WELCOME NOTES


Wednesday, April 28, 2010

Peringatan Besar Buat Kaum Wanita

Description:

Dipetik dari Kitab Muhimmah karangan Sheikh Abdullah bin Abdul Rahim Fathoni 1384 Hijrah. Diceritakan oleh Sayyidina Ali RA.; (sebagaimana yg dilihat Rasulullah S.A.W. pada malam israk mikraj) berikut adalah seksaan bagi kaum wanita mengikut dosanya

  • Perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; maka bahawa sesungguhnya ia tiada mahu menutup rambutnya daripada lelaki yang haram memandang dia,
  • Perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa sesungguhnya ia menyakiti akan suaminya.
  • Perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; maka sesungguhnya ia memberikan air susu suaminya [kepada bayi yang lain] dengan tiada izin suaminya.
  • Perempuan yang yang tergantung dengan dua kakinya di dalam kerongkongan api nereka itu; maka bahawa sesungguhnya ia keluar rumah dengan tiada izin daripada suaminya.
  • Perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnya dan api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; maka bahawa sesungguhnya ia memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan tiada memperhiasi bagi suaminya.
  • Perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia akan darahnya; bahawa sesungguhnya ia didalam dunia tiada hendak bersuci badannya dan tiada hendak mandi junub dan haid dan daripada nifas dan meringan-ringan akan sembahyang.
  • Perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. yang di dalam kerongkongan api neraka; maka bahawa sesungguhnya ia mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkan kepada batang leher suaminya. (perempuan yang menduakan suaminya hingga mendapat anak zina dan dinyatakan anak itu adalah hasil daripada suaminya).
  • Perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai; maka sesungguhnya ia sangat mengadu-ngadu (adu domba/batu api) lagi amat dusta.
  • Perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa sesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia(mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak dengki mendengki.

SEMOGA MAMPU MEMBERIKAN PERINGATAN KEPADA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SEKELIAN. AllahuA'lam

Monday, April 26, 2010

Mandi manda @ Sg Congkak

Salam smua, seronoknya public day.. Smalam our family picnic kat Sg Congkak. Having a fun.. Enjoy with our pics..

Sunday, April 25, 2010

Manusia, Malaikat, Syaitan...

Manusia - Eh, dah subuh dah? Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh... Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini... kejap lagi ye.. Manusia - Nak makan, laparlah Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! Manusia - Hari ni nak pakai apa ye? Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.. Syaitan - Ehh, panaslah, lagipun tak ada style langsung! Manusia - Alamak, dah lewat! Malaikat - Bersegeralah wahai anak Adam, nanti terlewat untuk ke kuliah Syaitan - Nak cepat-cepat buat apa? Lambat lagi... baru pukul 8.30am... Manusia - Azan sudah kedengaran... Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan Syaitan - Baru pukul berapa... . rilex lah.. Manusia - Eh, eh... .tak boleh tengok ini, berdosa... Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok.. Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa M alaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia.. Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang. . Manusia - Elok kalau akuu sampaikan nasihat ini kepada orang lain Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu.. Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa sesusah. Manusia - aku telah berdosa.. Malaikat - Wahai anak Adam, kamu telah berdosa, tinggalkanlah dosa itu dan bertaubatlah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.. Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat (kalau sempat).. Manusia - Kalau pergi, mesti seronok! Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .. Syaitan - Jangan bimbang, tak ada sesiapa yang tahu... Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu...

Friday, April 23, 2010

Bwk anak2 beraktiviti

Assalamualaikum, xder pe nak citer so bukak le citer yg menghibur hati sendiri. Kesian anak2 duk umah x kuar2. Jadi kami bawakler deme ke tempat permainan kanak2 @ JJ Maluri.


Seronoknya anak2 bukan main. Bebas nak kemana-mana. Pilih je nak main apa. Ayah izinkan asalkan selamat. Ibu perhatikan jer untuk keselamatan anak2.
Fea bukan main suka lagi sampai x mau balik. Nasib baik makan pujuk.
Masa anak2 main terpaksalah bahagi dua. Ayah jaga adik, ibu jaga kakak. Risau jgk kalau jadi pape. Kakak suka main gelongsor. Adik plak suka main belon n kereta.
Time nih kakak jg adik. Ajar adik camana nak naik kete. Kebetulan ada kanak2 lain berebut kete ngan adik. Kakak defend adik.. Nasib baik ade yg lain.
Kakak suka golek2kan diri kat bebola yg banyak tur. Mentang2 la banyak geng kat sini. Bertambah seronok la kakak ngan adik. Dlm sejam bermain, ayah pun ajak gi makan. Lain kali kita datang lagi yer..

 

Thursday, April 22, 2010

Adakah Kita Bersyukur

Alhamdulillah, we are always get connected to ALLAH aza wa'jalla anyhow, anytime and anywhere
mudah-mudahan kita tergolong dalam umat yang bijak menggunakan ruang dan peluang yang telah ALLAH kurniakan untuk sentiasa mencari keredhaan dunia dan akhirat - amin ya robbal alamin
Assalaamu'alaikum,
Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini: Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah". Tekan 1 untuk 'meminta'. Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'. Tekan 3 untuk 'mengeluh'. Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'." Atau….
Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:
"Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya."
Atau, pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat respons seperti ini: "Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,
Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail, Tekan 2. Dengan malaikat lainnya, Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu, Tekan 4. "Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga & neraka,silakan tunggu sampai Anda tiba di sini!!" Atau mungkin juga Anda mendengar ini : Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini. Silakan cuba lagi esok."
atau…
Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi."
Alhamdulillah. .. Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon-Nya setiap saat!!!
Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar anda.. Kerana bila memanggil Allah,tidak akan pern ah mendapat talian sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara pribadi. Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini: 24434
2 : solat Subuh 4 : solat Zuhur 4 : solat Asar 3 : solat Maghrib 4 : solat Isya Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini : 28443483
2 : solat Subuh 8 : solat Dhuha 4 : solat Zuhur 4 : solat Asar 3 : solat Maghrib 4 : solat Isya 8 : Solat Tahajjud atau lainnya 3 : Solat Witir
Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul "Al Qur'anul Karim & Hadis Rasul"
Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil..
Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!
Sebarkan maklumat ini kepada orang-orang di sekeliling kita. Mana tahu mungkin mereka sedang memerlukannya Sabda Rasulullah S.A.W : "Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa- dosanya walau sebanyak buih laut" 7 Kalimah ALLAH:
1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu. 3. Mengucap "Astaghfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak patut. 4.. Mengucap "Insya-Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok. 5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini. 6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah. 7. Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.
Dari tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat. .. mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu… mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.
Amin….