WELCOME NOTES


Thursday, July 18, 2019

Hairan bila tengok slip gaji ayah hampir 40k sebulan,tapi pakai motor buruk je rupanya ini ayah buat

Aku nak cerita pasal ayah aku. Kami ni hidup sederhana. Aku ada 5 adik beradik. Ayah ada sebuah rumah, sebiji kereta dan sebiji motor. Dulu masa kecik2 aku selalu ikut ayah aku. Sebab kalau ikut dia, dia pasti bawa makan cendol lepas tu. Memang kegemaran aku lah tu. Ada satu masa tu aku dan ayah aku pergi ke tempat jual van. Aku tak ingat sangat kat mana tapi memang banyak van kat situ. Ayah aku beli 5 buah van masa tu.

Aku pun seronok lah sebab ingat setiap adik beradik dapat satu van. Comel juga fikiran masa kecik2. Tapi meh. Tak pernah tengok dah pun van tu lepas tu.

Lepas tu seingat aku masa aku darjah 5 macam tu, kami memang selalu pergi ke kawasan perumahan baru, pergi ke tanah2 lapang. Ada tempat yg aku memang masih ingat. And ayah aku ada lah bincang2 dengan dengan orang yg jual rumah tu.

Aku rasa ayah aku beli lah kot. Sebab aku duk main kat taman permainan ngan adik aku so tak tau apa jadi. Masa kat tanah lapang tu pulak, aku tanya lah ayah aku. Buat apa pergi ke tanah lapang ni? Ayah aku jawab tu tanah ayah aku. Dia saja nak tengok2.

Sampailah aku dah masuk tingkatan satu, aku nak daftar masuk sekolah menengah. Jadi masa tu ada lah borang yg tanya berapa gaji ibu dan ayah kan. Bila aku tengok slip gaji ayah aku, aku mcm tak percaya. Yelah, gaji ayah aku 40K kot sebulan.

Tu gaji bersih dah tu. Ibu aku surirumah. Ayah tak bagi kerja. Aku mula terfikir lah, kalau duit banyak macam tu, kenapa hidup kami tak semewah orang2 lain. Dah lah masa tu masa smartphone baru diperkenalkan, aku minta ayah aku beli, tapi yg dia beli cuma handphone nokia yg murah tu je.

Tak puas hati la aku. Tapi aku akur jelah. Lagipun masa tu aku sekolah berasrama penuh. Takde masa pun nak main smartphone apa semua.

Lepas tu aku ni teringin sangat nak pergi negara yang ada salji. Tapi ayah aku tak nak pun bawa. Kami cuma pernah pergi umrah je beberapa kali. Disebabkan aku teringin sangat sangat nak main salji, so aku merajuk ngan ayah aku.

Bila aku dah habis SPM aku pergi ambil lesen memandu and dah boleh drive lah masa tu. Jadi long short story, aku try siasat ke mana sebenarnya duit ayah aku ni. Aku ajak adik aku masa tu.

Aku cuba lah pergi balik tempat kawasan tanah ayah aku yg dia bawa aku tu dulu, tengok2 ada signboard "Tanah Perkuburan Islam" kat situ. Aku pun jadi keliru, betul ke tanah ni tanah ayah aku dulu. Then aku balik. Next day aku pergi pulak tempat kawasan perumahan yang ayah aku bawa tu.

Aku masih ingat tempat tu sebab selang beberapa dari rumah tu ada taman permainan. Bila dah sampai tu, aku tengok ada tiga buah rumah dicat dengan warna yang sama, and ada banner "Kelas Mengaji Al Quran". Lepas tu aku tengok ada ustaz keluar dari rumah tu.

Dan ustaz tu lah yg ajar kami adik beradik mengaji dulu. Tapi ustaz tu yg datang ke rumah aku. Memang keliru juga lah aku ngan adik aku.

Kami terus balik rumah, then aku bagitau lah ibu aku tentang semua yg dah jadi. Ibu aku cakap memang ayah aku beli tiga buah rumah kat kawasan tu, untuk orang belajar mengaji. Free je belajar situ. Upah untuk ustaz2 tu sampai sekarang ayah aku yang bayar.

Tanah tu pulak ayah aku wakafkan untuk perkuburan Islam. Ibu aku kata nak diperbesarkan lagi kubur tu. Ingat tak 5 buah van yg ayah aku beli tu? Rupanya van2 tu adalah van jenazah yg diagihkan ke 5 buah surau. Murahnya hati ayah aku.

Sangat kaya hati ayah aku. Ayah aku tak pakai pun kekayaan dia untuk diri dia sendiri. Tak pernah tengok dia beli baju untuk diri sendiri. Beli baju pun untuk ibu aku dan kami adik beradik.

Padahal dia terlebih mampu. Kami adik beradik pun tak dimewahkan oleh ayah. Kami sangat jarang makan luar. Sebab ayah aku sangat suka makan masakan ibu.

Kami adik beradik pun memang ayah ajar untuk selalu bersedekah. Setiap kali pergi masjid, mesti setiap seorang akan diberi seringgit untuk masuk dalam tabung. Dah lah duit seringgit tu semua duit baru. Aku syak ayah aku memang sengaja tukar duit seringgit2 kat bank khas untuk anak2 dia bersedekah. Haha.

Mesti korang tertanya2 apa pekerjaan ayah aku kan? Dia kerja nun di tengah laut. Beberapa kali setahun sahaja kami akan berjumpa.

Ayah juga pernah pesan banyak kali dekat kami dan adik beradik..Bayangkan malam2 sebelum tidur, benda yang hanya di fikiran kau hanyalah "esok aku nak sedekah pada siapa dan dalam bentuk apa?"

Bayangkan bila makan besar besaran sekeluarga masa anak2 semua dah dewasa, smua anak2 berebut utk bayar kerana masing2 tahu betapa besarnya pahala sedekah kepada keluarga.

Bayangkan bila kau terlupa utk bagi duit pada anak, anak bagitau "ayah, saya belum masuk lagi duit ke dalam tabung masjid hari ni."

Bayangkan kau tersenyum apabila mengetahui dari mulut orang lain yang rupanya keluarga kau sendiri yang menyumbangkan derma tersebut.

Bayangkan bila kau menghembus nafas lega kerana anak2 mengadu bahawa mereka nyaris2 kemlangan jalan raya, tapi selamat juga dengan izin Allah, dek kuasa sedekah yang mampu menolak bala.

Bayangkan bila anak mengadu lapar lepas balik sekolah, dan bila ditanya kenapa, rupanya semua duit belanja untuk hari tu didermakan pada tabung di sekolah.

Bayangkan bila seseorang yang sebelum ini terlantar s4kit sudah mulai sihat, dek kerana kau telah membantu membiayai perubatannya. Sesungguhnya Allah lah yang menyembuhkan, kita hanya berusaha.

Bayangkan bila golongan susah tak berhenti mengucapkan kata syukur, kerana bantuan kau datang pada waktu yang tepat utk meringankan beban.

Bayangkan seseorang yang tidak dikenali menyapa kau, dan berterima kasih kerana pernah menghulurkan wang ketika susah dahulu, dan yang kau mampu buat hanyalah membalas "sama-sama" kerana kau betul2 tak ingat akan pertolongan itu.

Bayangkan bila orang2 sekeliling kau mengucapkan,

"Suatu hari aku nak jadi pemurah seperti kau."

"Suatu hari aku mesti tolong kau kalau kau susah."

Bayangkan bila ramai yang mendoakan kau atas kebaikan yang telah kau lakukan.

Bayangkan bila rezeki kau berganda2, dan kau sedar semakin banyak rezeki kau, semakin banyak orang yang kau boleh tolong.

Bayangkan bila kucing mula menjilat2 hujung tangan dan menyapu2 muka sebab kekenyangan makan makanan yang engkau beri.

Bayangkan bila kucing2 mula mengejar2 kau, kerana mereka sudah kenal pada si pemberi makanan.

Bayangkan bila amalan sedekah sudah umpama kewajipan, sampai kau rasa macam berdosa pulak kalau tertinggal.

Bayangkan melihat senyuman terbit di bibir anak2 yatim, kerana dapat memakai pakaian yang baru, dan dapat merasa makan makanan sedap seperti anak lain.

Bayangkan bila kau bersedekah, sedaya upaya kau menyembunyikan diri. Kerana kau tak mahu timbulnya sifat2 mazmumah dalam diri kau.

Bayangkan bila ternampak orang lain bersedekah, kau sudah mengukirkan senyuman yang sangat lebar kerana kau sangat suka akan amalan itu, dan pada masa yang sama kau pura2 tak nampak kerana kau faham perasaan tak nak diketahui.

Bayangkan kau tersenyum geeli hati, sbb orang2 di restoran tertanya2 sambil berkerut dahi di cashier siapakah gerangan yang membayar makanan mereka.

Bayangkan anak2 kau berterima kasih pada kau, kerana kau telah mendidik mereka untuk menjadi pemurah. Sekarang cucu kau pulak dididik dengan cara sama oleh anak2 kau.

Bayangkan perasaan bila mengetahui pahala sentiasa mengalir untuk kau, atas sedekah2 jariah yang pernah dilakukan.

Bayangkan kegembiraan seorang anak memeluk ibu dan bapanya, setelah lama tidak berjumpa kerana kesesakan wang.

Bayangkan di hari tua kau, kau dan psangan saling berterima kasih kerana telah berjaya mendidik anak2 sebaik mungkin.

Dan yang paling berharga sekarang, bayangkan orang2 sudah pun memasang niat untuk bersedekah, sebab kau telah beri contoh yang baik, beri nasihat yang baik, macam kalian yang membaca ni lah.

Terima kasih banyak2. Tolong maafkan kesalahan aku sepanjang ketiga2 coretan ini. Ambil lah yang baik, dan tinggalkan yang buruk.

Smber: kisah jalanan via kdnews

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Majalah Perdana

Friday, June 29, 2018

Check out this Tik Tok video

Hahahaa 10x tengok pun x puas. My kids with their telatah n idea with new tiptop application currently. Just for fun guys..

---------- Forwarded message ---------
From: Noraznizah Hamzah <noraznizah.hamzah@gmail.com>
Date: Fri, 29 Jun 2018, 12:13
Subject: Check out this Tik Tok video
To: <noraznizah.hamzah@gmail.com>


Check out this Tik Tok video made by @Alif Fahmi: http://v16.tiktokv.com/dN4uv/

Wednesday, November 15, 2017

Tafsir Mimpi Mengenai Gigi

Gigi maknanya adalah keluarga rumah tangga lelaki.

Jika bemimpi Gigi sebelah atas tanggal atau sakit.
Tafsirnya : Akan ada keluarganya yang lelaki sakit atau meninggal.

Jika bermimpi gigi sebelah bawah sakit atau tanggal.
Tafsirnya : Akan ada keluarganya yang perempuan sakit atau meninggal.

Jika bermimpi gigi taringnya sebelah kanan sakit atau tanggal.
Tafsirnya : Akan ada kepala keluarganya atau ayahnya yang sakit atau meninggal.



Jika bermimpi gigi taringnya sebelah kiri sakit atau tanggal.
Tafsirnya : Akan meninggal pamannya atau pakciknya. Jika sudah tiada keduanya bererti dua orang saudara atau dua orang anaknya. Dan kalau bukan mereka boleh juga dua orang kawan rapat.

Jika bermimpi gigi depan sebelah atas sakit atau tanggal.
Tafsirnya : Akan ada saudara ibunya yang lelaki atau perempuan sakit atau meninggal.

Jika bermimpi gigi gerahamnya sakit atau tanggal.
Tafsirnya : Datuknya akan sakit atau meninggal.

Jika bermimpi gigi untuk memotong sebelah kanan bawah sakit atau tanggal.
Tafsirnya : Ibunya akan sakit atau meninggal.

Jika bermimpi gigi untuk memotong sebelah kiri bawah sakit atau tanggal.
Tafsirnya : Akan ada makcik sebelah ayah yang sakit atau meninggal.

Jika bermimpi sebahagian gigi goyang.
Tafsirnya : Akan ada yang berpenyakit.

Jika bermimpi gigi jatuh atau hilang.
Tafsirnya : Bermakna akan ada kematian atau hilang buat selama-lamanya.

Jika bermimpi gigi yang hilang ditemukan semula.
Tafsirnya : Orang yang hilang itupun akan ditemukan kembali atau dijumpai semula.

Bermimpi gigi hancur.
Tafsirnya : Akan kedatangan bala.

Bermimpi gigi goyang.
Tafsirnya : Akan ada pertengkaran dikalangan keluarga.

Jika bermimpi giginya kuning atau kotor.
Tafsirnya : Akan terjadi sesuatu yang memalukan pada anggata keluarganya.

Jika bermimpi giginya busuk.
Tafsirnya : Akan datang cacian kepada keluarganya.

Jika bermimpi gigi yang lemah, kuning-kuning dan berdarah.
Tafsirnya : Menandakan kelemahan keluarga yang bermimpi.

Bermimpi membersihkan gigi dari kotoran.
Tafsirnya : Menandakan pengorbanan harta untuk menghilangkan kesusahan.

Jika bermimpi me;ihat gigi pulih dari penyakit, panjang dan cantik.
Tafsirnya : Menandakan bertambahnya kekuatan, harta dan pangkat dalam keluarga tersebut.

Jika bermimpi melihat giginya yang ia gunakan untuk memotong tumbuh kembali.
Tafsirnya : Aggota keluarganya akan bertambah.

Jika bermimpi gigi yang tumbuh tadu bukan gigi yang sama (gigi untuk memotong).
Tafsirnya : Pertambahan dalam keluarga itu akan mendatangkan malu dan bala.

Jika bermimpi seolah-olah dia mencabut giginya.
Tafsirnya : Dia memutuskan silaturahim atau membelanjakan hartanya dengan cara terpaksa.

Seseorang yang bermimpi seolah-olah melihat dia mengeluarkan atau mencabut giginya dengan lidahnya.
Tafsirnya : menunjukkan hubungannya dengan keluarganya akan rosak disebabkan kata-katanya.

Bermimpi jika melihat giginya dari emas.
Tafsirnya : Jika yang bermimpi itu orang yang berilmu mimpi itu baik baginya. Jika tidak maka tidak baik akibatnya. Bahkan mimpinya itu menunjukkan kebakaran atau penyakit.

Orang yang bermimpi giginya dari perak.
Tafssirnya : Menunjukkan kerugian harta.

Jika bermimpi melihat gigi dari kaca atau dari kayu.
Tafsirnya : Menunjukkan kematian.

Jika bermimpi giginya sebelah hadapan tanggal kemudian tumbuh gigi yang lain ditempat itu juga.
Tafsirnya : Keadaannya akan berubah.

Sesiapa yang bermimpi giginya sebelah atas jatuh ketangannya.
Tafsirnya : Akan mendapatkan harta.

Jika bermimpi giginya sebelah atas jatuh kepangkuannya.
Tafsirna : Akan menerima kelahiran anak.

Jika bermimpi giginya jatuh ketanah.
Tafsirnya : Menandakan kematian.

Jika dia bermimpi gigi yang jatuh itu dapat dipegangnya tetapi dia tidak menanamnya.
Tafsirnya : Orang yang sama dengannya akan mengambil faedah dari padanya.

Jika bermimpi melihat gigi tumbuh pada jantungnya.
Tafsirnya : Dia akan mati.

Sesiapa yang bermimpi giginya tanggal atau jatuh ketangan atau pangkuannya.
Tafsirnyya : Menunjukkan bahwa umurnya berlanjutan sampai semua giginya tanggal dan banyak keluarganya.

Sesiapa yang melihat semua giginya tanggal dan hilang dari pandangannya.
Tafsirnya : Menunjukkan semua anggota keluarganya akan mati terlebih dahulu daripadanya. Boleh juga diertikan semua orang yang sebaya akan mati lebih dahulu daripadanya.

Sesiapa yang bermimpi melihat giginya pecah-pecah.
Tafsirnya : Akan dapat membayar hutangnya beransur-ansur.

 Sesiapa yang bermimpi melihat giginya tanggal tanpa ada sebarang penyakit.
Tafsirnya : Menunjukkan amalnya yang bathil.

Tetapi jika jatuhnya sebab penyakit.
Tafsirnya : Menunjukkan hilangnya sesuatu dari rumahnya.

JIka bermimpi gigi-gigi sebelah hadapan jatuh atau tanggal.
Tafsirnya : Dia akan melarang orang lain bercakap.

ika gigi yang jatuh itu disertai dengan sakit atau keluar darah atau dagingnya.
Tafsirnya : Kegagalan mencapai tujuan.

Jika orang-orang yang sihat, orang merdeka, dan orang-orang yang musafir jika bermimpi semua gigi mereka tanggal.
Tafsirnya : Menunjukkan penyakit yang berpanjangan atau jatuh ditengah perjalanan tetapi tidak sampai mati.

Orang sakit yang bermimpi melihat giginya berjatuhan.
Tafsirnya : Penyakitnya akan segera sembuh.

Para pedagang dan orang-orang yang musafir jika bermimpi semua giginya tanggal.
Tafsirnya : Menunjukkan beban mereka menjadi ringan.

Sesiapa yang melihat sebahagian giginya bertambah panjang atau bertambah besar.
Tafsirnya : Menunjukkan permusuhan dan keretakan di rumah tangganya.

Orang yang bermimpi melihat giginya hitam, hancur dan goyang kemudian jatuh.
Tafsirnya : Menunjukkan dia terselamat dari bahaya.

Jika bermimpi melihat giginya tanggal, lalu ditampungnya dengan tangannya atau dengan janggutnya, atau jatuh kepangkuannya.
Tafsirnya : Dia tidak akan beranak lagi.

Sesiapa yang bermimpi melihat semua giginya tanggal dan dia sangat sedih melihatnya.
Tafsirnya : Semua orang yang sebaya dengannya akan mati terlebih dahulu daripadanya.

Sesiapa bermimpi melihat dia mengambil tiga batang gigi dari mulutnya kemudian diletakkannya ditelapak tangannya dan digenggam.
Tafsirnya : Akan mendapatkan wang.

Monday, November 6, 2017

Kelainan Kelebihan Garam

1. Campuran air suling dan garam akan menjadi air saline. Jenis garam seperti ini banyak digunakan hospital untuk infusi.

2. Mengubati sinusitis.

Titiskan pada hidung dengan kandungan air garam untuk meredakan selsema, ini dapat dibeli di farmasi. Atau kamu juga boleh membuatnya sendiri dengan takaran 240 ml (satu gelas) air hangat + ½ sdt garam + ½ sdt baking soda.

3. Mengatasi gusi yang berdarah. Berkumurlah menggunakan air garam.

4. Mengatasi jerawat. Campurkan ¼ sdm garam dengan air hangat. Kemudian rendam kapas ke dalam larutan tersebut, lalu tempelkan kapas ke atas jerawat dan biarkan selama 1 minit.

5. Setiap pagi minum segelas air garam, boleh membantu menjaga kesihatan jantung.

6. Untuk detoks kulit. Larutkan secawan garam ke dalam tab mandi yang berisi air hangat. Mandi menggunakan air garam ini boleh mengeluarkan racun dari tubuh.

7. Mencegah rambut putih dan gugur. Selain itu, garam juga boleh mengatasi kulit kepala yang gatal.

8. Membersihkan pakaian kotor. Campurkan garam ke dalam mesin cuci ketika mencuci.

9. Untuk menghilangkan minyak pada selimut, gunakan 1 sdm garam. Selain boleh membersihkan, garam tidak akan merosak selimut.

10. Ketika kasut berbau tidak sedap, taburkan garam ke dalam, maka bau peluh yang tidak sedap akan terserap. Kasut yang diperbuat dari getah, pertama kali boleh direndam terlebih dahulu dengan air garam selama setengah hari. Hal ini membuat kasut menjadi lebih tahan lama dan tidak cepat rosak.

11. Rendam berus gigi ke dalam air garam panas selama 30 minit, maka hal ini akan membuat berus gigi menjadi tahan lama.

12. Mengatasi warna stoken kaki yang tidak sama. Masukkan stoken ke dalam air garam panas selama 1 jam. Setelah itu warna akan menjadi sama.

13. Rendam tuala baru dengan air garam, hal ini boleh mencegah tuala dari terjadinya tahi lalat.

14. Membersihkan kotoran pada spans yang digunakan untuk mengelap kotoran yang melekat pada kuali. Rendam spans ke dalam air garam selama semalam, keesokan harinya, spans tersebut akan bersih seperti baru.

15. Mengatasi karat atau efek terbakar pada kuali. Masukkan air dan garam secukupnya, biarkan selama 10 minit.

Ternyata kegunaan garam banyak betul kan! Apakah Anda pembaca tertarik untuk mencubanya?

Sumber : thehealth

Wednesday, September 13, 2017

Ieva Polka

السلام عليكم



Terjemahan lirik:
Atas bukit ade rumput
Rumput cantek xpernah lihat
Rumput atas bukit,
Rumput yang hijau, yeah
Rumput yang hijau..

Atas rumput ade akar
Akar cantek xpernah lihat
Akar atas rumput,
Rumput atas Bukit,
Rumput yang hijau, yeah
Rumput yang hijau..

Atas akar ade Batang
Batang Cantek xpernah lihat
Batang atas akar,
Akar atas rumput,
Rumput atas Bukit,
Rumput yang hijau, yeah
Rumput yang hijau..

Atas batang ade dahan
Dahan cantek xpernah lihat
Dahan atas Batang,
Batang atas Akar,
Akar atas Rumput,
Rumput atas bukit,
Rumput yang Hijau, yeah
Rumput yang hijau..

Atas Dahan ade Ranting
Ranting cantek xpernah lihat
Ranting atas Dahan,
Dahan atas Batang,
Batang atas akar,
Akar atas rumput,
Rumput atas bukit..
Rumput yang hijau, yeah
Rumput yang hijau..

Atas ranting ade daun
Daun cantek xpernah lihat
Daun atas ranting,
Ranting atas dahan,
Dahan atas batang,
Batang atas akar,
Akar atas rumput,
Rumput atas bukiiittt...
Runput yang hijau, yeah
Omak kau Hijaoooo!!

😍🤣hv funn...

Lirik asal:
Lyrics to Ievan Polkka
Nuapurista kuulu se polokan tahti
jalakani pohjii kutkutti.
Ievan äiti se tyttöösä vahti
vaan kyllähän Ieva sen jutkutti,
sillä ei meitä silloin kiellot haittaa
kun myö tanssimme laiasta laitaan.
Salivili hipput tupput täppyt
äppyt tipput hilijalleen.

Ievan suu oli vehnäsellä
ko immeiset onnee toevotti.
Peä oli märkänä jokaisella
ja viulu se vinku ja voevotti.
Ei tätä poikoo märkyys haittaa
sillon ko laskoo laiasta laitaan.
Salivili hipput.

Ievan äiti se kammarissa
virsiä veisata huijjuutti,
kun tämä poika naapurissa
ämmän tyttöä nuijjuutti.
Eikä tätä poikoo ämmät haittaa
sillon ko laskoo laiasta laitaan.
Salivili.

Siellä oli lystiä soiton jäläkeen
sain minä kerran sytkyyttee.
Kottiin ko mäntii ni ämmä se riitelj
ja Ieva jo alako nyyhkyytteek.
Minä sanon Ievalle mitäpä se haittaa
laskemma vielähi laiasta laitaa.
Salivili.

Muorille sanon jotta tukkee suusi
en ruppee sun terveyttäs takkoomaa.
Terveenä peäset ku korjoot luusi
ja määt siitä murjuus makkoomaa.
Ei tätä poikoo hellyys haittaa
ko akkoja huhkii laiasta laitaan.
Salivili.
Sen minä sanon jotta purra pittää
ei mua niin voan nielasta.
Suat männä ite vaikka lännestä ittään
vaan minä en luovu Ievasta,
sillä ei tätä poikoo kainous haittaa
sillon ko tanssii laiasta laitaan.

ENGLISH TRANSLATION

The sound of a polka drifted from my neighbor's
and set my feet a-tapping oh!
Ieva's mother had her eye on her daughter but
Ieva she managed to fool her, you know.
'Cause who's going to listen to mother saying no
when we're all busy dancing to and fro!

Ieva was smiling, the fiddle it was wailing
as people crowded round to wish her luck.
Everyone was hot but it didn't seem to bother
the handsome young man, the dashing buck.
'Cause who's going to mind a drop of sweat
when he's all busy dancing to and fro!

Ieva's mother she shut herself away
in her own quiet room to hum a hymn.
Leaving our hero to have a spot of fun
in a neighbor's house when the lights are dim.
'Cause what does it matter what the old folks say
when you're all busy dancing to and fro!

When the music stopped then the real fun began
and that's when the laddie fooled around.
When he took her home, when the dancing was over
her mother angrily waiting they found.
But I said to her, Ieva, now don't you weep
and we'll soon be dancing to and fro!

I said to her mother now stop that noise
or I won't be responsible for what I do.
If you go quietly and stay in your room
you won't get hurt while your daughter I woo.
'Cause this fine laddie is a wild sort of guy
when he's all busy dancing to and fro!

One thing I tell you is you won't trap me,
no, you won't find me an easy catch.
Travel to the east and travel to the west but
Ieva and I are going to make a match.
'Cause this fine laddie ain't the bashful sort
when he's all busy dancing to and fro

Saturday, August 26, 2017

ANNIVERSARY 10th

Anniversary 10th @ Lexus PD, part of sweet ever moments 😍😍😙

31-03-2017

Tuesday, June 27, 2017

PENTING: RAHSIA KILANG ROKOK

السلام عليكم


Seorang pekerja kilang rokok membongkarkan rahsia yang mungkin akan buat semua perokok berpikir 2 kali lagi untuk merokok!



Semua orang tahu kalau rokok dapat merusak tubuh, tetapi pada umumnya mereka hanya tahu bahaya nikotin yang terkandung dalam tembakau, tetapi mereka tidak tahu kalau racun pada rokok sebenarnya terkandung di dalam “filter”nya.


Di bawah ini adalah kesaksian dari pekerja salah satu pabrik rokok:

Seorang teman dari perusahaan tembakau berkata banyak perusahaan rokok menyimpan rahasia dibalik filter selama 10 tahun! Dia berkata kalau rokok bukanlah barang yang layak dihisap oleh manusia. kalau kamu sayang kesehatanmu, berhentilah sekarang!

Teman ini dengan jujur berkata,”Tahukah kalian? Bisnis tembakau ini ingin menekan rendah modal dan menggantikan filter yang dipakai.

Filter yang dipakai dulu tidak akan merusak penghisapnya tetapi sangat mahal. Tetapi filter yang dipakai sekrang terkandung sebuah zat yang tidak terlihat mata, ketika zat ini masuk ke dalam paru – paru kita, dia tidak akan pernah keluar lagi!”

Filter jenis ini mengandung banyak zat yang sebenarnya tidak boleh digunakan sebagai filter. Para pekerja pabrik rokok menjadi korbannya!

Mereka sering mengalami pusing, mual – mual dan muntah, tetapi perusahaan menutup rapat rahasia ini. Merokok memang merusak kesehatan tubuh kita, tetapi rokok yang beracun akan mempercepat anda menemui ajal anda.

Sayangilah diri anda, keluarga, teman, saudara kalian. berhentilah sekarang juga! Bagikan artikel ini untuk memperingatkan merekan yang masih merokok!

P/s: 😞😢

Tuesday, April 25, 2017

New blog of mine

السلام عليكم

Akhirnya tercapailah impian nak berbisness.. walaupun kecil2lan dan gitu2 je, tp semangat macam orang lain nak berbisnes. Jom shopping in my new bisnez blog D'Fealiha Corner. More to muslimah corner. 😄 support me okay and i will support u guys back, insyaa Allah.. kita kan saling memerlukan 😉

still simple but will improve time to time 💪



Sunday, February 26, 2017

Tips Pakaian Wangi!!!

HASIL Campuran Cuka JALEN Dan Softener DAIA Ini Buat Ramai Surirumah TERSENYUM PUAS !!!| Dikongsikan oleh FB Rosma Abdul Rahman (LINK).

Dulu saya selalu guna pelembut pakain/softener berjenama agak mahal disebabkan bau harumnya pada pakaian tahan agak lama. Selepas seminggu bau harum masih ada.

Tetapi baru-baru ini saya teringat akan satu petua jiran lama saya. Setiap kali lalu depan rumah dia dahulu , pasti tercium bau wangi sangat bila dia sidai baju. Rumah saya tingkat 2 rumah dia ground floor tetapi bau wangi pakaian dia boleh sampai ke rumah saya.
Jadi saya tergerak hati ingin mencuba petua tersebut sejak kebelakangan ini. Petuanyaa sangat mudah & murah.
Sediakan air yang dicampur softener tidak kisah apa jenama , sekarang saya gunakan softener jenama murah je pun iaitu Daia, campuran softener tadi pula ditambah dengan secawan kecil cuka makan. Atau untuk 4-5kg berat pakaian, 30mls cuka makan.Gunalah la untuk bilasan akhir pakaian anda.
Hasilnya tersangat WOW!!!. Wangi dia tahan lama sangat, ditambah pula pakaian jadi bertambah lembut dari biasa & mudah digosok. Walaupun pakaian disimpan dalam almari wanginya tahan dekat 3 minggu.
Sampaikan pagi ni,
"Amoi!." Jiran sebelah tegur
Terkejut saya bila tiba-tiba ditegur.
"Ada apa aunty?" Tanya saya
"Amoi you pakai sabun apa? "
"Banyak wangi lor."
Saya pun cerita la petua jiran lama saya tu, dia cakap mahu try la Amoi. Sudah lama mahu tanya tapi selalu Aunty lalu you sudah masuk rumah.
Siapa sangka bau wangi pakaian pun boleh merapatkan hubungan sesama jiran tertangga, jiran saya majority cina di tempat baru ni.
Kalau anda rasa petua ni bermanfaat sila share mana tahu boleh merapatkan ukhwah sesama jiran anda semua. Kredit FB Rosma Abdul Rahman (LINK)

Tambahan. Manfaat Cuka Pada Pakaian

1. Mencerahkan dan memutihkan.

Kandungan asam pada cuka putih memiliki tingkatan yang sedang sehingga tidak merusak kain dan cukup kuat untuk menghilangkan noda sabun dan deterjen. Setengah tutup cuka saja sudah mampu untuk membuat warna pakaian menjadi lebih terang dan jelas. Selain itu kandungan ini juga mampu membuat baju-baju yang kusam menjadi kembali putih warnanya.

2. Menghilangkan bau lembap.

Pakaian atau handuk yang belum kering secara sempurna cenderung memiliki bau yang lembap dan dapat menimbulkan jamur. Untuk membuat baunya menjadi segar kembali campuran air hangat dengan dua tutup cuka dapat menghilangkan bau lembap secara cepat dan mudah.

3. Melembutkan pakaian.

Walaupun sudah terdapat berbagai macam pelembut dalam berbagai merek yang beredar di pasaran tetapi cuka tetap dapat digunakan sebagai pelembut yang alami. Setengah tutup dari cuka ketika mencuci dapat membuat kain pakaian menjadi lembut dan tidak meninggalkan noda pada pakaian.

4. Mencegah debu dan bulu binatang menempel.

Penggunaan cuka ketika mencuci pakaian juga dapat mencegah menempelnya debu-debu halus dan bulu-bulu hewan menempel pada kain. Cukup setengah tutup yang dicampur ketika mencuci baju dapat mencegah munculnya noda-noda yang tidak Anda inginkan.

HASIL Campuran Cuka JALEN Dan Softener DAIA Ini Buat Ramai Surirumah TERSENYUM PUAS !!! Sebarkan Kepada Kaum Ibu !!!

Monday, January 30, 2017

Ketahuilah....

السلام عليكم

Syurga *lelaki* 
pada  perempuan iaitu *IBU*
Syurga *perempuan* 
pada lelaki iaitu *suami.*
Sehebat-hebat *suami* 
kena patuh pada *ibu.*
Sehebat-hebat *ibu* 
kena patuh pada *suami.*
Masa *hidup* 
anak perlukan *doa ibubapa.*      
Masa *mati* 
ibubapa perlukan *doa anak.*
Di *dunia* 
nasab itu pada *lelaki.*
Di *akhirat* 
nasab itu pada *perempuan.*
*Sehebat-hebat manusia*, 
bila mati 
dia tetap *perlu orang lain* 
untuk *kebumi jenazahnya.*
*Setinggi-tinggi ilmu* 
yang manusia ada. 
Dia tetap perlu *belajar* 
daripada seorang *guru.*
Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara. 
Pasti yang dirindu 
adalah *keluarga.*
Walau *sekaya* manapun seorang manusia. 
Dia tetap perlu untuk *berurusan* 
dengan *orang lain...*
Seorang *General Manager* 
tidak akan mampu uruskan perjalanan premis 
tanpa *general worker.*
Seorang *raja* 
tidak berkuasa 
tanpa ada *rakyat jelata.* 
Inilah manusia... 
*Lemah.* 

Walau sehebat mana pun kita didunia. 
Walau memegang pangkat dan darjat tertinggi. 
Taraf kita hanya seorang *"Hamba".*
Lalu kenapa mahu rasakan 
kita adalah yang terbaik dan terhebat ???
Bukankah itu hanya akan membawa kita kepada
*taraf ujub, riak,sombong dan hina*

*Ingatlah wahai diriku*
 dan yang sedang membaca. 
Iblis itu terlaknat hanya kerana satu sifat. 
 *sombong dan merasa dia lebih baik.*

*niza*

Tuesday, July 12, 2016

Usikan yg lebih bermakna

Remaja itu melihat gurunya sambil mengusul :

"Bagaimana kalau kita usik tukang kebun ini dengan sembunyikan kasutnya, kemudian kita berlindung di belakang rimbun? Dia datang, pasti terkejut...jom kita tengok bagaimana dia terkejut dan cemas! Hehe...".

Guru yang alim dan bijak itu menjawab :

"Anakku, tidak elok kita berseronok dengan mempermainkan orang, apatah lagi pada orang yang susah. Kamukan seorang yang senang, dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaan untuk orang itu? Sekarang saya cadangkan kamu masukkan beberapa keping duit kertas ke dalam kasutnya, kemudian saksikan bagaimana respon tukang kebun itu?"

Pemuda itu terpegun dengan usulan gurunya, bersetuju dan segera berjalan untuk memasukkan wang ke dalam kasut tersebut.

Kemudian mereka bersembunyi di belakang rimbunan pepohon.

Selang beberapa waktu, datanglah seorang lelaki dalam lingkungan 40an, bajunya basah dengan peluh, sambil mengibas-ngibaskan kotoran dari pakaiannya. Dia berjalan menuju tempat barangan yang ditinggalkan.

Beliau memasukkan kakinya ke dalam kasut, merasai sesuatu di dalamnya. Dia cuba keluarkan, bila dilihatnya benda asing itu adalah wang kertas, mukanya berubah, dia terpegun. Ada beberapa keping dalamnya!!

Dia memeriksa sebelah lagi, mukanya hampir-hampir pucat melihat wang yang lebih banyak!!

Dia menatap wang itu berulang-ulang, seolah-olah tidak percaya dengan matanya.

Dia melihat ke segala penjuru, seolah-olah mencari orang di sekitarnya..mungkin nak bertanyakan sesuatu.

Beliau mendapati dirinya keseorangan.

Dengan segera ia memasukkan wang itu ke dalam sakunya dan terus berlutut sambil melihat ke langit dan menangis. Dia berteriak dengan suara tinggi, seolah-olah berbicara dengan Allah.

"Aku bersyukur kepadaMu, Ya Allah, Tuhanku.

Wahai Yang Maha Mengetahui, isteriku sakit dan anak-anakku kelaparan. Mereka belum menjamah apa-apa pun hari ini.

Engkau telah menyelamatkanku, anak-anak dan isteri-isteri dari kecelakaan ini ya Allah".

Dia terus menangis dalam waktu cukup lama sambil memandang ke langit sebagai ungkapan rasa syukurnya atas kurnia dari Allah Yang Maha Pemurah.

Murid tadi, sangat terharu dengan apa yang dilihat. Air matanya meleleh tanpa dapat dibendung.

Guru yang bijak terus bersuara :

"Bukankah sekarang kamu rasa lebih bahagia dari mengusik orang lain dan lucu melihat orang yang kehilangan barangan?"

Pemuda itu segera menjawab,

"Hari ini aku mendapat pelajaran yang tidak akan mungkin aku lupakan seumur hidupku. Sekarang baru aku faham makna kalimah yang dulu belum aku fahami sepanjang hidupku :

"Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak dari pada kamu mengambil".

Gurunya melanjutkan :

"Sekarang ketahuilah bahawa pemberian itu bermacam-macam :

1. Memaafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas dendam, adalah suatu pemberian.

2. Mendoakan teman dan saudaramu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) adalah suatu pemberian.

3. Berusaha untuk berbaik sangka dan menghilangkan sangka buruk darinya juga satu pemberian.

4. Menahan diri dari membicarakan aib saudaramu di belakangnya adalah satu pemberian lagi.

Ini semua adalah pemberian dari Allah supaya kesempatan memberi tidak hanya dibuat oleh orang berada sahaja. Jadikanlah semua ini pelajaran, wahai anakku!.

Semoga bermanfaat.

Monday, July 11, 2016

Cara mandi baby

Adab Mandikan Bayi Baru Lahir Dengan Cara Betul - Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses 'gugur' tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.