat, dinner plak today en boss blanja.. murah rezki smua :). Ptg2 anak2 mandi kolam kat bwh. Sofea dgn tgn bersimen mandi skali ngan adik alif. Anak2 Yaya pun ada skali. Mandi jgn x mandi, hahahhahaaaa....


sign, my signature

Sunday, April 8, 2012

Day 2: Bercuti sambil bekerja di Kota Kinabalu,Sabah

السلام عليكم

Hari ni, my hubby n the rest pergi ke tapak booth kat Sutera Harbour Resort tu. Nak setkan booth utk exhibition esok. Diorang balik dlm lebih kurang pukul 12pm. Kami yg duk umah ni kenalah siap2 sbb diorang dah set planning nak ke Gunung Kinabalu. Dah take note jln2 yg perlu dilalui, kami pun tanpa membuang masa terus bertolak. Seronok dapat mengelilingi sebahagian daerah di Sabah. Memang ada kelainan dgn semenanjung. Hubby ckp Sabah x guna TNB mcm smnanjung. Sabah ada company electricnya sendiri. Wallahua'lam, x sempat nak geledah info lg. Mula2 dlm pertengahan perjalanan, kami singgah di satu kawasan bernama Rumah Terbalik. Pd mulanya kami perasan tpt ni masa kereta bergerak. Apalagi, u-turn lah, pusing balik nak tengok ke-specialan-nya. Haha... memang unik. Biasa tgk dlm tv jer.. skang 'live'. Dlm 5min pusing2 dan bergambar, kami meneruskan perjalanan yg sungguh mendebarkan. Hujan yg turun lebat, jln berliku2 sempit, tambah pulak dengan kabus tebal. Mr real driver(my hubby) dah sedap berdengkur kat belakang. Hehe.. kita2 pun terlelap sama... Lepas 2 jam lebih barulah sampai. Segar mata masing2 bila dah nak sampai. Cian unc Ijat yg bersengkang mata bwk mpv. Mcm biasa nak masuk kene bayar.. Bergambar habis kat carpark n giant map. Pusing2 cari tpt nak mkn sbb dah kebuluran sudah ba.. Akhirnya jumpa satu restoran dekat bawah sket tp kene naik kete la nak ke sini. Dlm restoran ni mmg nice. Kami ambil seat kat luar sbb udaranya yg sungguh nyaman. Nasib baik hujan x membasahi kami di luar ni. Suasana mmg mengasyikkan.. Syukran.. Mmg indah. Anak2 mmg berkeliaran, x tahu duduk diam. X pasal2 kene abiskan rm50 kat souvenier shop gara2 xder duit kecik. Pdhal alif menangis2 nakkan aiskrim jer.. huhuu.. My hubby orderkan mee soup. Mmg sedap, superb. Mkn ngan anak2 sampai licin. Hehee... Time nak balik ada ternampak satu bilik full of pics of memories kat Gunung Kinabalu. Teringin nak pi tengok. Tapi apakan daya masa x mengizinkan. Jam dah pukul 4 lebih, tapi kat sini mcm 5 lebih. Bajet nak balik sampai umah sblm matahari terbenam sbb jalannya yg berliku. Takut gak bahaya. Kempunan lah pulak nk tgk.. huhuuu...




Mutiara Sabah pelbagaian rekacipta hiasan wanita

Lepas maghrib kami sekeluarga keluar cari makan. Alang2 singgah tgk mutiara. Tiba2 berkenan lah pulak. Alang2 borong skali utk seisi keluarga. Perempuan2... Ish3... Tapi memang cantik2. Tak terpilih.. Kalau boleh smua nak. hehee.. Dapat free gelang mutiara utk sofea dan keychain turtle utk sofea dan alif sorang satu... Murah rezki.. :)
Pasar Philiphine, blakang Pasar Kraftangan

Lepas cuci mata, lapar plak. Cari makan kat pasar philiphine. Dekat jer, kat blkg pasar Kraftangan ni. Nampak pelbagai seafood bakar spt ketam, udang, ikan, dan sotong, mmg menyelerakan. Ingat nak makan kat situ jer. Bila pikir lebih baik mkn d apartment dgn anak2 dan housemate. Mmg best. Syukur alhamdulillah utk rezki hari ini...

P/s: Anak2 beli set sumi/jeli yg disusun bentuk nenas. Memang menarik, bagus utk hantaran :). Beli satu letak kat apartment utk mkn2.
(lupa nak amikgambar huhu)


sign, my signature

Saturday, April 7, 2012

Day 1: Bercuti sambil bekerja di Kota Kinabalu,Sabah

السلام عليكم

Pic 1: Anak tdo bglimpangan dlm flight @labuan, stoppoìnt to KK from KLIA.

Perjalanan ke Kota Kinabalu mengambil masa selama hampir 4jam. Bertolak jam  9 pg, sampai dalam pukul 12 50pm. Kami sekeluarga pergi sebab mengikuti rombongan office hubby yg kebetulan ada terlibat dengan exhibition di Magellan Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, 2012 Sabah Oil & Gas Conference & Exhibition. Alang-alang, pergi sana, kami pergi smua skali. Le jalan2, hehe.. Sambut anniversary dan besday adik yg ke 4. 

This time, naik flight mmg x rasa pening dan muntah2 at all mcm dulu2 masa nak pergi Kerabi. Alhamdulillah.. and yang paling seronoknya dlm flight anak2 x banyak meragam dan bolehlah gunakan banyak masa tgk kat tingkap. Seronoknya Alif tgk mcm2 bentuk awan yang berada dibawah(biasa diatas). Ada bentuk kereta, bentuk orang tengah melambai dan mcm2 lagi imaginasi kami. Kakak yang agak pendiam, mungkin sebab keadaan tangan nya yang berbalut hanya bersandar pada ayahnya sahaja. Subhanallah, mmg cantik keindahan di atas ini. Syukur cuaca sangat baik dan mengizinkan hambaNya ini melihat kebesaranNya. Begitu juga dengan lautan yang terbentang luas. Dapat lihat perbezaan lautan dalam dan cetek. Yang jernih, dapatlah lihat terumbu karang didalamnya. Subhanallah...

Herm, dapat jugak singgah kat Labuan. Adik, Rahmat kerja dengan TUDM kat sini. Tapi x dpt jumpa sbb flight singgah sini cuma dlm 40 minit jer. Then kene duk diam2 dlm pesawat, xleh kluar. X dpt jumpa Amat. Cuma leh bgtau melalui phone jer. Urm, sekurang2nya dapatlah saya tgk keadaan tpt Amat bekerja. Dimana sebelum ni hanya terpikir jauhnye Rahmat dihantar bekerja sehingga setahun skali je kami dpt berjumpa. Dpt tgk tpt dia bekerja pun dah mengubat rasa rindu pd adik yg sgt ceria ini.. hehehe..

Pic 2: Pemandangan luar tingkap sepanjang perjalanan ke KK

Hahahhaa.. nak dijadikan cerita, bila kami sampai jer kat terminal KK, beg kami x ada. Beg kak Farah dan Ijat yg sama2 flight dengan kami pun x ada. Termasuklah barangan utk exhibition. Apalagi, kaget lah. Hahahaaa.. rupa2nya beg kami naik flight after our flight. Apa x nya, gara2 kami lambat daftar masuk lah ni... Herm, mmg nak marah ngan hubby menarnya. Masa pg2, katanya buat apa pergi awal sgt, MAS ok x mcm AIRASIA. HAH!!! Tgk apa dah jadi... Huhuhuuu.. Tp seronok jugak. Ada pengalaman yg x dpt dilupakan.. Hidup kalau xder "cerita" x seronok. Hahhahaaaaa Then masalah pun settle bila pihak MAS akan hantar beg2 ke Apartment tpt kami menginap iaitu Promenade Apartment. Kami ke apartment dengan kereta sewa. Company sewa kereta Toyota Innova sbb tu aja yg ada. Bayangkan ramai nya pangunjung luar yg datang KK ni..

Petangnya sambil tgu beg sampai kami pergi mkn dekat KFC ramai. Yaya n family pun ada cuma x sama2 flight je td. So adalah geng soffea n alif bermain. Kat KFC geleng2 jer kepala manager kat ctu ngan keletah anak2ku trutama skali. Apa leh wat, budak2 mmg x terkawal. Sofea yg berbalut tgn pun active cam budak sihat.

Pic 3: Lunch @ KFC Bandaran Berjaya

Lepas makan pergi pasar Philippines. Memang banyak brg2 jualan kraftangan, koleksi mutiara, fridgemagnet, keychein, t-shirt dan mcm2 lg. Bersebelahannya, keropok2 mknn laut, pelbagai ikan masin pun ada. Entahlah, pusing2 nak shopping jd pening xtau nak bli apa. Last2 bli mainan kanak2, mini gendang. Then beli keropok2 mknn laut buat mkn2 dlm apartment. Nak balik nnti bru borong. Heheheee..

Pic 4: Alat muzik mainan utk anak2 kecil mengenal alat muzik tradisional

Then, kami ke Parkson beli mknn skit buat bekal. Tapi tujuan utamanya adalah beli selipar untuk Alif. Cian Alif pakai kasut jer gara2 sliparnya tertinggal dlm kereta masa kat terminal KLIA td. Then kami trus balik ke apartment.

Malam kami keluar cari makan. Kami sekeluarga keluar dulu sbb anak2 dah meragam dlm rumah. Kami jln kaki jer sbb depan apartment ni mcm2 ada. Haha.. Pemandangan laut di Waterfront Esplanade semmemangnya indah di seberang. Kebetulan ada pertunjukan konsert tarian tradisional org2 Sabah. Kami singgah jup tgk. Anak2 pun berlari kat ruang legar sbb kebanyakan penonton smua duk tepi2. Tiba2 pengacara turun pentas cari mangsa untuk menari.. Hahahaa.. bru tahu kenapa ramai penonton ke tepi2 smuanya. Kami pun lari ketepi jugak hahahaaaa... Adalah dalam 15 minit lepas tgk persembahan tu kami terus menuju ke medan makan. Betul2 tepi laut. Kami singgah gerai Mentari Pelangi. Hubby pesan udang butter n sotong bakar kat gerai sebelah. Saya mkn chicken lemon and rice then minum air avocado. Hahahaaa... bukannya KL x ada tp sebab x pernah rasa n nak rasa kat Sabah. Well ok lah sbb rasa nasi tu manis, air pun manis2 kelat skit. Anak2 minum air gas n kongsi ngan anak2 yaya yg tiba lepas stgh jam. Wah meriah makan bila smuanya dah sampai. Mcm2 mknn seafood diorang order. Sampai naik mengantuk tgu masak tp berbaloi2 hehee.. Kebetulan ada plak badut2 berlegar2 meniup belon. Punyalah suka anak2. Last2 order belon buat bentuk pink panther nak 2 dan ninja turtle nak 2 jugak. 2 untuk sofea n alif, 2 lagi untuk anak2 yaya. Dah selesai mkn, kami berjalan kaki pulang ke apartment. Yaya sefamily duk apartment lain, seapartment ngan bos yg dijangka tiba malam esok. Sampai apartment, siap2 utk tidur dan trus terlelap. Suami buat kerja ngan staff office yg lain yg entah kul brapa tidurnya... ZZZZZZZZZzzzz cont esok plak..

Pic 5: At Waterfront Esplanade & Mentari Pelangi Restaurant


sign, my signature